Senarai Peserta Bintang Mencari Bintang

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)

Program terbaru Bintang Mencari Bintang (BMB) terbitan TV3 menyaksikan bakat baru di dalam bidang nyanyian dan juga komedi yang akan keudara setiap hari Ahad pada pukul 9 malam.

Seramai 12 peserta telah dipilih dari pelbagai negeri. Manakala, antara barisan artis yang dipilih menjadi tenaga pengajar dalam program realiti ini adalah Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Kumpulan Senario, Raja Azura, Sabri Yunus dan Faizal Ismail.

Program ini bakal menyaksikan sisi lain program realiti terbitan TV3 yang pernah ditonjolkan sebelum ini bakal keudara selama 15 episod dan memperkenalkan Adibah Noor sebagai pengacara manakala pelakon Taiyuddin Bakar atau Tai sebagai pengacara belakang pentas.

Bintang Mencari Bintang

Bagi program ini, khidmat juri profesional seperti Fauziah Ahmad Daud dan juga Ar. Badul antara juri tetap untuk musim pertama ini. Bagi mereka yang tidak tahu, Juara bakal membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM200,00.

Senarai 12 Peserta Program Realiti Bintang Mencari Bintang

Bintang Mencari Bintang

1. Sifu: Sabri Yunus

Kumpulan

Titan: Azizul Ammar Abu Hassan & Fazlisham Mat Hussin

Big Too: Nor Alif Mohd Mokhtar & Mohamad Shafiq Raside



2. Sifu: Raja Azura

Kumpulan:

Kelawak: Syed Atiq Wan Long & Muhd Maaruf Zamani

Awok: Filzah Azmi & Nurul Ain Othman



3. Sifu: Afdlin Shauki

Kumpulan:

Bowl: Mohd Danial Lee & Syed Ali Mubarak

Bocik: Mohd Fadlie Mohd Nizam & Syed Umar Mokhtar



4. Sifu: Faizal Ismail

Kumpulan:

Ajo: Wan Azrul Azizan

Tapaw: Mohd Shahrizal Sulaiman & Khairul Faiz Sulaiman



5. Sifu: Harun Salim Bachik

Kumpulan:

Achey: Mohd Nasir Hamzah

Xoxo: Mohd Hazwan Azani & Hazmeer Hassan



6. Sifu: Kumpulan Senario

Kumpulan:

Gegau: Mohd Saffuan Samsuddin & Faizal Ibrahim

Tocai: Mohamad Tarmizi Mustafa & Mohd Faizal Mat Saat

Nota kaki : Boleh tahan jugak persembahan pengenalan mereka.


14 comments:

Unknown said...

Ahad minggu ni start tayangan? Kalau sempat boleh tengokkkkkk ^_^

Miss N™ said...

Jujur..
Nur tak pernah tgk...
huhuhu

Rima Alliq Entertainment said...

tuan blog tak masuk ke?hahaaa

Umialya said...

tak minat rancangan ni

hana hadi said...

ada tengok ritu.. best jugak la

✿INA AINAA✿ said...

hahaha bgus betul mieya ni.. tahu dengan isu semasa ni.. ena apa pun tak tahu... XD

Raz said...

saya suka achey :)

Unknown said...

@Sally Yatiey dua minggu lepas dah mula dah tayangannya.

Unknown said...

@Cik Nur™ Program tv baru nie. Cuba lah tengok

Unknown said...

@Rima Alliq Entertainment hahahha.. tuan blog tak berbakat lah.

Unknown said...

@umi alya Mungkin sebab masih baru lagi kot.

Unknown said...

@hana hadi Boleh lah. sekadar hiburan hati.

Unknown said...

@✿AINAA ROSEBERRY✿ Mieya tahu pon sebab tertengok tv hari tu.

Unknown said...

@Razfira Boleh tahan lah. tapi Mieya suka mentee senario.