Nak Naikkan Trafik Memang Mudah...Tapi

Assalamualaikum wbt bloggers :)

Kebelakangan ini, Mieya perasan sesuatu..

Nak dapatkan trafik 300UV hari ini memang senang. Mudah je. Nak dapatkan 500UV esok? Lusa? Pun mudah juga. Tapi yang susahnya.. Nak kekalkan jumlah UV tu di hari-hari mendatang. Mampukah?

UV = Unique View ye, bukannya Ultraman Venus ..

Jika kita mampu mengekalkan atau menaikkan trafik blog walau sedikit, bermakna blog kita ada perubahan. Jika tidak mampu... kita usaha lagi ! Letakkan satu had atau matlamat dalam blogging.

Sebagai contoh,

Jika sesebuah blog mampu mencapai sebanyak 200-250UV sehari, maka pastikan hari berikutnya pon sama bilangan trafiknya. Pastikan blog kita tak "layu".

Dan yang paling penting adalah.. Apakah entri yang menyebabkan blog kita naik? Adakah disebabkan entri tersebut hasil tulisan kita sendiri atau tulisan orang lain?



Jikalau trafik blog naik kerana tulisan orang lain, bermakna kita terpaksa berusaha lebih untuk mencari berita semasa dan juga info-info setiap hari. Hmmm.. Kalau sesekali, boleh lah lakukan. Kalau hari-hari macam tu?

Bukan senang nak kekalkan trafik, tapi tak susah nak naikkan trafik.



9 comments:

Miss N™ said...

ermm..nak kekalkan tu mmg susah sikit kan..huhuh

Umialya said...

betul tu..

azievee said...

Blog akak blog suka2 je...tp kalu org nak baca alhamdulilah

nuyui a.k.a miss YUI said...

bukna mudah nk dpt cmtu..huhu

Fiza Rahman said...

Susah juga nak maintain UV. Kadang naik kadang turun. Kena usaha lebih lagi ni.

Unknown said...

Apa makanan kegemaran awk? Jom sertai segmen ini http://nasuhanass.blogspot.com/2013/02/segmen-saya-suka-makan.html :D

✿INA AINAA✿ said...

agaklah, memang susah pun nak maintainkan traffic... ena punya traffic, tengok masa, turun naik juga lah.. huuuuuuuu

Anonymous said...

Betul tu mieya.. bukan senang nak naikkan trafik blog dari hari ke hari dan kekalkan trafik blog ni.. Takkan nak update tentang isu semasa je kan ;) Orang pun naik bosan baca blog kita nanti ^_^

Unknown said...

@Cik Nur Betul tu Cik Nur. Sangat susah kalau takde komitmen.