Alahai.. Lambat betul buat kerja..!

Assalamualaikum wbt :)

Dua tiga hari nie, kalau ada yang perasan.. misi berblogwalking serta membalas komen ke blog kalian agak sederhana perlahan tempo (rentak) nya.

Maklum saja lah.. Mieya sekarang sedang sibuk menjaga harta benda ahli keluarga Mieya seperti telefon bimbit, laptop, Sony PSP.. And then, Mieya juga sibuk membersihkan lantai rumah yang agak kotor.


Motif sebenarnya nak bagitahu yang.. proses pemasangan pagar dan awning sedang giat dijalankan di rumah Mieya sekeluarga. Gila lah ! Selepas dua minggu rumah siap direnovate baru lah nak siap kesemuanya. Itupun selepas dibasuh berkali-kali oleh kontraktor. (kena marah)

Sekarang nie.. kami sekeluarga masih lagi menunggu dorang memasang awning.. Dua hari yakni kelmarin dan semalam, masih belum selesai. Mungkin hari ini baru siap kot. Mana lah nak siapnya.. Hari-hari, dekat-dekat pukul 2 petang, baru lah nampak batang hidung dorang kat rumah Mieya nie.

curik gambar kat google.. nanti Mieya post
gambar  kat rumah Mieya pulak :)

Mereka lebih banyak bermain-main mata (rimasnya aii) , bergurau-senda dan juga bersembang. Hmm.. tak nak komen banyak. Buat tambah dosa je. haish~

Ohhh.. Lupa pulak nak bagitahu. Pemasangan pagar dan awning di rumah Mieya nie turut dibantu oleh budak-budak muda ye. Umur lebih kurang berbelas-belas gitu.. Sebab tu lah.. mereka lebih banyak bermain daripada bekerja.

Well.. bebudak nie bukannya boleh percaya sangat. Baru sahaja tadi, Mieya masuk ke bilik.. and then tengok-tengok laptop dah beralih tempat. Tapi.. nasib baiklah Mieya dah locked laptop nie dengan password. So, memang tak boleh buka lah. kehkehkeh kesian ^^

P/S : Beringat sebelum kena !

9 comments:

iha said...

Mieya jaga harta kat rumah tu elok2 tau.. waktu renovate adalah waktu yg boleh membuatkan emosi tak menentu dan spoilkan mood kita, hehe..

Miss N™ said...

Haishh..lagi tak siap lagi tu rasa runsingkan....

safurara said...

cantik kaler umah tu.

Ayue Rejaluddin said...

Aah kalau renovate rumah, barang memang kena jaga..
nak2 pulak Mieya cakap yang buat keje ni muda2....
Bukannya nak tuduh, tapi betul tu beringat sebelum kena....

Unknown said...

BOLEH LA BERAYA DGN RUMAH BARU NNT YER

Fiza Rahman said...

Kaler pink...cantik ☺☺

RIZZNA said...

haaaa cantik dsh rumah. pink lagi....

MA, bebudak tukang tu kacao MA punya laptop ngan brg2 lain ke? hamboiiii beraninya.

Anonymous said...

Banyak bermain, sebab tu lambat kerja nak siap :D

Unknown said...

berhati-hati masa diaorang buat kerja...even malam... langkah berjaga-jaga... kekadang kita tak tau hati manusia ni kan...ada yang baik..ada yang dot dot dot