Cinta Tanpa Keikhlasan

Assalamualaikum wbt :)

Lumrah hidup manusia di dunia ini,tidak akan pernah terlepas dari namanya CINTA. Setiap insan ingin dirinya disayangi, dicintai dan diberi sepenuh perhatian. Tanpa cinta, mungkin kita tidak akan merasakan betapa indahnya dunia ini. Yang ada cuma lah rasa sunyi bila hidup bersendirian.

Kumpulan Lestari mengatakan bahawa Cinta itu ketawa dan air mata. Di mana ada pahit dan juga manis dalam menjalin hubungan percintaan. Adakalanya cinta yang dinikmati tidak sama seperti yang diharapkan. Ada yang bercinta sehingga sanggup serah segalanya, asyik berkepit siang dan malam macam belangkas  tapi akhirnya putus jua.

Agaknya, apakah kesilapan-kesilapan yang biasanya wujud dalam sesebuah hubungan cinta? Adakah disebabkan cinta tanpa keikhlasan? Mulut mengatakan sayang, tapi di hati menafikan rasa itu. Macam mana tu? Atau mungkin sebab...




Cinta Materialistik - Ada orang yang bercinta kerana harta dan wang ringgit. Tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan, mereka dikenali sebagai hidung belang.
Selagi kita berduit, si dia akan sentiasa disisi. Tapi bila dah pokai... hmm, jangan kata nak jumpa, call tanya khabar pun tidak. Mereka akan tinggalkan pasangannya terkapai-kapai seorang diri. Dah nampak sangat dia sayangkan kita sebab poket kita yang penuh.
Cinta Kerana Nafsu- Memang banyak terjadi cinta yang sebegini rupa, terutamanya bagi pasangan yang masih muda atau masih di bangku sekolah.Selalunya perempuan lah yang menjadi mangsa. Mangsa ini terdiri daripada perempuan yang mudah terpengaruh dengan pujuk rayu dan sedikit kemewahan yang dijanjikan.
Luah rasa cinta..rasa sayang, semata-mata nak menikmati tubuhnya. Tidak hairanlah jika ramai di kalangan pelajar sekolah yang mengandung di usia muda. And then, menimbulkan gejalan pembuangan bayi.
Cinta Kerana Usia Sudah Menjelang Senja- Usia dah makin meningkat, takut di gelar andartu atau bujang terlajak. Siapa yang di depan mata terus dia rembat. Walhal dalam hati langsung takde feel pun. Mereka langsung tidak memikirkan dan menilai pasangan mereka. Tapi dah terpaksa sebab takut expiry date dia dah dekat. 
Cinta Balas Budi- Selama ini, mereka asyik bergantung segala-galanya pada si dia. Kadang-kadang lelaki juga mengambil kesempatan dengan keadaan ini. Mereka menghulurkan bantuan yang tidak mampu dibalas oleh wanita. Wanita akan merasa terhutang budi dan menerima lamaran cinta. Last-last terpaksa mengadai badan sebab dah tak mampu nak balas budi. Dalam hati langsung tiada rasa cinta tapi terpaksa juga berkorban. 
Ada juga lelaki berbudi kepada keluarga perempuan tersebut. Maka, keluarga rasa terhutang budi dan akan memenuhi apa sahaja permintaan lelaki. Akhirnya perempuan itu menjadi galang ganti. Sengsaranya hati.
Cinta Simpati- Jauh bezanya antara rasa kesian dan rasa cinta. Jangan sebab asyik melayan ‘drama’ si dia sehingga akhirnya kita terpaksa jadi 'pak sanggup' pula.

Kadang-kadang, kesilapan-kesilapan sebegini lah yang menyebabkan sesuatu perhubungan itu tidak bertahan lama. Cinta yang lahir kerana keterpaksaan.
Bukankah lebih bahagia seandainya kita lebih ikhlas mencintai seseorang?
Credit to : Puteri :)

22 comments:

Umialya said...

cam ader something jer ngan diri mieya, xmo kongsi ke??

Anonymous said...

Cintailah orang yang mencintai kita ^_^ hehe

hana hadi said...

macam2 jenis cinta ada.huhu

Nur Zulaikha said...

cintakan bunga bungakan layu,
cintakan harta harta kan hilang
cintakan manusia manusia kan mati
cintakan Ilahi itulah yg kekal abadi..

singgah sini..mohon jengah entry ni..ade sesuatu yg ohsem..rugi x tgk..
http://wwwzuemygen91.blogspot.com/2013/03/fariz-izhan-abdul-hadi-siapakah.html

Mummy MM said...

Banyaknye jenis cinta =]

Miss N™ said...

CINTA...
Nur tak tahu nak ulas apa...
sebab Nur rasa kosong pasal CINTA...

huhuhuh

Myra Jay said...

Semoga kita tergolong dengan cinta yg ikhlas

nini said...

kadang2 kita jatuh cinta tatau pasai pa kan...=D

Aimacomel said...

cinta tanpa keihlasan sure takkan pernah lama. Cinta dan mencintai, terima seadanya.. cinta tanpa syarat..
thanks 4 sharing ilmu baik ni..

datang jenguk dr blog kak mia. tahniah utk 9500 ye =)

iha said...

Cinta simpati tu terasa sentap pulak.. huhu..

ecadwinkyasha said...

cinta kalau tak ikhlas,xde erti :)

Unknown said...

@umi alya Erkkk, mana ada apa-apa kak. Saje-saje je nak kongsi.

Unknown said...

@Sally Yatiey Ya, betul tu. Tapi sayangnya, masih belum ketemu lagi cinta yang sejati. Takpe, teruskan usaha. Chaiyok2, gambate !

Unknown said...

@hana hadi Ya, lagi-lagi di zaman millinium ni

Unknown said...

@Nur Zulaikha Pandai betul bermain kata. Sangat-sangat tertarik.

Unknown said...

@Isabel Diaz Ya, memang banyak. Bercinta pakai hati, bisa mati. Bercinta pakai akal, tak boleh jugak.

Unknown said...

@Cik Nur™ Semoga terus tabah ye Cik Nur. Cinta datang dan pergi. Insyaallah, bila tiba masanya, akan tiba jua jodoh kita semua.

Unknown said...

@Myra Jay Insyaallah.. mudah-mudahan ye kak :)

Unknown said...

@nini Ya, betul tu.

Unknown said...

@baby comel Terima kasih :)

Unknown said...

@Iha Zaliza Minta maaf jikalau post ini membuat sesiapa terasa atau terkecil hati. Mieya tak bermaksud pon nak buat macam tu.

Unknown said...

@Eca Dwinky Asha ya, betul tu sis.