Berukband Dah Limit

Assalamualaikum wbt kawan-kawan sekalian :)

Actually, Mieya baru je nak mulakan blogjogging, download lagu and upload picture bebanyak. Tetiba dapat satu mesej yang berbunyi :


Name: 
Number: 62003
Content: 
RM0 MaxisBB - You have reached your quota. Speed will be reduced. Call 1800822000 or log on to MyAccountPortal now to buy quota and continue fast browsing experience
Time: 29/3/2013 21:31:55





ohh sedih. Apalah nasib bergelar blogger picisan. Ini bermaksud, jaranglah Mieya nak online dan post entri panjang berjela-jela.

Ceh, alasan je lebih Mieya nie tau. gedik. Padahal boleh je online macam selalu. Cuma tempo loading broadband agak slow-mlow sikit. (ahha, apa susah? Line wifi abang Mieya ada, kenalah manfaatkan sebaiknya.) hihi, baik punya perangai !

Jadi, tujuan utama Mieya update blog kali ini adalah sebagai tanda nak cover malu sebab dah beberapa hari blog terbiar tanpa entri. hiks

Sorry, mood masih lemau. Tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin disebabkan masalah sukar tidur yang kerap Mieya alami kebelakangan ini.

Insya Allah. kalau semuanya dah OK, Mieya akan kembali mengetuk papan kekunci blog seperti selalu.

Okey, jangan rindu kan Mieya tau. hikhik salam bertemu lagi~


Alhamdulillah. Rasa macam...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua :)

Mieya tak tahu nak mulakan entri kali nie macam mana. Serius, kali ini jari-jemari Mieya kaku, terkial-kial nak menyiapkan entri kali ini. Dan dalam masa yang sama Mieya masih lagi 'shocked'. Rasa macam nak menjerit 1001 kali penuh keterujaan. Arghhhhhhh !!!!!

Ahaks. Terkesima punya pasal, jadi serba mereng pulak Mieya nie. ya ya ya kawan-kawan sekalian, Mieya happy sampai senyum telinga ke telinga dan dalam masa yang sama rasa malu yang menebal. Benci tau dengan perasaan sekarang ini.

Ingat lagi tak dengan entri ini (klik sini) ?

Di mana Mieya telah dipelawa oleh pihak Nuffnang dalam menghasilkan sebuah video pendek pasal DiGi Easy Prepaid Blogbuster. Dan yang paling membuatkan Mieya terharu, ramai rakan-rakan blogger yang menyokong Mieya untuk menyertai kempen assignment ini. Serius, Mieya sangat terharu sekali.

Dan alhamdulillah...

video yang Mieya hasilkan telah diapproved oleh pihak mereka.  Alhamdulillah.

Seperti yang Mieya canangkan hari tu, Mieya mana reti bab nak membuat video nie. Tapi Mieya cuba juga buat atas sokongan kawan-kawan semua. Dan terhasillah sebuah video simple dengan menggunakan teknik movie maker sahaja. ngeh3


Kalau korang nak tengok, boleh lah klik pada button main video sekali pada iklan DiGi dari Nuffnang di bahagian Leaderboard (atas header) tu. Takde lah lama mana pon video ni, cuma ambil masa 15 saat je.

Jemputlah ramai-ramai klik dan lihat sendiri macam mana rupa video yang Mieya hasilkan. Takdelah kreatif mana. Cuma nak sampaikan mesej walau di ceruk mana sekalipun kita berada, persahabatan yang terjalin antara kita semua takkan terpisah sama sekali.


Terima kasih kepada semua yang sudi sokong Mieya dalam menghasilkan video ini. Tanpa korang, takde lah Mieya bersemangat gigih menyiapkan video tersebut dua hari suntuk tau. Terima kasih sudi bersama Mieya tanpa jemu. Nah love untuk korang! ♥ ♥ ♥

ini lah orang panggil REZEKI. kita tak tahu pasal rezeki kita. Walaupun kita nampak mustahil, tapi kalau ALLAH tetapkan untuk hamba-NYA rezeki itu, semuanya tak mustahil, asalkan ada usaha.



Perkongsian Jumaat #11 | Jauhi 7 Dosa Besar

Assalamualaikum dan salam Jumaat korang :)


Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.

Baginda ditanya: ”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?”

Baginda berkata: ”Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah SWT melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.” (Muslim)



Tujuh dosa besar yang boleh membawa kebinasaan terhadap sesiapa yang melakukannya iaitu:

1. Syirik kepada Allah – iaitu menyamakan atau memperkongsikan Allah SWT dengan sesuatu yang lain seperti berhala, dewa, jin dengan menganggap bahawa sesuatu yang lain juga mempunyai kuasa.

