Apa yang berlaku di Lahad Datu 1 Mac 2013?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.

Haih... Apa nak jadi lah dengan negara kita sekarang.. Semakin hari, semakin tergugat keamanan dan keharmonian negara kita. 

Pagi tadi, kita semua dikejutkan dengan berita dimana dua orang komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini.

Keadaan di pekan Lahad Datu semakin tegang, dengan banyak premis kedai ditutup manakala penduduk pula tidak keluar dari kediaman masing-masing.


Sebelum ini, pasukan keselamatan mula mengepung Kampung Tanduo pada 11 Feb lepas apabila kira-kira 150 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata menaiki bot pancung menceroboh ke perairan Malaysia pada 9 Feb dan menjadikan beberapa premis termasuk rumah dan surau di kampung itu sebagai pangkalan mereka.
Kampung Tanduo yang diduduki kumpulan itu terletak di kawasan terpencil, kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu.
Kumpulan itu yang didakwa diketuai Agbimuddin Kiram mendakwa mereka adalah tentera ‘Raja Sulu’ dan menuntut Malaysia mengiktiraf Sabah sebagai milik Kesultanan Sulu.
Sejak itu, Malaysia mengadakan beberapa siri rundingan dan menetapkan 22 Februari lepas sebagai tarikh akhir untuk pengusiran mereka.
Bagaimanapun Malaysia melanjutkan lagi tempoh pengusiran mereka kepada 26 Februari sementara menunggu sebuah kapal tentera Filipina tiba untuk membawa kumpulan penceroboh itu pulang ke tanah air.
VIDEO TERKINI : LAHAD DATU 1 MAC 2013


Semoga anggota penyelamat negara pergi dan balik dalam keadaan selamat. Dan semoga keadaan kembali aman seperti sedia kala. Amin..
Al-fatihah untuk anggota yang terkorban. Jasamu tidak dapat dibalas.
UPDATE TERKINI : Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan dua anggota keselamatan negara manakala 12 anggota kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina terkorban dalam pertempuran antara dua kumpulan terbabit pagi tadi.
Tiga anggota keselamatan turut disahkan tercedera dalam kejadian yang berlaku antara 20 hingga 30 minit pada jam 9.59 pagi.
Beliau juga mengesahkan kumpulan penceroboh itu melepaskan tembakan terlebih dulu ketika pihak berkuasa keselamatan sedang mengetatkan kepungan di lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo.

16 comments:

Unknown said...

malam ni ada solat qiamullail di Masjid Negeri Shah Alam utk Lahad Datu..

Umialya said...

mudah2an keadaan kembali selamat

nini said...

menakutkannya...semoga malaysia terus aman

Anonymous said...

Semoga dipermudahkan..
Takziah buat yang terkorban..

EkaTikah said...

takutnye :/

Nik said...

moga jgn ada lagi yg terkorban :(

✿INA AINAA✿ said...

ya Allah... masa ena mula2 dengar bnda ni, takut sangat2 apa2 berlaku kt mlysia... Hope mlysia selamat

Miss N™ said...

Sedaih dan mcm tak percaya bila benda mcm ni jadi dekat Malaysia yg aman damai ni kan...

Unknown said...

@Anne Rihann Sama-sama lah kita berdoa agar keadaan kembali aman seperti biasa.

Unknown said...

@umi alya Amin.. Mudah-mudahan ye kak.

Unknown said...

@nini Sama-sama lah kita berdoa ye nini :)

Unknown said...

@Sally Yatiey Hmm.. itulah. Risau betul bila keadaan menjadi tegang sebegini.

Unknown said...

@^^eKaTiKaH^^ Ya, Mieya pon takut. Takut sangat jika peristiwa lama berulang kembali.

Unknown said...

@nik ros betul tu kak.

Unknown said...

@✿AINAA ROSEBERRY✿ Amin. Sama-sama lah kita perbanyakkan berdoa agar keadaan terkawal dan kembali seperti biasa.

Unknown said...

@Cik Nur™ Tahu takpe Cik Nur.