Keadaan Terkini Lahad Datu Dan Semporna

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Berhubung dengan pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu, Mieya sebenarnya malas nak update pasal bab ni. Walaupun Mieya tahu, semua orang sangat-sangat mengambil tahu setiap perkembangan berita mengenai Lahad Datu. tak terkecuali Mieya juga.

Bukan apa, Mieya bimbang andai kata tersilap bagi maklumat ke apa. Memandangkan terlalu banyak perbezaan dan ketidaktelusan media massa dalam menyampaikan maklumat.

Keadaan Di Semporna Dan Lahad Datu

Suasana di Kampung Sri Jaya, Simunul dan kawasan tertentu di sini kelihatan tenang malam tadi selepas enam anggota polis terbunuh dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di perkampungan atas air itu, semalam.

Laluan masuk ke perkampungan itu dan kawasan sekitarnya dikawal oleh anggota tentera dan polis.
Pasukan keselamatan juga menasihatkan penduduk, yang masih tinggal di perkampungan itu, supaya mengambil langkah berjaga-jaga.
Keadaan di bandar Semporna pula tetap aman dan terkawal meskipun ia agak lengang berbanding situasi biasa.
Sementara itu, suasana di Lahad Datu juga dilaporkan tenang.

PERKEMBANGAN Terkini Lahad Datu : 3 MAC 2013



*Secara keseluruhan sudah 8 anggota polis yang terkorban setakat ini.

Kepada ahli keluarga mendiang, diharap bersabar menerima kehilangan ini dan sesungguhnya seluruh pasukan turut menangisi pemergian beliau. Salam takziah buat mereka yang terkorban dan ianya yang cukup membanggakan. 


13 comments:

Unknown said...

KAK BUI PUN SAMA,TAK PANDAI SGT NK ULAS BAB KRISIS DI LAHAD DATU SBB TAKUT DIPOLITIKKAN..

CUMA KAK BUI RS LEMAH SEMANGAT SGT BILA MELIBATKAN KEMATIAN..KESIAN KELUARGA MEREKA KAN..:(

Anonymous said...

Takziah buat anggota yang terkorban.. Bilalah isu ni akan selesai..

ayut said...

agk2x mcmni beri mklumat tak ek...huhuhu...yg pasti...harapnya ATM dan polis di sana akn dpt melakukan tugas mereka sebaik mgkn..kita iringi mereka dgn doa agar selamat semuanya..amin...

OKje said...

Al-fatehah...

Mummy MM said...

Semakin bertambah dah. Harap2 dengan operasi ketenteraan yang dijalankan lepas ini lebih banyak penceroboh sulu tak guna tu mati. Menyusahkan orang jer dye owg nie, kecik2 tak mati besar menyusahkan.

Umialya said...

al fatihah.

Nik said...

salam takziah utk family arwah.moga meraka tabah.

RIZZNA said...

semoga semuanya kembali aman. sama2 kita doasn rselmatan dan kesejahteraan saudara2 kita disana

Miss N™ said...

sama2 kita doakan moga semua ni cepat berakhir...

jgnlah ada yg terkorban lagi...sedih betul...

Unknown said...

@Bui Junaidi Betul tu kak bui. Mieya tak faham. Kenapa makin hari, makin ramai yang menggunakan situasi tegang sebegini sebagai bahan untuk dipolitikkan. Padahal sepatutnya, kita memperbanyakkan berdoa demi kesejahteraan negara kita.

Unknown said...

@Sally Yatiey hmm. itulah.. Bila lah nak selesai kan?

Unknown said...

@ayut hehe. takde la kot. hhaaha

Unknown said...

@ayut Rasanya takde kot. heheh