Tak sangka

Assalamualaikum wbt :)

Mieya baru je balik dari blogwalking. Konon-kononya nak cari idea untuk memantapkan skil penulisan cikai Mieya ni. Tapi lain pulak yang jadi. Tetiba je Mieya rasa "woahh! banyaknya saingan.."

Tak sangka. Betul-betul tak sangka. Rupa-rupanya, ada banyak blog-blog yang best dekat luar tu. Di mana cara penyampaian mereka cukup ringkas tetapi mendalam betul isinya.

Cuma Mieya je yang tak perasan. Mungkin sebab Mieya terlalu fokus dengan blog yang Mieya nampak familiar je. Alaa.. yang semua orang kenal tu. macam Yuyu Zulaikha, Maria Elena, Cik Epal dan Fatin Liyana. tapi sayangnya, diri ini tak try langsung keluar dari kepompong tu.

Lantas, kewujudan blog-blog lain, Mieya tak berapa nak nampak. Tapi..bila sekali dah masuk dalam blog tersebut, baca entri dia.. terus jatuh cinta.. Sampai sanggup baca entri-entri lama dia.

Dan entah kenapa bila dibandingkan blog Mieya dengan blog mereka-mereka, terasa blog Mieya ni kerdil sangat. Umpama semut dengan gajah bezanya. Mereka berani menyuarakan pendapat dan suara hati mereka, sedangkan Mieya...

taip and then padam balik. Lepas tu, taip semula ayat tadi dengan penuh kesopanan dan kesusilaan. Ecehh !

"Hmm... Aku tak boleh menyerah macam tu je! Aku kena cari kekuatan aku sendiri." getus hati kecil Mieya.

 Bila Mieya terus fikir dan berfikir... tetiba saja Mieya rasa pening. Oh , nak rehat kejap tenangkan fikiran. (padahal cakap je lah nak pergi tidur) Tak payah berkias sangat lah !



18 comments:

Aina Areen said...

hahaha . boleh kak mieya boleh . jangan risau :) you can do it !

Miss N™ said...

gaya sendiri itu penting sebenarnya...

Nur sendiri kadang2 tak tahu mcm mana gaya nur..tp apa yg nur buat adalah santai..dan harap org pun santailah.. :)

Nora Karim said...

hehehe.. betul... makin kita blogwalking... makin byk blog yang best2... kalau dah suka... dok lama2 kat blog tu pun tak pe... hehe

cikji said...

eh,mane tahu lepas ni mieya pun kuar dr kepompong tuh, sekali ngan dorang :)

Cik Embun said...

mieya..kite pun rasa macam tu jugak... nak compare mieya dengan kite.. sob3~ sape laa sangat kite ni... lagi jauh kot... sob3~

# U'r also good mieya...

Qashmere said...

perbanyakkan penulisan serta baca artikel2 yang bagus. Mummy pon tulis bukan bagus sangat..banyak lari alignment..haha

RIZZNA said...

CiM akan ceritakan apa jer dlm blog. Kdg tue, kalau CiM tak berapa puas hati dgn sesuatu tu, CiM lebih suka tulis kat blog sbb bila disini, pendpt dan pandangan pengomen tu lebih natural berbanding yg mengomen di fb or laman sosial yg lain.

Tp....kalau agak2 ada penulisan yg copy paste tu, CiM punya komen pown mcm copy paste je lah...eheheh...takde laaa nak ngomen panjang cenggini...

Anonymous said...

a'ah lah kan ;D Saya pun selalu bw ke blog2 yang lain yang kita tak pernah terjah pun. Then, tersuka pulak kat blog mereka ;D hee

Ayue Rejaluddin said...

Aah banyak dah blog2 tak popular yang bagus2 kat dunia blogging ni...
kita je taknperasan kadang tu....

Unknown said...

@Aina Areen In shaa Allah. Teruskan memberi sokongan pada Mieya ya :)

Unknown said...

@Cik Nur™ Sama lah dengan Mieya. Gaya penulisan Mieya pon agak terumbang ambing. Sekejap macam kanak-kanak riang, sekejap macam rakan sebaya. selalu je bertukar-tukar gaya. haishhh

Unknown said...

@Nora Karim Betul tu. Kekadang, sanggup bookmark blog tu sebab nak baca entri dia sampai habis.

Unknown said...

@cikji In shaa allah Cik Ji. Doakan Mieya ye, mudah-mudahan :)

Unknown said...

@Cik Embun huiii. Jangan lah compare dengan Mieya. Mieya nie baru je nak belajar blogging.

Unknown said...

@Qashmere Perbanyakkan tu boleh. Tapi.. risau ada yang tak terbaca kang. hahaha

Unknown said...

@Cinta Misteri hahaha. boleh pulak macam tu ye CiM. Mieya tak memilih. Kalau line internet okey, Mieya akan terus terjah blog kawan-kawn.

Unknown said...

@Sally Yatiey Itulah. tetiba rasa menyesal pergi skodeng blog orang lain. heheh

Unknown said...

@AyueJean AJ betul tu AJ.