2. Sihir - Mengamalkan atau mempraktikkan ilmu sihir ke atas orang lain.

3. Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah SWT - bunuh orang yang tidak bersalah melainkan kerana jalan yang benar seperti untuk mempertahankan diri atau; menegakkan hukum Allah SWT  

4. Memakan harta anak yatim - Surah An-Nisaa [10] :
Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka, dan mereka pula akan masuk ke dalam api Neraka yang menyala-nyala. 

5. Memakan riba - Surah Ali-Imran [130] :
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah SWT supaya kamu berjaya. 

6. Lari dari medan pertempuran - Dosa besar bagi mereka yang lari dari peperangan kerana takut, tetapi tidak berdosa bagi mereka yang lari, kerana ia adalah sebahagian taktik peperangan dan bagi mereka yang mencari perlindungan sebelum meneruskan peperangan.

7. Menuduh perempuan yang suci melakukan zina - Berdosa besar bagi tuduhan berzina terhadap perempuan yang suci. Isteri Baginda Mulia iaitu Aisyah r.a. juga pernah dituduh berzina dan akhirnya turun firman Allah SWT membela dan memberitahu kesucian beliau.

Subhanallah.

Lepas Mieya baca post di blog seseorang, rasa macam terpanggil pulak untuk kongsi sama-sama. Sebagai ilmu dan peringatan buat kita semua. Ni mungkin sebahagian saja. Walhal, masih banyak lagi ilmu yang perlu kita pelajari.


Kepentingan Gambar Dalam Setiap Entri?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtear semua :)

Setelah penat berblogwalking, membaca entri baru serta membalas komen di blog rakan-rakan. Akhirnya, Mieya berjaya membuat satu kesimpulan.


Ramai yang suka update entri tanpa menyelitkan gambar.



Gambar.. satu benda yang menyembunyikan seribu cerita... Mengungkap seribu pengertian...

Pada pendapat Mieya, gambar memainkan peranan penting dalam sesebuah entri yang dihasilkan bagi menarik minat pembaca melahirkan perasaan yang mendalam sekiranya apa yang ingin disampaikan oleh penulis dapat dihubung-kaitkan dengan gambar-gambar. 

Cuba bayangkan jika tiada gambar? Sudah pasti mood ingin membaca agak sedikit suram. For me la kan.. Gambar dalam entri sebagai penambah seriBila sesebuah post kita tu ada gambar, semangat nak membaca entri tersebut semakin berkobar-kobar. 


Sebenarnya banyak perkara yang boleh dikaitkan tentang isu gambar tapi awas..! Pemilihan gambar haruslah bertepatan dengan judul entri utama anda. Cuba seimbangkan entri dengan gambar pasti akan nampak keserasian di situ.


P/S : Walau ape pun..asalkan penulisan kita menarik..mesti ada yang akan membaca kan? Tapi kalau kita jenis yang suka syok sendiri..Berblogging sorang-sorang..tak boleh nak buat apa lah kan.. Ceh..ayat pedas ni !


Spontaneous Thursday #11


P/S : Setuju tak?


Ternyata Aku Ketinggalan Zaman.

Assalamualaikum wbt :)

Saja nak bagitahu semua orang, semalam kan, Mieya kan, pergi jalan-jalan kan, beli kan... hehe.
Ada rasa macam nak sembelih Mieya tak bila membaca dalam nada tersangkut-sangkut gitu? Saja bagi korang nyampah frust sampai menonggeng. bajet -.-"

Baiklah. Marilah Mieya kongsikan tentang kemenangan hati Mieya semalam.


Tahukan korang apakah ini? Erm, I am pretty sure you have been caught by the peplum fever. If you are a girl, that is. Peplum nie semua orang asyik 'masyuk' bercerita, it's all over fashion blogs, fashion articles, magazines, online store and also in the mall. 

Semua orang asyik berpeplum. Sehingga kan Mieya sendiri pon turut sama terjebak dalam kegilaan peplum. Baru berkesempatan untuk membeli peplum sehelai sebagai tanda mata (reward) kepada diri sendiri. Boo Mieya, boo ! 

Bagi Mieya, peplum nie jimat tau. Korang boleh pakai untuk casual atau dinner atau wedding atau formal. Kalau nak pergi dating atau hang out pakai peplum dengan skinny jeans atau pencil skirt. Nak ke wedding pakai skirt labuh atau kain sesuai. Ke pejabat pun sama. Kiranya peplum nie jenis 2 in 1 jugak lah. 

