Kalau hari itu, Mieya ada membincangkan topik pasal masalah rambut gugur. Tapi kali ini, Mieya beralih pula kepada masalah biasa yang sering berlaku pada rambut kita. Botak atau hair loss dikenali sebagai alopecia dalam bahasa perubatan.
Botak adalah masalah ketiadaan sebahagian atau kesemua rambut manusia. Masalah ini boleh menjadi satu isu besar sama ada bagi wanita atau lelaki, sehingga menyebabkan ketidakstabilan psikologi, rasa malu untuk bersosial, perasaan rendah diri seterusnya menyebabkan terjadinya perubahan hidup yang mendadak.
Alopecia boleh dikategorikan sebagai :
- Alopecia areata monolocularis - kehilangan rambut di satu kawasan sahaja
- Alopecia areata multilocularis - kehilangan rambut lebih dari satu kawasan
- Alopecia areata totalis - kehilangan rambut atau botak di seluruh kepala
Punca Rambut Botak
- Autoimmune.. di mana sistem tubuh bertindak bertentangan dengan fungsi sebenar lalu menyebabkan proses pertumbuhan rambut baru berhenti.
- Faktor keturunan dan psikomatik
- Bagi lelaki, ia berkaitan dengan hormon testosterone yang terlalu sensitif
- Penggunaan produk rambut yang merosakkan kulit kepala
- Rawatan kimoterapi dan kesan ubat-ubatan
- Kekurangan zat, pengambilan makanan terhad, dan kekurangan zat tertentu
- Tarikan yang kuat pada rambut yang diikat.
Petua Mengatasi Kebotakan (Cara Tradisional)
1. Campurkan 5 sudu besar minyak zaitun bersama 2 biji telur atau 2 sudu madu lebah dicampur dengan 5 sudu minyak zaitun, lumurkan keseluruh rambut. Balut kepala dengan plastik, yang mudah boleh guna “shower cap” dan biarkan selama 15 minit dan bilas. Amalan ini boleh dilakukan 1 kali seminggu.
2. Selepas shampoo rambut, lumurkan 1 cawan jus lemon yang baru diperah dan urut ke kulit kepala. Selepas itu, bilas. Guna conditioner yang biasa anda gunakan untuk bilasan terakhir bagi membuang segala kotoran.
3. Bagi merawat rambut yang rosak, anda boleh gunakan pisang. Caranya, ramas pisang dan campur dengan beberapa titis minyak almond dan urut-urut ke rambut. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air soda. Kemudian syampu (sebaik-baiknya syampu herba) dan conditioner.
4. Untuk mengatasi masalah rambut gugur dan botak, anda boleh mengamalkan urutan minyak arnica setiap hari. Ia telah terbukti dengan maklum balas pembeli minyak arnica yang dipakej bersama-sama set rawatan rambut gugur dan botak. Ambil pemakanan yang kaya dengan protein seperti sayur-sayuran hijau, karot, buah manga, apricot kering dan juga cereal.
Baiklah itu saja serba sedikit maklumat yang boleh Mieya kongsi, Kesemua info Mieya rumuskan daripada hasil carian google dan juga wikipedia. Harap membantu sedikit sebanyak.
25 comments:
rambut ena tak botak cuma nipis yg amat... rasanya boleh kot guna tips ni bagi lebatkan rambut ena....
Botak kat satu tempat jer. Dah lah kat dahi. Stress saya.. Huhu..
Nice sharing....
Tak comelnya nampak kalau rambut dah nampak botak2 tu...
Lelagi pempuan...
Nice sharing mieya. Rasanya sekarang belum lagi rambut "botak" di tengah2 macam perempuan tu.. :)
akak ada masalah rambut gugur tp rambut akak tebal,,tq share entry ni
petua yg bagus...dulu rambut sy sllu gugur
since guna syampu clear dh ok
wahh...kena masa yg betul2 sesuai nak buat semua ni kan...
rambut nur mmg dah menipis dah..huhuh
tq share..bagus info ni!
tengs share petua ni
kena tau punca & sebab baru senang nak rawat !
tak nak botak..jom kite atasi..hihihi...keyword utama adalah kena rajin.hihihi..tak rajin mmg tak jd la petua2x tu...
bagusnya mieya, muda tapi kaya ngan petua
@✿AINAA ROSEBERRY✿ In syaallah.. boleh. Cuba lah.
@Isabel Diaz Jangan stress sangat okey? Mieya pon dulu, ada alami jugak kebotakan ni. Tapi alhamdulillah. Dah semakin pulih.
@AyueJean AJ Ha... tahu takpe AJ.
@Sally Yatiey Macam Mieya dulu, takde lah teruk sangat masalah kebotakan rambut nie.
@Mrs Velentine Welcome kak.
@NoEn Terima kasih :)
@Yumida Huda Head and soulder pon okey jugak :)
@Cik Nur™ But yang paling mudah.. carilah shampoo yang berseuaian dengan rambut kita.
@nea lopah You're welcome :)
@Wanieys a.k.a IbuQalief Welcome :)
@Kesuma Angsana Ya, betul; tu sis :)
@ayut hahahha.. betul tu.
@umi alya Terima kasih. Mieya memang suka berkongsi :)
Post a Comment