Jangan Menipu Dalam Blog ..

Assalamualaikum wbt semua :)

Mieya nak mulakan entri kali ini dengan bertanyakan korang semua,

"Pernah tak bila korang membuka google untuk mencari sesuatu maklumat.. 
And then, bila laman web tersebut dibuka.. tiada maklumat yang diperoleh.
Kiranya macam ni la.. tajuk gempak, tapi isinya takde?

Mieya tahu.. isu sebegini dah basi sebabnya dah ramai yang perbahaskan sebelum ini. Tapi sayangnya, ia tetap juga berulang dan berulang sehingga kini. Tajuk entri dah betul, tapi entri kosong. Indah khabar dari rupa !

Bila terjadinya perkara sebegini.. sudah pasti ramai yang berasa bengang dan tertipu.. Hmm, bukannya tak boleh.. tapi nanti orang masuk sekali tu je.. Lepas tu tak percaya dah ..


Tak salah nak buat tajuk gempak atau meletup tetapi boleh menarik orang lain berkunjung ke blog korang. Tapi, kenalah pastikan isi kandungannya sama gempak macam tajuknya. Maksudnya, biarlah berkaitan.

So, kepada mereka yang takde idea (totally zero) pergi la jalan-jalan kat blog orang lain. Carilah bahan bacaan pasal apa-apa pon. Insyaallah dari pembacaan kita akan jumpa something yang kita boleh share di blog untuk di manafaatkan bersama. 

Tak perlu menipu semata-mata nak maintainkan traffic di blog. Sekali orang terkena. Kali kedua maybe ada yang masih terkena. Tapi kalau selalu terkena, lama-lama orang akan bosan dan dah dapat detect trick menipu korang langsung orang tak jenguk blog tu. Kalau bernasib malang, ID korang boleh diblock sekali.


Akhir kata, berblog lah dengan cara bersih. (bukan demonstrasi Bersih ye) Fikir lain pulak korang nie !


19 comments:

Miss N™ said...

ini menipu scara tidak langsungkan..
selalunya mcm tu lah..tajuk je gempak..padahal...huhuh

Aina Areen said...

wahhh , bagus kak mieya bagus :)

EkaTikah said...

betul tu. kekadang tajuk bukan main gempaknye. last tengok isi, tah ape2 -_-

Annamariana1989 said...

selalu kena... geram sangat..hihihi

Mummy MM said...

Selalunya dye bagi link tajuk lain tapi rupa-rupanya iklan.. Tu yang saya paling sakit hati.

Unknown said...

selalu sangat kena mcm tu..cari lain yg kuar tu jauh menyimpang. Tajuk havoc.

Unknown said...

SLL JUMPA..MMG SAKIT ATI

Umialya said...

ha'aaaa mmg adapn

KiD said...

yup... kalo berkali2 orang masuk theng KOSONG... hmmmm.... =)

Unknown said...

@Cik Nur™ Betul tu Cik Nur. Kalau nak dapatkan trafik sekalipun, agak-agak lah kan. Pastikan isi selari dengan tajuk yang diutarakan.

Unknown said...

@Aina Areen Terima kasih dik :)

Unknown said...

@^^eKaTiKaH^^ Kekadang sakit hati pon ada kan? Tapi sabar...

Unknown said...

@ANNA MARIANA Sama jugalah dengan Mieya dengan orang lain. Thats why, mulai sekarang.. Kita pon kena pastikan diri kita tak terikut-ikut dengan gejala seperti ini.

Unknown said...

@Isabel Diaz haa.. yang itu pon lagi satu hal. Sangat-sangat annoying tindakan tersebut.

Unknown said...

@nea lopah Betul tu.

Unknown said...

@Bui Junaidi Thau takpe.

Unknown said...

@umi alya Bukan sikit kan. Tapi dah berlambak dah.

Unknown said...

@KiD Tahu je lah.. macam mana persaan pembaca lain, kan?

ReGreat said...

Yer agak annoying juga...huhu...Mengharapkan dapat cerita best..Tapi haremm....