Now, I can understand why numerous girls are going crazy about peplum as it does look very cute and femine, right?

Ya, Mieya akui Mieya batak. Tapi kebatakan ini tak pernah menghalang Mieya untuk terus membatakkan diri lagi. Hasrat nak memiliki 'mende alah' tu walaupun cuma sehelai, sangat menebal agar tak rasa jauh ketinggalan zaman. Nak juga seiring dan sejajar dengan arus permodenan fesyen jaman sekarang. Orang lain dah siap nak beli buat kali ke 69, sedangkan Mieya baru je sempat membeli sehelai. 

Nampak jelas betapa Mieya agak ketinggalan dalam berfesyen. Hey, who cares about that? Nobody care lah.

kahkahkah.. Mieya rasa Mieya patut beredar daripada menaip. Takut makin lama orang baca, makin banyak pulak kuantiti manusia yang merancang untuk mencampak Mieya ke laut. gara-gara stghess baca entri Mieya yang panjang kemain nie.

Well, kiranya boleh lah kita consider entri ini sebagai entri qadha kepada kualiti penulisan yang semakin merosot.  Dah beberapa minggu Mieya menyibukkan hari Mieya dengan hal yang tak berfaedah. Mungkin kerana conflict jiwa yang melanda Mieya sekarang..


Kembali Aktif Ber"churpchurp"

Assalamualaikum wbt ^^

Rasanya, semua orang dah sedia maklum tentang Churpchurp nie kan? ke ada yang tak tahu lagi? Okey, nevermind. Biar Mieya terangkan sikit, especially untuk para newbie lah kan?

Apa itu Churpchurp?

Churpchurp merupakan anak syarikat kepada Nuffnang. Rata-rata blogger, semuanya dah tahu pasal Nuffnang kan? Cuma yang membezakannya ialah.

Churpchurp adalah sebuah media pengiklan yang bergerak atas platform social networking dimana korang hanya perlu share link kempen dan promote secara habis-habisan sama ada di facebook mahupun twitter. Mudah kan?  

Korang akan diberi RM0.20-RM0.40 bagi setiap klik yang diterima. Contohnya macam ni : 

kalau seorang klik link iklan tu, maka automatically korang akan dapat 20 sen. Cuba bayangkan kalau 100 orang yang klik? Banyakkan? Sebab tu kena rajin dan alert dengan kempen yang nak di share. 



Ini hasil income Mieya sepanjang aktif berkempen dengan Churpchurp pada tahun lepas. Takde lah banyak sangat. Sebabnya Mieya pon dah kurang promote. Haa.. ini pula jumlah earning terkini. lagi sikit je nak cashout.


Amacam? Tak rasa tercabar ke? Jom lah join sekali. Klik SINI untuk mendaftar dan mulakan menabung. Bak kata pepatah, Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Jadi, bila tengok balik jumlah earning yang terkumpul sekarang ni, rasa macam dah bersemangat semula untuk aktif balik. Sambil-sambil online sekejap, boleh kumpul duit buat beli jajan sikit. Sambil menyelam minum air. Tak gitu?


MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara

Assalamualaikum wbt and hi everyone ! :)

Rasa cukup teruja bila buka sahaja blog tercinta Mieya ni.. Ada dua tag yang menanti Mieya daripada rakan blogger, iaitu Eka Atikah dan Puan Gojes. Dan yang menariknya dua-dua tag ini membawa kepada satu tujuan yang sama. Terima kasih sudi tag Mieya^^


Malaysia's Next Top Lucky Blogger 2013 yang dianjurkan oleh Mak Dara ini merupakan sebuah Giveaway yang simple, sempoi dan tak sempot bagi rakan blogger untuk sama-sama menyertainya. Di mana hadiah yang menanti para pemenang adalah sebanyak 56 hadiah. Wah, banyaknya kan?

Para Penaja yang baik hati :


So, Mieya nak tag kawan-kawan blogger yang lain untuk sama-sama menyertai GA nie. Mana tahu ada luck kan? Rezeki masing-masing, siapa tahu kan?

Jom lah join. Tarikh tutup penyertaan : 31 Mac 2013


Perkongsian Jumaat #12| Nasihat Ibn Qayyim

Assalamualaikum wbt dan salam Jumaat semua :)

Sempena dengan hari Jumaat yang mulia ini. Eloklah jika kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain ye. Jadi kali ini, Mieya nak kongsikan tentang Nasihat Ibn Qayyim bersama para pembaca sekalian :)

Siapakah Ibn Qayyim?

