Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.
Baginda ditanya: ”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?”
Baginda berkata: ”Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah SWT melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.” (Muslim)
Tujuh dosa besar yang boleh membawa kebinasaan terhadap sesiapa yang melakukannya iaitu:
1. Syirik kepada Allah – iaitu menyamakan atau memperkongsikan Allah SWT dengan sesuatu yang lain seperti berhala, dewa, jin dengan menganggap bahawa sesuatu yang lain juga mempunyai kuasa.
2. Sihir - Mengamalkan atau mempraktikkan ilmu sihir ke atas orang lain.
3. Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah SWT - bunuh orang yang tidak bersalah melainkan kerana jalan yang benar seperti untuk mempertahankan diri atau; menegakkan hukum Allah SWT
4. Memakan harta anak yatim - Surah An-Nisaa [10] :
5. Memakan riba - Surah Ali-Imran [130] :
6. Lari dari medan pertempuran - Dosa besar bagi mereka yang lari dari peperangan kerana takut, tetapi tidak berdosa bagi mereka yang lari, kerana ia adalah sebahagian taktik peperangan dan bagi mereka yang mencari perlindungan sebelum meneruskan peperangan.
7. Menuduh perempuan yang suci melakukan zina - Berdosa besar bagi tuduhan berzina terhadap perempuan yang suci. Isteri Baginda Mulia iaitu Aisyah r.a. juga pernah dituduh berzina dan akhirnya turun firman Allah SWT membela dan memberitahu kesucian beliau.
Subhanallah.
Lepas Mieya baca post di blog seseorang, rasa macam terpanggil pulak untuk kongsi sama-sama. Sebagai ilmu dan peringatan buat kita semua. Ni mungkin sebahagian saja. Walhal, masih banyak lagi ilmu yang perlu kita pelajari.

Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka, dan mereka pula akan masuk ke dalam api Neraka yang menyala-nyala.
5. Memakan riba - Surah Ali-Imran [130] :
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah SWT supaya kamu berjaya.
6. Lari dari medan pertempuran - Dosa besar bagi mereka yang lari dari peperangan kerana takut, tetapi tidak berdosa bagi mereka yang lari, kerana ia adalah sebahagian taktik peperangan dan bagi mereka yang mencari perlindungan sebelum meneruskan peperangan.
7. Menuduh perempuan yang suci melakukan zina - Berdosa besar bagi tuduhan berzina terhadap perempuan yang suci. Isteri Baginda Mulia iaitu Aisyah r.a. juga pernah dituduh berzina dan akhirnya turun firman Allah SWT membela dan memberitahu kesucian beliau.
Subhanallah.
Lepas Mieya baca post di blog seseorang, rasa macam terpanggil pulak untuk kongsi sama-sama. Sebagai ilmu dan peringatan buat kita semua. Ni mungkin sebahagian saja. Walhal, masih banyak lagi ilmu yang perlu kita pelajari.
12 comments:
Semoga kita terhindar dari 7 sifat tersebut
subhanaAllah, supaya kita tak tergolong dalam org sedemikian...
org sekarng ni kenal Allah, tapi tak kenal hukum2 Allah.. Ada yang tahu apa yg Allah larang tapi masih buat juga.. samalah macam ena ni
Nice sharing mieya..
Semoga kita dijauhkan dari melakukan perkara sebegini..
moga kita jauhi dari semua pkara tersebut....
mohon share ya :)
Entri yang bagus Mieya.. sekurang2nya kita saling memperingati antara satu sama lain kan.. :)
moga dijauhkan dosa2 besar dari hidup kita, nauzubillah minzalik..
@Myra Jay Insyaallah. Amin ~
@✿AINAA ROSEBERRY✿ Takpe, kita belajar daripada kesilapan.
@Sally Yatiey Mudah-mudahan ya. Amin
@Cik Nur™ Insyaallah Cik NUR.
@teratai Silakan. Lagipun, ini ilmu untuk semua :)
@Iha Zaliza Ya, betul tu. Moga-moga kita semua dijauhkan daripada semua nie
Post a Comment