Korean Collagen (K-Colly) Sweet 17 | Review

Assalamualaikum wbt semua :)

Rasanya ramai yang tak tahu bahawa Mieya merupakan seorang beauty junkie tapi tertumpu kepada supplement sahaja sebab Mieya tak suka mekap. Biar muka serabai tapi supplement tak boleh habis. Tanya sahaja lah apa-apa produk yang sedang hangat di pasaran sekarang ni. Mostly, banyak yang Mieya dah pernah cuba consume. Cuma kekurangan masa nak berkongsi review dan testimoni di blog je. huhuhu

Kali ni, Mieya nak review pasal Korean Collagen Sweet 17 atau lebih dikenali sebagai K-Colly. Tapi sebelum tu, Mieya nak mohon maaf lah sebab review serba ringkas sahaja memandangkan masa yang tidak mengizinkan.

Actually, Mieya mula terjebak dengan supplement K-Colly ni selepas melihat sendiri kulit officemate jadi halus, tona yang sekata serta jerawat pudar. Waaa.. kagumnya rasa bila tengok kulit muka dia macam tu padahal baru sebulan consume (cemburu buta)

So, Mieya pon nekad lah order sebotol K-Colly dengan harapan yang penuh di dada. Kebetulan, jerawat serta masalah kuluit berminyak sedang mengganggu kehidupan Mieya. Sebotol ni boleh tahan sebulan lebih dan Mieya start consume pertengahan bulan April sehingga hujung bulan Mei 2014.

Cara makannya pon mudah je, hanya perlu masukkan satu scoop ke dalam mulut dan biarkan enzim air liur cairkan perlahan-lahan. Rasanya sedap tapi tersangat lah manis. huhuhu sangat tak bagus untuk penghidap gigi sensitif macam i olss.

Okay, ni kulit muka Mieya sebelum ber'K-Colly. Cuba tengok kulit muka Mieya berminyak serta ada jerawat dan parut bekas jerawat. Saja zoom, kasi nampak jelas sikit. Padahal masa ni, Mieya cuma pakai krim pelembap muka (moisturizer) sahaja.


Result selepas sebulan lebih consume :

Alhamdulillah, digestive system berjalan dengan lancar. Sebab bila consume K-Colly ni kan kena minum air dalam kuantiti yang banyak. Memang kerap kali berulang-alik ke tandas.

Perubahan pada kulit? Jerawat dekat hidung jadi kecut, parut jerawat pudar sikit. But still tak hilang lagi. Next, bab kulit jadi putih melepak, cerah satu dua tona memang langsung tak ada. Lain orang, lain kesannya kot.

So this is my review of K-Colly. Cuma mampu consume sebotol sahaja sebab tak tahan dengan taste yang manis, serta kurang berdisiplin. Kadang-kadang ambil satu scoop, kadang-kadang lupa. Penyelesaiannya, kembali semula kepada supplemen berbentuk pil dan capsule.