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah ialah seorang tokoh ilmuan Islam yang terkenal. Buku-buku beliau pada hari ini telah banyak diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia. Beliau ialah Sham al-Din Abu Abd Allah, Muhammad bin Abi Bakr bin Ayyub bin Sa’d bin Hariz al-Zar‘i al-Dimasyqi. Dikenali dengan panggilan Ibn Qayyim al-Jauziyyah. 

Gelaran al-Jauziyyah itu berkaitan dengan pusat pengajian yang dibangunkan oleh Yusuf bin ‘Abd a-Rahman al-Jauzi (meninggal 656H) yang mana bapa Ibn al-Qayyim menjadi pengurusnya. Dilahirkan pada 7hb Safar pada tahun 691H di sebuah kampung sekitar 55 mil (batu dalam kiraan dahulu) dari Bandar Damsyik.
Sumber : Dr. Maza

Ibn Qayyim pernah berkata :

1- Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai
kecuali menerima kehendak Allah SWT.

2- Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang
kecuali berjinak dengan dengan Allah SWT.

3- Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang
kecuali seronok mengenali Allah SWT.

4- Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai
kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.

5- Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam
kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya
serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

6- Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung
kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

7- Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. .

8- Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia
masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.


Kemaskini Window Update, Tapi Gagal !

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera :)

Punya lah hari ini... lepas menonton telenovela Filipina kecintaan hati, iaitu Broken vows di kaca tv, Mieya bercadang untuk berblogwalking ke blog rakan-rakan semua.

Tapi bila turn on sahaja laptop kesayangan, window 7 sedang giat configuring update. Lima minit dah berlalu, ingatkan dah settle dah. Boleh lah online seperti biasa. Tapi hampa. dekstop hompage langsung tak kelihatan.

Tapi yang keluar cuma menatang ini...


Dekat 15 minit juga lah Mieya stuck kat sini. Peluh tak henti-henti dari tadi. Cuak kot. Punya lah Mieya panik lain macam kali ini. terus Mieya capai handphone lalu menggoogle tips bagi mengatasi masalah ini.

And luckily, I've found the ways to solve it. Mieya ikut step yang diberi satu persatu.. tapi malangnya, tak berhasil. Ke Mieya salah teknik nie? (salahkan diri sendiri)

Buntu. Risau dan sangkatan dengannya semua ada. Lantas Mieya tinggalkan laptop begitu sahaja tanpa mematikan plug lalu turun untuk menenangkan diri seketika. Cara paling senang.. makan, isi perut dulu and then baru fikirkan the next step. Bijak betul !

Dalam pukul 6.30 petang.. abah mengajak Mieya ke kedai perabot untuk membeli tilam dan almari buku. Nanti Mieya cerita, okey? tips kedua.. keluar rumah dan hirup udara segar sebanyak mungkin.

Pulang sahaja ke rumah. Mieya terus mengadap laptop semula. Alhamdulillah. Segala-galanya dah kembali pulih seperti sedia kala. Punya lah lama Mieya try and error, mencuba dan menunggu dari pukul 4.30 petang tadi sehingga ke pukul 7 petang. Akhirnya..

Nota kaki : First time hadapi masalah sebegini, kadar risau tu melebihi kawalan perasaan tau. Moral of the story.... just relax, keep calm and still waiting.. Please do not panic and just wait and see.


Mensyukuri nikmat mata

Assalamualaikum wbt kalian :)

Manusia dianugerahkan nikmat pancaindera oleh Allah S.W.T, iaitu mata. Seharusnya dengan nikmat yang diberi ini, kita perlu bersyukur dan berusaha memeliharanya sebaik mungkin. 

Sepasang mata itu berkerja bersama-sama untuk menghasilkan satu imej yang kita lihat di dalam otak kita. Tapi berapa ramai yang mensyukuri nikmat mata ini? Berapa ramai apabila melihat keindahan ciptaan tuhan, Allah SWT  kemudiannya mengucapkan Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Semoga kita digolongkan didalam golongan yang mensyukuri nikmat penglihatan.


Gunakanlah nikmat mata yang diberi untuk melihat keindahan dan ketenangan alam ciptaan Allah. Lihatlah kejadian dunia yang penuh dengan keajaiban. Sudah tentu, kita pasti terpegun dengan kekuasaan Allah s.w.t atas kebijaksanaanNya menjadikan dunia ini. 


Alhamdullillah..syukur, kita masih hidup dan bernafas serta masih mampu melihat pemandangan yang indah seperti ini..








