Katak Puru @ NamNam, Boleh Dimakan?

Assalamualaikum wbt :)

Pernah dengar tak spesies katak puru yang boleh dimakan? Bagi yang tak kenal apa itu katak puru, boleh tengok pada gambar di bawah nie.




Hahaha.. korang lalu ke nak makan? tapi sebenarnya, bukan katak puru ni yang boleh di makan. 

tapi yang ini..



Buah katak puru? Kenapa namanya begitu? Begitulah gelaran yang dipanggil kepada buah nam-nam kerana mempunyai kulit luaran yang kurang menarik dan menggerutu. 

Walaupun nama dan bentuk luarannya tidak secantik buah-buahan yang lain, namun bagi mereka yang biasa merasai buah ini tentu membuatkan air liur terasa kecur. 




Buah nam nam yang bersaiz di antara lima hingga enam sentimeter (cm) ini mempunyai rasa masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi masam manis apabila masak. 

Bijinya pula berbentuk leper. Selain dimakan segar, daun dan buah nam nam juga mempunyai khasiat perubatan. 

Khasiat buah nam-nam

Kebanyakan orang-orang terdahulu mempercayai dengan memakan buah dan pucuk pokok ini dapat mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis. 

Ada juga yang menjadikannya ramuan dalam ubat bagi merawat batu karang. Selain itu, daunnya juga boleh dikeringkan dan dijadikan seperti minuman teh

Pokok nam nam atau nama saintifiknya Cynometra Cauliflora merupakan tumbuhan unik kerana berbunga dan berbuah di batang. 

Pokok yang dikatakan berasal dari Borneo ini mempunyai ketinggian di antara tiga hingga enam meter (m) sahaja. 



22 comments:

Ayue Rejaluddin said...

Mati2 ingat katak puru..
Hahhahha..
Buah ni sedap..
Cicah pulak dengan garam...
Aduh terliur! =D

Unknown said...

Geli tengok gambar katak tu ^_^ hee. Tak pernah dengar lagi buah ni mieya ;D

Aina Areen said...

wahhh , aina tak pernah makan :) hehehe

Unknown said...

geli r tgk katak tue!

EkaTikah said...

ok, kite tak pernah makan lagi buah nie.. hee

Fiza Rahman said...

Buat suspen jer. Tak pernah mkn lagi buah nam nam. Klo mieya ada pos lah kat akk sebiji ☺☺

Myra Jay said...

Alahai sedapnya...
dah lama sangat tak makan ;D

Miss N™ said...

adehh...kecur liur dah ni mieya.. :)

Umialya said...

sedap tp masam

iha said...

ha'ah la, nampak persamaan sikit dengan katak puru, hehe..

Unknown said...

@AyueJean AJ tau takpe, memang sedap kan AJ?

Unknown said...

@Sally Yatiey Really, tak pernah dengar? How sad ! Buah nie sedap rasanya.

Unknown said...

@Aina Areen alahaii. kesiannya Aina. Sedap tau buah nie.

Unknown said...

@Lelaki Ini kahkah.. Wa lagi geli derr.

Unknown said...

@^^eKaTiKaH^^ Ouh, really? Buah nie agak susah nak cari sebab dia tumbuh di sesetengah kawasan je.

Unknown said...

@Fiza Rahman Akak pon tak pernah makan? ala.. kesian betul

Unknown said...

@Myra Jay Sama. Mieya pon dah lama tak makan jugak.

Unknown said...

@Cik Nur™ hahaha.. musim buah nie dah habis. tunggu lain musim pulak.

Unknown said...

@umi alya Ada yang masam. dan ada juga yang lemak mains. Nasib lah dapat yang mana satu.

Unknown said...

@Iha Zaliza hahaha, tahu takpe.

Unknown said...

pandainya wat saspen ya,, tahniah,,ahaha,, nice entryy,, ika x pernh tgk tu,, awk pernh mkn??? kalau dh mcm mana rasanya??

Unknown said...

@waddah jannah Mieya dah pernah makan dah. 4-5 kali dah. Rasanya kelat, masam manis dan berlemak sikit. sedap