10 Zulhijjah bukan hari ni, tapi esok. Maknanya esok raya lah. Bukan Aidilfitri, tapi Aidiladha. Maknanya, ada ibadah korban. Hehe..
Masa kecik je pernah tengok orang buat korban nie depan mata, dah besar-besar nie memang tak pergi. budak-budak biasa lah suka menyibuk, semuanya nak ambil tahu.
hihi melalut pulak. Berbalik semula pada topik di atas, korang pernah dengar tak cerita yang lembu tak suka dengan warna merah? Dan jika ia ternampak sesuatu yang bewarna merah, ia akan mengejarnya sampai dapat. Pernah dengar tak?
Mieya pernah dengar tapi mengenai kesahihannya tak dapatlah Mieya pastikan. Entah betul entah tidak, tapi bila dah terbiasa dengar orang bercakap mengenai hal ini, dari orang tua sampailah ke generasi muda. Akhirnya Mieya pon percaya jugak.
Mana taknya, dulu setiap kali nak keluar rumah pergi tengok korban, emak selalu pesan, jangan pakai baju warna merah nanti lembu tu kejar.
Bukan masa korban je. tapi katanya sejak azali lagi lembu memang tertarik dengan warna merah. So bila ada masa terpakai baju merah dan terserempak dengan lembu (kalau balik kampung) memang kecut perut lah.
Lembu tu relaks je Mieya pulak yang lari sampai tak cukup tanah. Haha... Lembu pun ikut mood jugak nak kejar orang tau. Hehe.. Mesti lembu tu pelik kenapa Mieya lari kan. Rasa-rasanya angsa yang suka kejar orang tak tentu pasal. Haha.. Tension gila kalau jumpa angsa.
Btw, Mieya nak ucapkan Selamat Hari Raya Haji. Selamat Hari Raya Korban. Selamat Hari Raya Aidiladha kepada kawan-kawan semua. Maaf zahir dan batin ye ^_^
33 comments:
salam aidil adha :D
hee :3
title entry takleh blah!
haha XD
but i like it ;)
aaa...drpd 1 cerita yg pernah aku baca, lembu sebenarnya buta warna..dia kejar sebab kain tu dikibar2 depan dia..seolah2 mencabar dia la..hehehe
ada cerita lain yg pulak, lembu nampak semua warna sebagai warna merah..kalau pakai baju hitam pun lembu kejar, sebab dia nampak merah..
tp lembu memang buta warna..
haha..teringat mse kecik dlu, mak selalu ckp, jgn pkai baju warna merah kalau jmpe lmbu nanti lembu tanduk.. and then one day, time tu lah pkai bju warna merah and time tu jugalah ada lembu.. gila menggeletar satu bdn.. XD
hehehe..kalau sebut pasal warna merah ni, dulu2 mmg takut..!
Nur pernah kyuh basikal laju2 depan lembu, sbb basikal nur warna merah...hihihihi
selamat hari raya :D hati hati .. ad yg memerhati .. hehe . say no to merah!
Betul.. akak pernah dengar.. dan memang takkan pakai bj merah sbb bila pakai semua orang akan tegur benda yang sama, jadik bosan.. hiihihihi
slmt hari rayA..mgkn merah tanda darah kwn lembu 2..hehe
Salam aidiladha :)
hehehehe . . .
salam aidiladha !
hihihihi. baju raya i kaler pink! eheehheehe.
@yoon da-hyun Salam aidiladha yoon :)
@Evagurl Izma Thank you :)
@Encik H Ouh, really? Thanks for the info !
@✿Lady Ainaa✿ Hahah, biasalah tu kan?
@Cik Nur Sama lah.
@-meeSUPERGIRL- Siapa pula yang memerhati tuu? Btw, salam aidiladha juga :)
@::EIDA:: Hahah. yup, benda dah selalu dengar. Jika diulang-ulang, memang lah bosan jadinya
@man Mungkin juga.
@myu Salam aidiladha juga Myu :)
@Nelly Strange Salam aidiladha sis :)
@ainraus Nasib baik kan :)
saya pakai baju warna pink. hehehe tak per kot??
haa title entry ni kemain lagi..heheh lawak laa mieya ni ;))
@Sue PeLik Warna pink tu takpe la
@Jna marcello heheh. saje je nak hiburkan hati kawan-kawan semua :)
salam aidiladha :)
ingatkan ada perarakkan apa tak bleh pakai baju merah=)
@wan nurul hezrina hehe. takde lah. Raya haji kan ada lembu. So, nak elakkan drpd dikejar lembu, janganlah pakai baju warna merah.
besonye lembu tu,. takut kalaw jumpe lembu cmtu:)
@Nurfara Hani Hihi.. memang besar kan? Volkswagen pon kalah.
@Nurfara Hani Hihi.. memang besar kan? Volkswagen pon kalah.
@Nurfara Hani Hihi.. memang besar kan? Volkswagen pon kalah.
Post a Comment