Wah, tajuk entri kali nie. Tak boleh bagi lagi lagi lagi panjang ke Cik Mieya oii?!! hehe, sorry !
Artikel ini adalah ehsan daripada google yang bertajuk "DON'T ALWAYS SLEEP LATE !". Dah tajuk pon bahasa inggeris, sudah semestinya artikel ini sepenuhnya ditulis dalam bahasa inggeris.
Jadi Mieya telah mengambil sedikit masa untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu supaya kita lebih senang faham. Memandangkan google translator tak banyak membantu, maka Mieya terangkan mengikut kefaham Mieya je lah ye :)
Ingat lagi tak, dulu waktu kita semua kecik-kecik, emak dan abah selalu marah-marah kita. eheh, sebenarnya bukannya marah pon, boleh dianggap sebagai satu teguran dan nasihat.
"JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT!".
Cuba ingat balik, cuba ingat balik. Mesti ada kan? Kalau tak pun, cikgu-cikgu kat sekolah pun ada juga cakap macam tu. Haa.. Nak tahu KENAPA?
Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.
Punca utama kerosakan hati adalah:
- Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
- Tidak buang air kecil di pagi hari.
- Terlalu banyak makan.
- Tidak mengambil sarapan.
- Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
- Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
- Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
- Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastikan tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:
Malam (9pm - 11pm) : adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de-toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan berada dalam suasana yang relaks seperti mendengar muzik.
Jika seorang suri rumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.
Malam (11pm - 1am) : Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
Tengah malam (1am - 3am) : Proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
Tengah malam (3am - 5am) : Proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalami batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan menganggu proses pembuangan toksin tersebut.
Awal pagi (5am - 7am) : Proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.
Pagi (7am - 9am) : Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang sakit, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka.
Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.
Tengah malam sampai ke jam 4 pagi juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.
“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan”
37 comments:
wa... bgusnya tips ni...
akak lak tidur lewat, bangun awal, camner tu?
oh ye ker...tenkiu for the info!
oh bru tau..okey pasni kenalah tdo awal^^ sbb sy spesis tdo lewat..besa la student..;p
info y bgus..thanks :)
Biasanyer kul 9 dah nak tido...x sempat nak mimpi hehegw
kalau ena tak ada kuliyah, ena selalu buat tabiat tak elok ni.. tido lewat, bangun lambat.. huaaaaaaaaaaaaa... kne berubah lepas ni...
bukannye nk tido lewat..tp de prob insonmia la awok :(
wah! penuh dengan maklumat yang lumat huhuhu tengs ! memang memerlukan info cenggini huhuhuhu
bagus tips ni.. dah tak boelh tidur lambat yea.. patut malam jadikan nya untuk rehat kan.. indah nya Islam..
slalu srapan dh skrg!klu tak srapan mmg perot automatik pedih.hihihi...pg2x memang kena membuang..baru cergas...!hihihi
Tq for info...sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com
@☺털이 소유❤ Terima kasih.
@kak tini (umialya) Kalau tidur mencukupi okey la.
@Ros Terima kasih sudi singgah ke sini :)
@LelakiSemalam Welcome :)
@miss fluffy Student biasa lah, assignment banyak. Tapi,apa pun jangan abaikan kesihatan tubuh badan.
@ezyra daniel Welcome :)
@azievee Awalnyaa tidur?
@✿Lady Ainaa✿ Betul2.
@Mira Maisara Imsomnia? susah lah kalau camtu.
@Sue PeLik Welcome sis :)
@Pokok Manggis Depan Rumah Yup, betul tu.
@ayut Tau takpe.
@man Your welcome. Nanti Mieya singgah ye ?
NICE SHARING MIEYA!! mmg btul pongg~ jna mmg kerap buat benda ni tapi terbalik plak yg terjadi jn amakin kurus cengkung muka mula laa naik jerawat pastu x berseri langsong muka!!! grrrr *jd mmg jgn amal kan tabiat x sihhat ni
alamak terasa lah..haha.. kdg2 tuh xbole nak tido awal sbb byk keje nak siapkan. :(
bgus info ni mieya, dari tak tahu, terus jadi tahu..
xnak dah la tido lewatt..huhhuhu..
psstt..ade ke org bgn pagi xbuang air..? err..pelikk.!hihihi
owh..
okey..
saya memang selalu tidur lambat tapi bangun awal..
sebab prime time saya untuk study memang dalam waktu 11malam-3 pagi..
mcm mana tuh, erk?
btw,
nice entry!
^___^
http://nurainishahroni.blogspot.com/
sangat betol...lepas ni kene amalkan...
@Jna marcello Jadikan hari lalu sebagai panduan untuk kekal cantik, ceria dan cergas di kemudian hari.
@rAIHan Takpe, ambil seberapa banyak masa untuk mencuba.
@Cik Nur haha. Ada aje yang malas nak bagkit drpd tidur lah biasanya.
@aini shahroni Awalkan masa tidur. Misalnya dalam pukul 9 tu ke. Pukul 11-3 boleh berjaga untuk study.
@Fendy Selamat mencuba !
info yang bagus nih;)
@Nurfara Hani Terima kasih :)
Post a Comment