Nampaknya... Mieya kini dalam "mood" nak wujudkan satu hobi baru. Hobi Mieya yang terbaru ini adalah....jeng jeng jeng
Kumpul teddy bear. Mieya nak beli banyak-banyak teddy bear yang comel, yang gebu dan yang seangkatan dengannya. Yang penting bukan anak patung Barbie yang keras tu. Teeettt..
Ahaiii.. sejak bila pulak Mieya berubah menjadi seorang yang girlie dengan mengumpul anak patung? (kalau orang hadiahkan tu lain cerita). Walhal sebelum-sebelum ini takde lah pulak. Aisey !
Mungkin sejak wujudnya bilik baru untuk Mieya, Mieya menjadi bertambah sunyi. Mula-mula ingatkan, Mieya akan berkongsi bilik dengan adik mieya. Tapi malangnya.. dia tak nak. So, bagi memeriahkan lagi suasana dalam bilik Mieya yang "kosong" tu. Mieya beli lah satu teddy bear.
Haaa... Di sinilah hobi pelik lagi aneh akan bermula. Dup dap dup dap apa dia tu?
Hmm.. perkara itu adalah, Mieya mahu tikam teddy bear tersebut bila terlalu marah dengan seseorang, tetapi tak dapat melepaskan kemarahanku kepada orang itu. Muahahaha! Bunyi-bunyi macam Mieya ada sakit mental atau masalah jiwa pulak.
Okey..gurau je tu.. Huhu tak ada kerja Mieya nak membazir beli teddy bear semata-mata untuk memusnahkannya.
barang peninggalan di zaman kanak-kanak dulu |
Actually, memang dari kecik lagi Mieya teringin nak kumpul benda-benda comel dan gebu seperti beruang nie. Tapi Mieya diamkan je. Takde pon nak merengek meminta kat parents suruh belikan macam sesetengah orang.
Yang Mieya dapat ialah... seekor kucing dan juga arnab. Anak patung Shin Chan dengan lembu, entah ke mana entah menghilang. hihi
Tapi orang kata, kalau ada teddy bear thats mean.. mesti budak nie manja orangnya. errr.. sebenarnya, hanya diri sendiri sahaja yang tahu jawapannya. Not me. Not me !!! Mieya always cool okey?
Ada teddy bear ke takde, itu bukanlah satu masalah.. Manja tu datang dari sifat yang dianugerah olehNYA. Semestinya kita perlu bersyukur dengan apa yang kita miliki.. tak gitu kan?
Apa-apa pun.. Love you, Gendut. Menemankan daku untuk beradu.. hahaha Dah plan dah, nak cari lagi teddy bear banyak-banyak.
Okay entri merepek tamat. Sekian, terima kasih.
17 comments:
wahhh, selamat berjaya kay mencuba hobi baru :D hehehe
wahhh...nanti lama2 penuh satu katil..sampai mieya xde ruang untuk tidur...
hihihi..
Nur suka kumpul FM... :)
Haha, ayat intro dah sedap Mieya, part tikam yg lawak tu.. :D
Iha tak suka patung even ada berlambak orang bagi bear.. tapi bila jatuh sakit, bebear sangat berguna.. hanya pembela bear je yang boleh faham kot.. hehe..
AJ tak beli..
Banyank orang bagi dengan dapat kat funfair... =D
Teringin jugak nak kumpul terutama Rilakkuma dengan Domo tu tapi dye owg mahal2 belaka.
ohh, sesungguhnya kite suke kumpul teddy bear. dah banyak teady bear kat rumah tu.. hihi
he he he minat juga ye
cam anak2 kecil jer..
@Aina Areen Thank you dik :)
@Cik Nur™ Takpe. Dah minat. Bukannya selalu kan?
@Iha Zaliza haha.. tahu takpe. At least, ada jugak teman mengadu walaupun dia tak boleh bercakap.
@AyueJean AJ Wahhh.. untunglah. Mieya nie siapa lah nak bagi kan?
@Isabel Diaz ha'ah. Tak termampu pulak nak beli.
@^^eKaTiKaH^^ Yeay.. ada geng lah !
@Kesuma Angsana ha'ah KA. Waktu kecik-kecik tak dapat merasa. Bila dah besar macam nie barulah nak feeling2 gitu
@MUHAMMAD IQBAL Abdullah haha.. comel je.
@umi alya hihi. sekali-sekala.
Post a Comment