Tips Cegah Jerawat

Assalamualaikum wbt buat pembaca sekalian :)

Jerawat dengan manusia memang tak dapat dipisahkan. Yang pasti, jerawat bukan sahaja memberi masalah kepada anak muda malah melibatkan golongan dewasa juga. 

Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka, dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.



Sudah semestinya lah, kita semua akan menjerit seperti orang gila bila bangun pagi, telek muka di cermin ada jerawat sebijik dua di muka. Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan juga keyakinan diri.

So now, Mieya nak berkongsi dengan kalian langkah-langkah mencegah jerawat dari tumbuh di muka. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.




  • Cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Muka yang kotor merupakan tempat bakteria membiak. Pastikan muka dicuci dengan pencuci yang sesuai dengan kulit muka.
  • Jangan picit jerawat. Lapisan yang ada di bawah kulit akan rosak dan kuman-kuman/bakteria tadi adalah punca kenapa jerawat mula tumbuh di lain tempat.
  • Basuh sarung bantal seeloknya seminggu sekali. 
  • Jaga pemakanan anda. Amalkan pemakanan seimbang.
  • Cuci muka sebelum masuk tidur. Bebaskan diri daripada sebarang mekap dan biarkan kulit muka bernafas.
  • Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
  • Tidur biar secukup rasa. Eh, takde lah. Pastikan tidur korang cukup. Sebab, inilah antara cara untuk dapatkan kulit yang sihat dan berseri-seri pada keesokan harinya.
Kalau rasa malas, boleh juga cuba cara ni :)



28 comments:

Anonymous said...

Betul2.. Nice tips mieya..

✿INA AINAA✿ said...

ena memang tak sah kalau tak picit jerawat.. rasa geram bila jerawat ketul2 naik... pastu padan muka ena, tempat lain lak naik.. hahahaha

Umialya said...

nak tambah, xmo stress2 k

Ayue Rejaluddin said...

Alhamdulillah sekarang ni muka AJ kurang sikit jerawat.....
Tapi kadang rajin naik seketul dua tang dahi....
Nice tips..

Rozita Ceritaita said...

haha...mcm tau2 je ada jerawat kat dagu akak ni...

Anonymous said...

Thanks for the tips 😘

Ezad Skytech said...

mmg leceh bila jerawat timbul ni..geram je nak picit jerawat tu...tapi nnt berbekas pulak kalau dipicit...elakkan jerawat timbul lagi bagus...hee~

IntaNBerliaN said...

haa betoi tu.. jerawat jgn picit, nanti jd parut kan..

Anonymous said...

hehehe gd tips dik

Mrs Velentine said...

suka tips ni..tq

Myra Jay said...

MJ setiap bulan konpem akan mai punya jerawat ni :D

ayut said...

kalau ikut ayut...jg pemakanan la yg plg penting...sbb klu tlebih mkn mknan berminyak mesti kuar jerawat...

Miss N™ said...

bab picit tu mmg xboleh janji..
sbb nur suka picit..
huhuh

Unknown said...

@Sally Yatiey Thank you, Sally :)

Unknown said...

@✿AINAA ROSEBERRY✿ Mieya sentiasa cuba elakkan dari picit jerawat.

Unknown said...

@umi alya haaa... betul tu kak

Unknown said...

@AyueJean AJ sama lah dengan Mieya.

Unknown said...

@Rozita erk.. haha tak tau lah pulak.

Unknown said...

@Reeana Your welcome :)

Unknown said...

@Ezad Skytech Yup. betul tu.

Unknown said...

@IntaNBerliaN Ya, betul tu. Sekali dah berbekas parut kat muka. nak hilangkan parut tu balik, memang payah.

Unknown said...

@Kesuma Angsana Thanks kak :)

Unknown said...

@Mrs Velentine Welcome :)

Unknown said...

@Wanieys a.k.a IbuQalief TQ :)

Unknown said...

@NoEn Kena kurangkan sikit amalan yang tak elok untuk kecantikan wajah nie kak :P

Unknown said...

@Myra Jay Biasa lah kan :)

Unknown said...

@ayut Mieya, agak susah sikit nak jaga. Semuanya main telan je.

Unknown said...

@Cik Nur™ hahahaha... aiyaa! Habis lah berparut muka Cik nur nanti.