Apa Fungsi Alexa Rank?

Assalamualaikum wbt :)

Bila blogwalking ke blog rakan blogger, memang tak sah kalau tak nampak widget alexa rank di bahagian sidebar blog mereka.

Mieya sikit pon tak tahu menahu pasal Alexa ni. Apa benda ni? Apa function dia? Serius, terasa macam ketinggalan zaman pula bila tak tahu apa-apa pon pasal alexa rank nie.

Jadi macam biasa, engine carian google sebagai pembantu dalam menjelaskan sesuatu maklumat kepada Mieya.

Apakah Alexa Rank?



Mengikut kata mentor Mieya, 

Alexa Rank adalah sistem ranking untuk website diseluruh dunia yang dibangunkan oleh Alexa.com. Ia membantu mengira traffic dan pageviews di blog anda dan seterusnya menetapkan ranking untuk blog tersebut. Bagi blog yang baru, alexa rank anda adalah sangat tinggi iaitu sehingga berjuta-juta nilainya. 

Namun demikian, jika anda mengekalkan traffic ke blog secara konsisten, maka alexa rank tersebut akan meningkat dengan konsisten juga. Perlu diketahui, semakin rendah nilai Alexa Rank sesuatu blog itu, semakin tinggi dan konsisten aliran trafik ke blog tersebut. 


Ranking alexa terbahagi kepada dua iaitu ranking peringkat global yang mana jumlah trafik pengguna internet seluruh dunia ke blog anda dan juga ranking peringkat local iaitu trafik yang diperolehi dari dalam negara sendiri.

Alexa juga akan memaparkan keyword carian dari search engine yang paling banyak membawa pembaca ke blog kita. Dan ini secara tidak langsung dapat membantu kita dalam menghasilkan entri/post yang mesra SEO dikemudian hari.

hasil semakan minggu lepas

Haa.. ini ialah alexa rank blog Mieya. Tak payah tengok kat Global Rank tu. Untuk blogger picisan macam Mieya ni, kita tumpukan rank di Malaysia je. Nampaknya dah ada peningkatan. 

Kalau sebelum ni, 6K++ (kalau tak silap Mieya) Tapi kali ini, dah turun pada 3999. Alhamdulillah. Ohh ya, ranking nie akan sentiasa berubah-ubah ye.. mengikut jumlah visitor dan pageview.

Kalau korang nak tahu apa Alexa Rank blog korang, boleh check kat sini dan masukkan url blog anda :)


24 comments:

Unknown said...

Selalu jugak cek Alexa rank ni ^_^ hehe

Unknown said...

oooo...sllu baca pasal ni kat entry rakan...skrg baru faham sikit

Unknown said...

dah check sy nyer
454,962
Global Rank

1,886
mlysia

282
reputation

tgk angka..lg x paham..hikhik

Dingdang said...

akak takde pon alexa ni. huhu.

Anonymous said...

sebenarnya saya pun x tau alexa tu apa haha...slm knl.

Anonymous said...

sebenarnya saya pun x tau alexa tu apa haha...slm knl.

Mummy MM said...

Wah, nak checklah lepas nie =]

Unknown said...

woah..

Miss N™ said...

Nur jarang check...
tp ada juga letak..hihihi

Rima Alliq Entertainment said...

untung la alexa rendah

Jahirah said...

alexa rank akak turun naik..xkonsisten...

NoEn said...

ok akak punya lagi terceruk...hehe

NoEn said...

ok akak punya lagi terceruk...hehe

Unknown said...

@Sally Yatiey Sama lah. Tapi, Mieya punya rank tak segempak Sally punya. huhuhu

Unknown said...

@Yumida Huda Mieya pon sama. Baru je faham.

Unknown said...

@Yumida Huda Wahhh. kira gempak tu :)

Unknown said...

@Nurul Faiz Cuba check, confirm ada punya lah.

Unknown said...

@Siti hahahah. takpe. Fahamkan dulu sikit-sikit. Lama-lama nanti dah tahu dah

Unknown said...

@Isabel Diaz Selamat mencuba :)

Unknown said...

@Tockmart Jr Agak-agak blog Tockmart pula ranking yang ke berapa ye ?

Unknown said...

@Cik Nur™ Letak kat blog lagi lah senang. Hari2 boleh tengok peningkatannya.

Unknown said...

@Rima Alliq Entertainment erkk.. mana ada rendah. Kira okey lah bagi blogger suam-suam kuku macam Mieya nie.

Unknown said...

@Aishah Jahirah Kena maintai trafik tu kak.

Unknown said...

@NoEn hehe, takpe, boleh lagi dipertingkatkan.