Bersyukurlah atas segala nikmat yang dikurniakan-Nya :)


Akhirnya Dapat Tengok Channel Astro

Assalamualaikum wbt semua :)

Akhirnya.. Penantian selama beberapa bulan tanpa menonton tv telah pon berakhir sebentar tadi apabila pihak Astro B.yond datang ke rumah kediaman Mieya sekeluarga,. Yahooo ! Rasanya.. orang yang paling tak berkedip mata adalah Mieya selain emak. (dah kami berdua je yang ada di rumah) hahaha




Dekoder je yang ada.. tapi wayar penyambung dan juga piring tak dipasang lagi. Padahal tetiap bulan bayar bil tau, tapi sayangnya tak boleh tengok.

Nampak macam pihak mereka nie main-main pulak.  Dah berkali-kali abang Mieya call pihak Astro, suruh datang ke rumah pasang piring. Tapi tak settle2 lagi dari siapnya pengubahsuaian di rumah sampailah tadi. Baru settle. 


Akhirnya... siap jugak. Lepas ni bolehlah Mieya sekeluarga melayan macam-macam channel di Astro seperti dulu. Sebelum ini, tengok dvd serta layan alunan muzik dari cd je. Sadisnya rasa..


Statistik Pengunjung Blog Minggu Ini

Assalamualaikum wbt :)

Just nak share mengenai statistik pelawat yang berkunjung ke blog Mieya minggu ini. Secara puratanya, sebanyak 241 unique visitors telah berkunjung ke blog Mieya dalam sehari. In general, jumlah daily visitorswere between 200-250. Yang mana terlebih tu, mungkin sebab ter"rajin" promote and blogwalking.


Quite tough nak maintain 200UV sehari (sebelum ni dapat bertahan 100-150UV je sehari). Kekadang artikel yang dipublish tidak mendapat tempat di hati pembaca. Jadi, secara tak langsung trafik pon turun naik macam tangga. Paling maksima pon, perlu update dua, tiga artikel sehari. Apa-apa pon, kalau ada masa I will write something.

Ni nak share keywords pulak. Boleh dikatakan, most of them search on google about something information like kentang putar, apam gula hangus, blog menarik untuk dibaca, rambut gugur dan lagu bara bara bara bere bere bere. Semuanya ada kaitan dengan apa yang Mieya taip sebelum ini.



Terima kasih kepada semua pembaca dan pengunjung blog Mieya ni. Tanpa anda siapalah blog Mieya Atiera ni kan. Kalau tulis blog tapi takde orang baca pun haru jugak kan hehe.. Insyaallah, Mieya akan tingkatkan lagi usaha untuk menjayakan lagi blog Mieya ni. sokongan anda amat amat amatlah Mieya perlukan... sambil buat muka kiuttt habisss hehe

P/S : Bukannya niat Mieya nak menunjuk-nunjuk ke apa. Cuma nak share info dengan korang semua bahawa blog picisan seperti kita pon boleh jana pendapatan jika kena dengan caranya.


Tips Cegah Jerawat

Assalamualaikum wbt buat pembaca sekalian :)

Jerawat dengan manusia memang tak dapat dipisahkan. Yang pasti, jerawat bukan sahaja memberi masalah kepada anak muda malah melibatkan golongan dewasa juga. 

Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka, dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.



Sudah semestinya lah, kita semua akan menjerit seperti orang gila bila bangun pagi, telek muka di cermin ada jerawat sebijik dua di muka. Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan juga keyakinan diri.

So now, Mieya nak berkongsi dengan kalian langkah-langkah mencegah jerawat dari tumbuh di muka. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.




  • Cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Muka yang kotor merupakan tempat bakteria membiak. Pastikan muka dicuci dengan pencuci yang sesuai dengan kulit muka.
  • Jangan picit jerawat. Lapisan yang ada di bawah kulit akan rosak dan kuman-kuman/bakteria tadi adalah punca kenapa jerawat mula tumbuh di lain tempat.
  • Basuh sarung bantal seeloknya seminggu sekali. 
  • Jaga pemakanan anda. Amalkan pemakanan seimbang.
  • Cuci muka sebelum masuk tidur. Bebaskan diri daripada sebarang mekap dan biarkan kulit muka bernafas.
  • Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
  • Tidur biar secukup rasa. Eh, takde lah. Pastikan tidur korang cukup. Sebab, inilah antara cara untuk dapatkan kulit yang sihat dan berseri-seri pada keesokan harinya.
Kalau rasa malas, boleh juga cuba cara ni :)



CPUV Ke 4 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt semua :)

Alhamdulillah.. Akhirnya ada juga CPUV baru yang melekat di blog Mieya.. Dengan penuh kesabaran Mieya tunggu tau. hehehe TQ Nuffnang sebab sudi bagi CPUV ke 4 ni untuk Mieya.

