Hobiku, Bercucuk Tanam Depan Rumah

Assalamualaikum wbt semua :)

Dulu-dulu masa zaman hingus, Mieya selalu konfius dengan emak. Adakah "marah Mieya" adalah hobi sejati emak? sikit-sikit nak marah. kalau banyak, lagi lah marah marah marah. itu lah emak.

Nak pergi keluar bermain mak-mak dengan kawan-kawan di tengah hari buta, kena marah. Bermain kejar-kejar dengan sekumpulan kanak-kanak lelaki yang lain, kena marah. Rambut panjang sikit, kena marah. Main sorok-sorok sampai terjatuh longkang, pun kena marah. emak, emak. Tak faham betul dengan emak.

Tapi bila umur dah menginjak naik ke 7 tahun, barulah Mieya faham pasal hobi emak nie. Majoriti penyebab 'kemarahan' emak itu adalah disebab perangai Mieya masa kecik dulu suka kemain membajet macam lelaki. Maybe sebab adik-beradik yang lebih tua daripada Mieya, semuanya lelaki. Sadis.


Jadi, bila Mieya memegang title sebagai seorang gadis, eceh, tetiba rasa ayu pulak bila gelarkan diri sendiri ni 'gadis'. heheh Barulah sifat-sifat keperempuanan tersemai sedikit demi sedikit dalam diri Mieya.

Pada suatu hari, Mieya ternampak emak sedang sibuk bercucuk tanam di depan rumah. Walaupun tanah yang ada di laman rumah cuma sekangkang kera kecilnya. Ada pokok pisang, serai, kunyit, pandan, pokok bunga dan tak dilupa pokok mangga besar yang meredupkan kawasan depan rumah.

Mieya pon dengan sifat ingin tahu (biasalah kanak-kanak lagi) bertanya itu ini dekat emak. Macam-macam yang Mieya tanya, sampai cacing yang jalan mengengsot kat tanah tu pon Mieya tanya. Haha nampak tak betapa banyaknya sifat ingin tahu Mieya tu?

Hmm, itu semua dulu. Semasa masih lagi pokok-pokok yang hidup subur di hadapan rumah. Semasa masih lagi ada tanah di hadapan rumah. Sekarang nie semuanya berlantaikan simen dan tar di jalan.

Sepatutnya ada banyak lagi gambar, cuma malas nak masukkan.

Nak guna pokok-pokok untuk kegunaan pada masakan kena lah tanam sendiri dalam pasu. Misalnya, nak masak kari kena tanam pokok kari, nak masak rendang kena tanam pokok kunyit. Nak masak air gula mesti nak bau harum semerbak, jadi kena tanam pokok pandan. Dan lain-lain juga.

Jadi, bila dah nampak betapa suburnya hasil tanaman emak, mulalah timbul api semangat dalam diri Mieya untuk "bermain dengan tanah". Nak cuba dan tengok sama ada tangan Mieya ada kuasa magis seperti emak atau tak.

Dan tadaaa...
nie anak pokok cili api yang mula bercambah di awal tahun nie
Waktu mula-mula tanam, banyak cabaran juga lah yang terpaksa Mieya hadapi. Di mana pokok kurang subur, semakin mengecil, layu dan akhirnya mati. Masalah yang dihadapi, antaranya terlebih letak baja, kawasan tanaman tak sesuai di mana terlampau panas, daun-daun pokok dimakan cik tikus. 

Dan ada juga yang sudah mula berbunga, tapi malangnya, entah macam mana pasu pokok cili tu terjatuh dan pecah semasa orang sedang mengutip sampah. Jadinya, pokok cili tu terus dibuang sekali denga pasu pecah.

Dan ini hasil pokok cili yang terkini,
Alhamdulillah. Setakat nie, Mieya dah merasa 5-6 biji yang siap dihidang bersama sambal belacan. Manakala cili api yang lain, masih lagi dalam proses tumbesaran. Takpe sabar lagi, nanti boleh merasa 20-30 biji lagi. hikhik

Itulah cerita bagaimana hobi berkebun dah jadi senarai benda wajib untuk dibuat oleh seorang Mieya sepanjang berada di rumah. Sekarang semangat suka berkebun Mieya tak pernah pudar di mamah usia lagi kecuali kalau waktu hujan. ngehngeh


P/s : Opps, terlebih panjang pulak entri kali seperti yang dijangkakan sebelum mula menaip lagi. Maybe sebagai pengganti bagi entri kosong semalam. Terima kasih sudi baca. Jangan segan-segan untuk bertandang ke sini lagi.



43 comments:

Miss N™ said...

berbakti pada tanah tgklah hasilnya..mieya sendiri dah merasakan.. :)

berkebun ni seronok..kena rajin.. untung org ade tanahkan.. umah nur pun xde tanah..huhuh

dhiashahida said...

rajin nyer mia...mmg suka baca bab cucuk tanam ni..
aiyarrkk pokok cili tu kecik lagi da berbuah..pokok cili ida da tinggi pinggang byk daun jer..huk3

Anonymous said...

nampak lempoyang kat situ

Anonymous said...

nampak lempoyang kat situ

Anonymous said...

nampak lempoyang kat situ

Mimie said...

