Nampaknya... Mieya kini dalam "mood" nak wujudkan satu hobi baru. Hobi Mieya yang terbaru ini adalah....jeng jeng jeng
Kumpul teddy bear. Mieya nak beli banyak-banyak teddy bear yang comel, yang gebu dan yang seangkatan dengannya. Yang penting bukan anak patung Barbie yang keras tu. Teeettt..
Ahaiii.. sejak bila pulak Mieya berubah menjadi seorang yang girlie dengan mengumpul anak patung? (kalau orang hadiahkan tu lain cerita). Walhal sebelum-sebelum ini takde lah pulak. Aisey !
Mungkin sejak wujudnya bilik baru untuk Mieya, Mieya menjadi bertambah sunyi. Mula-mula ingatkan, Mieya akan berkongsi bilik dengan adik mieya. Tapi malangnya.. dia tak nak. So, bagi memeriahkan lagi suasana dalam bilik Mieya yang "kosong" tu. Mieya beli lah satu teddy bear.
Haaa... Di sinilah hobi pelik lagi aneh akan bermula. Dup dap dup dap apa dia tu?
Hmm.. perkara itu adalah, Mieya mahu tikam teddy bear tersebut bila terlalu marah dengan seseorang, tetapi tak dapat melepaskan kemarahanku kepada orang itu. Muahahaha! Bunyi-bunyi macam Mieya ada sakit mental atau masalah jiwa pulak.
Okey..gurau je tu.. Huhu tak ada kerja Mieya nak membazir beli teddy bear semata-mata untuk memusnahkannya.
barang peninggalan di zaman kanak-kanak dulu |
Actually, memang dari kecik lagi Mieya teringin nak kumpul benda-benda comel dan gebu seperti beruang nie. Tapi Mieya diamkan je. Takde pon nak merengek meminta kat parents suruh belikan macam sesetengah orang.
Yang Mieya dapat ialah... seekor kucing dan juga arnab. Anak patung Shin Chan dengan lembu, entah ke mana entah menghilang. hihi
Tapi orang kata, kalau ada teddy bear thats mean.. mesti budak nie manja orangnya. errr.. sebenarnya, hanya diri sendiri sahaja yang tahu jawapannya. Not me. Not me !!! Mieya always cool okey?
Ada teddy bear ke takde, itu bukanlah satu masalah.. Manja tu datang dari sifat yang dianugerah olehNYA. Semestinya kita perlu bersyukur dengan apa yang kita miliki.. tak gitu kan?
Apa-apa pun.. Love you, Gendut. Menemankan daku untuk beradu.. hahaha Dah plan dah, nak cari lagi teddy bear banyak-banyak.
Okay entri merepek tamat. Sekian, terima kasih.