Beberapa hari ini, Mieya tak check pon akaun Nuffnang Mieya sebab merajuk mengenai permasalahan yang berlaku sebelum ni. Alhamdulillah, semuanya dah kembali seperti sedia kala. Iklan kat unit Large Rectangle pon dah kembali berfungsi. Cuma CPUV yang berjalan sebelum ni, agak slow sikit progress earningnya. Tapi takpe, sebaiknya Mieya perlu perbanyakkan bersabar. Mungkin ada hikmah di sebalik semuanya.

contoh iklan

CPUV ke 4 Untuk tahun 2013 kali ini daripada British Council UK March... Dan yang paling best, CPUV Pertama dan CPUV ketiga, masih running dalam blog picisan Mieya nie. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Harap-harap, lama lah lagi campaign nie menginap di blog Mieya. hihihi

P/S : tengah gigih nak balas jejak korang semua ni.


Fuhhh...Lega !

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera :)

Dalam berkira-kira sama ada nak join Campaign Assignment Blockbuster dari Nuffnang atau tak.. Ditambah dengan masalah yang melanda pada Nuffnang ads Mieya kelmarin. Hmm..Itulah dilema namanya.

Ramai yang memberi sokongan kepada Mieya untuk ikut serta.. erk, buat short video? Masa yang ditetapkan, paling kurang pon dalam 10-15 minit. Mampukah Mieya?



Campaign Name: 
DiGi Easy Prepaid Blogbuster


Video Submission Deadline: 
19 March 2013



Apa yang perlu Mieya buat ialah :
1. Record video pendek (dari 10-15 saat) berdasarkan keterangan yang diberi.
2. Upload video dalam ruang yang tersedia. Di mana anda boleh upload sehinggan 5 video sahaja.
3. Video anda akan dinilai sama ada menepati syarat serta standard piawaian atau tak.
4. Sekiranya terpilih, video tersebut akan dimainkan dalam blog anda dari 26 Mac-23 April 2013.
5. Dan anda akan menerima bayaran sebanyak RM0.50 bagi setiap complete play of the video. (Special to Gliterrati members)


Tapi alhamdulillah. Mieya cuba juga join. Satu video sahaja yang Mieya pertaruhkan. Nak buat lebih-lebih, tak sanggup rasanya. Lagipun, tempoh penyertaan pon dibuka sampai 19hb nie je. Mana nak sempat nya !

Apa? Ingat senang ke nak buat video? Lagi-lagi, bagi Mieya yang noobie gila nie. Susah woah ! Mieya cuma reti buat video dari Movie Maker je. sob sob~

P/S : Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi menyokong Mieya :)


Follower Yang Ke 2222

Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Lama betul tunggu nak cecah 2222 dan akhirnya tercapai jugak. hehe

Dulu, masa pertama kali Mieya berblog, rasa macam mustahil je nak capai angka macam ni. Bila tengok kawan-kawan punya, rasa best je. Sedangkan Mieya, nak dapatkan seorang pon susah. Dok geleng-geleng kepala je tengok dorang. Tapi sekarang, alhamdulillah.. Syukur.

Ops.. jumlah follower bukan kayu pengukur dalam menentukan sama ada blog seseorang tu popular atau tak. Follower juga bukan semuanya akan kembali untuk membaca post di blog kita. Bukan semua. Mungkin sesetengah daripadanya dan mungkin cuma satu per empat sahaja.

FYI, nombor dua merupakan antara nombor kegemaran Mieya. Jadi, jom kita tengok siapakah follower yang bertuah tu.. Beliau ialah Iqa, si pemilik blog My Journey, My Path. Terima kasih sudi follow blog Mieya.

Kepada follower-follower yang lain, Mieya nak ucapkan jutaan terima kasih juga kerana sudi nak follow blog Mieya yang tak seberapa ini. Tanpa anda, tak berseri dunia blog ini.


Apa Fungsi Alexa Rank?

Assalamualaikum wbt :)

Bila blogwalking ke blog rakan blogger, memang tak sah kalau tak nampak widget alexa rank di bahagian sidebar blog mereka.

Mieya sikit pon tak tahu menahu pasal Alexa ni. Apa benda ni? Apa function dia? Serius, terasa macam ketinggalan zaman pula bila tak tahu apa-apa pon pasal alexa rank nie.