Rajinnya mieya berkebun.. bagus2.. hehe

Jna marcello said...

wahhh atlest puas hati kan mkn dgn hasil titk peluh sndri...tbe2 terasa jeles dgn mieya BOLE?

teratai said...

Berbudi pada tanah tidak rugi! Teruskan usaha/hobi yg baik ini:)

EkaTikah said...

bestkan bercucuk tanam.. lagi best bile kite punya tanaman menjadi.. ^^

-tikah- said...

bagus2...
dekat kn diri dgn alam semulajadi.. :)

Unknown said...

sama la kita. sya suka gak bercucuk tanam. ha, depan rumah byk tanaman :D hiii, suka2 gituuu.. buang masa kejap pun takpa, berfaedah..

Nisa Greennnpanda said...

wah.. bgus la mieya nie tanam pokok cili.. kat umah sy xde pokok cili, dh mati, huhu~...

dya nasir said...

dya mmg xske bercucuk tanam..hihih

Unknown said...

Sama macam hobi mak myu :)
Myu nak gak bercucuk-tanam tapi takde masa. hehe

Aujinz said...

woahh.. pandai dia bercucuk tanam... untung untung depan rumah boleh bercucuk tanam.. saya nie depan rumah ade angin jer takde tanah.. kih kih kih

Annamariana1989 said...

anna pon suka bercucuk tanam tapi anna dok rumah flat...huhuhuhuh

nursuriani said...

uhuhuhuhu cik mieya huhuhu saya tak reti nak bercucuk tanam neh. sya takut kalau saya bercucuk tanam takut tertanam saya lak. hihihi

Reena Sidek said...

bercucuk tanam ni memang kena byk bersabar... :)

Unknown said...

@Cik Nur Yup, memang untung bagi sesiapa yang ada tanah. Macam Mieya, takde tanah belilah jawabnya. Lepas tu tanam kat pasu

Unknown said...

@dhiashahida Haiya, tingginya pokok cili ida, tapi kenapa tak berbuah lagi?

Unknown said...

@Sanji Ngatmi Mana ada lempoyang kat situ. Pokok kunyit ada lah.

Unknown said...

@Mimie heheh, takde lah rajin sangat.Biasa je tu. At least ada keluar peluh sikit2 tu pon dah okey :)

Unknown said...

@Jna marcello Kenapa pulak nak jeles dengan Mieya? hihi

Unknown said...

@teratai Yup, betul tu.

Unknown said...

@^^eKaTiKaH^^ Betul tu.

Unknown said...

@-tikah- Di situ lah munculnya ketenangan dalam diri. Sambil2 menikmati tanaman sendiri.

Unknown said...

@steffany daph Yup. Berpeluh sikit takpe. Asalkan sihat.

Unknown said...

@Nisa Greennnpanda Mati? Kenapa pulak. Tak cukup penjagaan ke apa?

Unknown said...

@dya bunga Dulu, Mieya pon macam tu. Entah macam mana, benda yang Mieya tak suka la sekarang nie boleh jadi hobi.

Unknown said...

@myu Masa boleh dicari. Misalnya di hujung minggu ke kan? Tapi kalau dah terlampau sibuk, tak boleh nak cakap apa lah.

Unknown said...

@Aujinz Depan rumah Mieya pon takde tanah sebenarnya. Semuanya lantai simen. Tanah pon Mieya beli. Lepas tu tanam dalam pasu.

Unknown said...

@ANNA MARIANA Duduk kat rumah flat pon boleh tanam tanam. Macam kawan Mieya, dia tanam kat dalam pasu dekat depan rumah and beranda. Senang untuk kegunaan harian

Unknown said...

@Sue PeLik Haha. macam tu pulak ye? Tapi kalau tanam kat pasu, tak mungkin kot boleh tanam diri sendiri? heheh

Unknown said...

@Masz Sidek Yup, betul tu. Banyak cabarannya, kekadang menjadi dan kekadang tak.

Momo said...

mak tak bagi aku bertanam sebab die cakap nanti aku kena sumpah pokok bunga..haha..

ecadwinkyasha said...

wah...jeles,teringin nak bercucuk tanam dpn uma..tpi duk apartment ne...diam2 je la..menanam dlm farmvile je eh.hahaha

Unknown said...

amboi menanam siap

dasat ar tangan die

kalau aku lame mati pokok2 itu

Unknown said...

@Momo Lorh, sumpah pokok bunga pon ada jugak ke?

Unknown said...

@Eca Dwinky Asha Haha. Pon boleh.

Unknown said...

@Iffah Afeefah Mula2 mati jugak. Tapi dah lama2 okey la.

.::: Princess MOMOY :::. said...

wahhh...memang tangan sejuk
boleh tanam
tanam apa pun hidup subur

Unknown said...

@.::: Princess MOMOY :::. Takde lah sejuk mana pun. Sama je dengan tangan orang lain

Unknown said...

@NoEn Berguna juga tanaman encik suami akak tu.