Adakah korang semakin bingung, bengang, lalu bertindak bangang dan bengong kerana terdapat berduyun-duyun jerawat di muka korang yang cantik tetapi sudah menjadi seperti tempurung kelapa disebabkan oleh sang jerawat ?
Actually, niat Mieya menaip entri kali nie bukannya untuk mendengar korang menangis. Tetapi Mieya ingin berkongsi serta membicarakan cara-cara terbaik sehingga menyebabkan korang termimpi-mimpi.
Sekarang, dengan dukacitanya Mieya mempersembahkan kaedah terbaru menghilangkan jerawat tanpa mengeluarkan wang ringgit, memang khas direncanakan untuk mereka yang sengkek seperti Mieya nie. hehe
1) Ambil tali kalau boleh tali kapal untuk ikat tangan kau ke belakang okeyy? kalau kau ikat ke depan lebih baik kau tampar sahaja muka kau atau biar Mieya sahaja yang tamparkan. Kaedah ini amat sesuai dilakukan selepas solat subuh sehingga terbenam matahari pada 9 zulhijjah di padang arafah. kehkeh
2) Keluarkan setakat RM1500 untuk kau beli Blackberry baru, termasuk android dan itunes.
motif? kau boleh main game yang paling terbaik di dunia iaitu game picit jerawat atau dalam bahasa orang putih dan kelabu iaitu pimple popper lite.
3) Tepek gambar lelaki idaman kau kat cermin yang paling besar punya
motif? Bila kau nak picit jerawat nanti dan mengikut amalan orang waras sesiapa yang nak picit jerawat akan pergi kat cermin jadi bila kau nak picit jerawat kau tu tetiba kau ternampak muka lelaki idaman kau yang tengah pandang jelek kat kau. Jadi , niat kau pon dengan rasminya terbatal.
4) Buat benda yang lebih berfaedah macam masuk keluar tandas sampai pecah rekod dunia.
adalah kerja jugak kau nak buat kan daripada kau dok picit tak henti-henti jerawat kau tuuu. ataupon kau pergi makan macam mak dan adik Mieya buat sekarang.
5) Jika kau tak mampu mengikut semua kaedah tadi, Mieya sarankan kau ikut kaedah terakhir, yang paling berkesan dan tak payah guna duit kau. tetapi hanya guna jari kau.
Erm, apa kata kau panggil mana-mana kawan kau yang muka ada banyak gila jerawat yang kau rasa macam best gila nak picit. Then, kau picitlah jerawat dia. Sesungguhnya, memicit jerawat kawan kau adalah lebih baik dan bertamadun daripada kau picit jerawat kau sendiri.
Jadi , kepada gadis-gadis yang mungkin ada masalah jerawat banyak nak mampus. Pastikan korang ikuti kaedah yang Mieya beri nie. Semoga berhasil !
kbai~
8 comments:
jerawat oh jerawat..haha
jerawat oh jerawat
laa~ ingtkan tips betul2..huhu...
*hampa..
hahahah adoyai sengal oh.. :D mmg tak berani ah buat semua mcm tu. kahkah
cik duyung > peace :3 jgn mara.
suke yg nu 3 tueee xD
mmg x jdi nk picit sbb tgk muke lelaki idaman kat cermin xD
Nuriy> hehe, sama la ngan kitew.
Masaalah jerawat ni memang masaalah remaja di seluruh dunia. Kalau dah guna macam-macam ubat dan sabun tapi masih tak menjadi, tension oii. Muka kita ni bukan bahan eksperimen untuk macam-macam produk, dan yang lagi tension lagi bila dah cuba produk tu muka kita bukan bertambah elok, tapi makin bertambah menggerutu ….aduuh.
Yang penting banyaklah bersabar dan percayalah bahawa setiap penyakit tu pasti ada ubatnya. Nak jadi cerita, ada seorang Doktor yang dah dah 20 tahun dah jadi Doktor tapi sejak 6 tahun kebelakangan ini dah mengkhusus dalam bidang jerawat dan pigmentasi. Siap buka klinik Jerawat sendiri tu. Kata Doktor ni, dia memang nak menolong para jerawat,eh…para remaja mengatasi masaalah jerawat takat gaban ni terutamanya nak menghilangkan perasaan rendah diri dalam mencari pasangan.
Agak-agak dah tak yakin dengan produk jerawat kat pasaran, jumpa ajelah face to face dengan Doktor ni. Sampai bila kita nak jadikan muka kita ni jadi bahan eksperimen…minta simpang la, muka nak pakai lama ooi. Cerita banyak pun tak guna, klik ajelah kat website Doktor ni dan jumpa le Doktor ni face to face kat klink JJ dia…bukan Jaya Jusco le…..Klinik Jerawat & Jeragat. …yang penting kita ikhtiar,insyaalah…
http://amisya2.jomniaga.com/go/kamarul68
Post a Comment