Jadi macam biasa, engine carian google sebagai pembantu dalam menjelaskan sesuatu maklumat kepada Mieya.

Apakah Alexa Rank?



Mengikut kata mentor Mieya, 

Alexa Rank adalah sistem ranking untuk website diseluruh dunia yang dibangunkan oleh Alexa.com. Ia membantu mengira traffic dan pageviews di blog anda dan seterusnya menetapkan ranking untuk blog tersebut. Bagi blog yang baru, alexa rank anda adalah sangat tinggi iaitu sehingga berjuta-juta nilainya. 

Namun demikian, jika anda mengekalkan traffic ke blog secara konsisten, maka alexa rank tersebut akan meningkat dengan konsisten juga. Perlu diketahui, semakin rendah nilai Alexa Rank sesuatu blog itu, semakin tinggi dan konsisten aliran trafik ke blog tersebut. 


Ranking alexa terbahagi kepada dua iaitu ranking peringkat global yang mana jumlah trafik pengguna internet seluruh dunia ke blog anda dan juga ranking peringkat local iaitu trafik yang diperolehi dari dalam negara sendiri.

Alexa juga akan memaparkan keyword carian dari search engine yang paling banyak membawa pembaca ke blog kita. Dan ini secara tidak langsung dapat membantu kita dalam menghasilkan entri/post yang mesra SEO dikemudian hari.

hasil semakan minggu lepas

Haa.. ini ialah alexa rank blog Mieya. Tak payah tengok kat Global Rank tu. Untuk blogger picisan macam Mieya ni, kita tumpukan rank di Malaysia je. Nampaknya dah ada peningkatan. 

Kalau sebelum ni, 6K++ (kalau tak silap Mieya) Tapi kali ini, dah turun pada 3999. Alhamdulillah. Ohh ya, ranking nie akan sentiasa berubah-ubah ye.. mengikut jumlah visitor dan pageview.

Kalau korang nak tahu apa Alexa Rank blog korang, boleh check kat sini dan masukkan url blog anda :)


1st Time Dapat Campaign Assignment Dari Nuffnang

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera uolls ^^

Entri kali ini, bukannya nak bercerita pasal tips-tips Nuffnang.. Jauh sekali, nak terangkan pasal masalah yang melanda blog Mieya semalam.

Tapi, Mieya nak kongsi cerita dengan korang pasal apa expression Mieya masa first time menerima campaign assignment dari Nuffnang nie. Actually, dari semalam lagi Mieya tergerak hati untuk check email dari Nuffnang sebab nak ambil tahu mengenai jawapan kepada tiket pertanyaan Mieya.

And then, tiba-tiba je dapat email pasal Nuffnang Blogbuster] Campaign Assignment - DiGi Easy Prepaid, Pada mulanya, memang lah teruja.. sebab dapat campaign assignment dari Nuffnang. Tapi bila dapat tahu, syarat-syaratnya yang kita kena join sekali. Terus pitam sekejap. *k tipu*


Untuk menjayakan kempen ini, Mieya dikehendaki untuk membuat satu video pendek  (dalam 10-15 saat) tentang DiGi Easy Prepaid. 

Brief:
Your video should include the below message (either in text or speech):
“DiGi Easy Prepaid. Buddyz™ are never apart with”…
option 1: “24 hours free calls and SMS to Buddyz”
option 2: “24 hours free Facebook and Twitter!”


P/s : Still berkira-kira, sama ada nak join atau tak. Sebabnya kena buat short video. Agak susah bagi Mieya yang berjaauhan dengan kawan-kawan Mieya semua.


Senarai Peserta Bintang Mencari Bintang

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)

Program terbaru Bintang Mencari Bintang (BMB) terbitan TV3 menyaksikan bakat baru di dalam bidang nyanyian dan juga komedi yang akan keudara setiap hari Ahad pada pukul 9 malam.

Seramai 12 peserta telah dipilih dari pelbagai negeri. Manakala, antara barisan artis yang dipilih menjadi tenaga pengajar dalam program realiti ini adalah Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Kumpulan Senario, Raja Azura, Sabri Yunus dan Faizal Ismail.

Program ini bakal menyaksikan sisi lain program realiti terbitan TV3 yang pernah ditonjolkan sebelum ini bakal keudara selama 15 episod dan memperkenalkan Adibah Noor sebagai pengacara manakala pelakon Taiyuddin Bakar atau Tai sebagai pengacara belakang pentas.

