Rasanya... mesti ramai yang pelik.. Kenapa Mieya rajin buat entri tutorial sejak kebelakangan ni? Dah tu, tutorialnya.. hampir kesemuanya hanyalah simple-simple sahaja. Takde coding yang memeningkan. hihi
Actually.. semua entri tutorial dan tips tu dibuat atas permintaan rakan-rakan blogger sendiri. Mungkin ada yang dah tahu.. Mungkin ada yang tak tahu lagi.
Memang, kalau kita cari kat laman carian google.. terdapat pelbagai jenis tutorial yang dikongsikan. daripada A sehinggalah ke Z.
Tapi kebanyakan blogger..especially new beginners dalam dunia blogging nie, mereka tak tahu apa tutorial yang mereka mahukan. Keyword seperti blockquote, navigation bar, slide menu. Mereka tak tahu itu semua. Sama macam Mieya semasa di awal pembabitan dalam berblog.
Jadi, bila ada sahaja pertanyaan yang ditujukan kepada Mieya.. Mieya mencuba dengan sedaya upaya untuk membantu. Mieya tahu betapa susahnya bila nak mencari serta memikirkan kata kunci untuk diletakkan dalam search google. Sebabnya, Mieya pernah mengalami situasi yang sama.
Maka.. buat entri pasal tips dan tutorial dengan cara yang simple dan boleh buat orang faham adalah sangat sangat awesome! Kadang-kadang kita belajar dari tutorial orang lain. Olah mengikut pemahaman sendiri.
Bila orang lain meminta pendapat dan pertanyaan Mieya terhadap sesuatu, Mieya rasa diri dihargai. Sangat-sangat dihargai kerana mendapat kepercayaan dari orang lain untuk menjawab setiap pertanyaaan mereka.
Bagi Mieya, untuk create sebuah blog yang awesome bukan sehari dua okay. tapi memakan masa. Mieya sendiri pon masih lagi belajar macam mana nak edit blog.. macam mana nak buat blog Mieya nampak menarik. Nak update entri apa kat blog.
Masih lagi mencuba. Sama je macam korang semua. Tiada beza.
P/S : Rasa seronok dan kepuasan bila dapat membantu orang lain.
18 comments:
buat tuto banyak2 lagi bagus..boleh aini dtg sini selalu..
Bagus la Mieya ni.. iha dulu pun macam tu jugak, jadi kalau ada orang tanya kita tolong seikhlas mungkin, mesti kita akan rasa seronok kan.. :)
done kotex...MV follow sini
Sharing is caring kan. Tapi akk tak berani nak edit blog lebih2. Tak mahir dgn HTML code.
jnji mieya ske ape y mieya buat
lgpon dpt pahala tlg ajar org mende die tatau kan
Betul tu mieya ^_^
Biar simple dan mudah difahami oleh orang lain terutamanya newbie ;D
bagusnya mieya
Sharing is caring kan. Tapi saya dah malas dah buat tutorial sekarang.
siapa kata xde beza...
kita berbeza mieya...
Nur langusng tak pandai bab2 ni...
Mieya pandai...
Nampak tak perbezaan tu..hihih
@Aini Yunus Mieya buat tutorial bila ada permintaan je.
@Iha Zaliza Betul tu. Sangat-sangat menyeronokkan bila dapat membantu orang lain.
@Mrs Velentine Thank you MV :)
@Fiza Rahman Mieya pon edit sikit-sikit je. Try kat tempat lain, tapi bila paste code kat layout, tetiba tak jadi. Pelik.
Setelah diselidik, rupa-rupanya ada kesilapan kecil pada coding.
@Iffah Afeefah Ya, betul tu. Kalau dah minat. Seribu kali dilarang pon, tetap akan berkeras nak teruskan jugak.
@Sally Yatiey Cuma itulah. Mieya tak nak lebih tertumpu kepada tutorial sahaja. Kalau boleh, biarlah ada kepelbagaian dalam penyampaian entri di blog Mieya nie.
@umi alya Bukan selalu kak.
@Isabel Diaz Why? Hmm.. kalau penyakit M dah melanda, memang payah kan?
@Cik Nur™ tapi, perbezaan ini boleh diatasi dengan mencuba. Ya.. beranikan diri untuk mencuba sesuatu yang baru.
Post a Comment