Bintang Mencari Bintang

Bagi program ini, khidmat juri profesional seperti Fauziah Ahmad Daud dan juga Ar. Badul antara juri tetap untuk musim pertama ini. Bagi mereka yang tidak tahu, Juara bakal membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM200,00.

Senarai 12 Peserta Program Realiti Bintang Mencari Bintang

Bintang Mencari Bintang

1. Sifu: Sabri Yunus

Kumpulan

Titan: Azizul Ammar Abu Hassan & Fazlisham Mat Hussin

Big Too: Nor Alif Mohd Mokhtar & Mohamad Shafiq Raside



2. Sifu: Raja Azura

Kumpulan:

Kelawak: Syed Atiq Wan Long & Muhd Maaruf Zamani

Awok: Filzah Azmi & Nurul Ain Othman



3. Sifu: Afdlin Shauki

Kumpulan:

Bowl: Mohd Danial Lee & Syed Ali Mubarak

Bocik: Mohd Fadlie Mohd Nizam & Syed Umar Mokhtar



4. Sifu: Faizal Ismail

Kumpulan:

Ajo: Wan Azrul Azizan

Tapaw: Mohd Shahrizal Sulaiman & Khairul Faiz Sulaiman



5. Sifu: Harun Salim Bachik

Kumpulan:

Achey: Mohd Nasir Hamzah

Xoxo: Mohd Hazwan Azani & Hazmeer Hassan



6. Sifu: Kumpulan Senario

Kumpulan:

Gegau: Mohd Saffuan Samsuddin & Faizal Ibrahim

Tocai: Mohamad Tarmizi Mustafa & Mohd Faizal Mat Saat

Nota kaki : Boleh tahan jugak persembahan pengenalan mereka.


Nuffnang Problem !

Assalamualaikum wbt semua.

Dua tiga hari ni, blog Mieya dilanda masalah di mana iklan Nuffnang di antara dua post (Large Rectangle) dalam blog Mieya nie "kosong". Macam gambar kat bawah ni haa...


Tak tahu lah kenapa boleh terjadi macam nie? Pelik jugak pada mulanya. And then, dengan perasaan ingin tahu yang menebal.. Mieya pon memulakan siasatan yang lebih terperinci.

Hmmm, guess what?? Sekali lagi Mieya dikejutkan dengan...

 

Ketiadaan maklumat mengenai unit iklan Nuffnang di bahagian Large Rectangle. Memang sah, ini mesti ada sesuatu yang tak kena pada coding.

Terus je Mieya re-edit balik kod Nuffnang di bahagian template blog. And then, hantar tiket pertanyaan kepada Nuffnang.

Harap sangat, problem ini dapat diselesaikan dengan segera. Dah lah ada dua iklan CPUV sedang running di unit iklan tu sekarang ni. Terus stop, tiada peningkatan langsung pada earning nya. tsk tsk, sayangnya !

P/S : Sekali lagi Nuffnang bergurau kasar dengan Mieya :(


Katak Puru @ NamNam, Boleh Dimakan?

Assalamualaikum wbt :)

Pernah dengar tak spesies katak puru yang boleh dimakan? Bagi yang tak kenal apa itu katak puru, boleh tengok pada gambar di bawah nie.




Hahaha.. korang lalu ke nak makan? tapi sebenarnya, bukan katak puru ni yang boleh di makan. 

tapi yang ini..



Buah katak puru? Kenapa namanya begitu? Begitulah gelaran yang dipanggil kepada buah nam-nam kerana mempunyai kulit luaran yang kurang menarik dan menggerutu. 

Walaupun nama dan bentuk luarannya tidak secantik buah-buahan yang lain, namun bagi mereka yang biasa merasai buah ini tentu membuatkan air liur terasa kecur. 




Buah nam nam yang bersaiz di antara lima hingga enam sentimeter (cm) ini mempunyai rasa masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi masam manis apabila masak. 

Bijinya pula berbentuk leper. Selain dimakan segar, daun dan buah nam nam juga mempunyai khasiat perubatan. 

Khasiat buah nam-nam

Kebanyakan orang-orang terdahulu mempercayai dengan memakan buah dan pucuk pokok ini dapat mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis. 

Ada juga yang menjadikannya ramuan dalam ubat bagi merawat batu karang. Selain itu, daunnya juga boleh dikeringkan dan dijadikan seperti minuman teh

Pokok nam nam atau nama saintifiknya Cynometra Cauliflora merupakan tumbuhan unik kerana berbunga dan berbuah di batang. 

Pokok yang dikatakan berasal dari Borneo ini mempunyai ketinggian di antara tiga hingga enam meter (m) sahaja.