Malam tadi, perut tetiba mengidam nak sangat-sangat makan kentang putar. Ala yang macam kentang putar KFC tuu. kehkeh mengidam lah sangat (mengalahkan orang yang mengandung)
Nak pergi KFC, dah malam. Malas lah pulak nak keluar. Jadi Mieya pon belek-belek lah resepi kentang putar di google. Malangnya, semuanya untuk hidangan besar. Takde sukatan untuk makan sorang-sorang ke? haha kedekut betul Mieya nie, kan?
Bukannya apa, takut nanti tak menjadi kang. Bukan ke rugi? Bila jadi macam tu, siapa yang nak mencekiknya? awak semua nak? haha..
So, nak tak nak. Mieya pon buat lah kentang putar berdasarkan resepi di google tetapi mengikut sukatan Mieya sendiri.
Bahan-bahan untuk kentang :
1 biji kentang (dibuang kulit dan rebus)
2 sudu planta
2 sudu susu segar
½ lada hitam (tumbuk sampai halus)
garam (secukup rasa)
Cara-caranya :
1. Lenyek kentang sampai hancur.
2. Masukkan semua bahan-bahan dan gaul rata.
3. Bentukkan kentang ikut kreativiti masing-masing.
Bahan-bahan untuk sos :
½ cawan air
1 biji bawang merah dicincang/dikisar
1 ½ sudu planta
1 sudu tepung jagung (bancuh dengan air)
kiub ayam
1 sudu sos tiram
serbuk lada hitam dan garam, ajinomoto secukup rasa
Cara membuatnya :
1. Masukkan planta ke dalam kuali. Setelah planta cair, masukkan bawang.
2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sampai bewarna sedikit perang.
3. Masukkan kiub ayam dan air. Masukkan kesemua bahan yang lain.
4. Kalau suka sos yang pekat, biarkan lama sikit. Kalau suka yang cair, sila tambah air lagi.
Dan inilah hasilnya...
mashed potato |
P/s : First time update entri pasal resepi. Simple lagi tu hikhik. Selamat mencuba :)
60 comments:
pandainya anak dara ni masak..
nmpk sedapjer2..pekat warnanya..mesti dap
yummy, sedapnya...
lepas ni nak try buat jugak lah... hihi
Nak cuba jugak lah..boleh makan cicah dengan roti benggali
Akak nak try nanti! yeahhhhhh
nak try buatlah nanti..sedapnyee
yeay!! jumpa juga resepi yg senang ni.. boleh lah buat! nk buat sgt2, tapi byk yg bagi resepi susah nk cari bhnnya.. huaaaaaaa.. mekaceh ye sis
Waahh..namapk mcm kepsi punyalah.!
pandai mieya buat.. :)
nanti nak cubalah.. :)
waduh... bagaimana dengan yang gag makan kentang?!?! seperti saiia nii :(
macam KFC la...whoaaa
klu ni...kuah dy jd..kompem sdap ajer...nyum3x
wooww sgt senang.. Tgok pic pon menyelerakan..
Thankz sharing leh try ni.. ^__^
Semalam baru ja makan kentang putar kepsi...kak M mmg suka makan kentang putar ni..
wahh hebat jugak mieya ni !! mcm2 mieya taw buat..apa kata mieya try masuk master chef ?
mkn sikit2 je rasanya buang masa je klu sy nk buat kan? HEHEHE
bagus nie..sukaa resepi ni :)
amboi sedapnye ...
pandainya mieya buat :)
bole CK try pasni wink3 :)
hmm...macam sedap jee~ <3
Ouch , feveret !!
lama tak buat kentar putar sendiri.. dulu rjin buat.
wahh...rjinnyer dia...t nak cobe lahh..;)
heee cam sedap je..alahai..nak try jugak ...tp mls plak nak beli bahan2 dia adoii
wah,rajen nya dia:) insyaAllah tiba dtg rajen nana nanti nana try^-^
Sedapnya..nak ckt blh x
sdapnyee . nmpak mcm yang kfc punye jgk la . pndai sis buat eh . .
woww..boleh cube ni..^o^
tq share
anak nyeeee.. kirimkan saye satu kak :D
nyum nyum sedapnya
@umialya Mana ada pandai. Biasa je kak.
@wan nurul hezrina Biasa-biasa je kak. Rasanya lebih kurang yang macam kfc tu lah.
@puteri nur afiqah Selamat mencuba :)
@Asmar Arafad Mieya pon cicah ngan roti jugak. sedap.
@::EIDA:: @cikeyrah Selamat mencuba :)
@✿Lady Ainaa✿ Sama-sama.
@Cik Nur hihi. takde lah pandai sangat.
@genial Buat sos je lah. Makan dengan roti. Sedap jugak tu.
@.::: Princess MOMOY :::. Try lah buat :)
@ayut Memang sedap.
@misz uzmy Selamat mencuba ye :)
@♥ Nana BamBam ♥ Mieya takde lah buat sampai hari-hari. Kekadang je.
@NoEn Memang sedap kak. Rasanya lebih kurang sama dengan yang kfc punya tu
@Si Matatajam Lepas nie boleh try sendiri. Jimat duit.
@Jna marcello masterchef? Rasanya Mieya tak lyak la na. Lagipun, Mieya pon baru je tahu masak beberapa menu je na. Masih banyak yang perlu dipelajari lagi.
@Miss Volvo Kenapa makan sikit je? Rugi lah.
@izan mama mia Thank you mama :)
@-meeSUPERGIRL-
@Zaf98 Memang sedap pon. try lah.
@cik kumbang Selamat mencuba CK :)
@Nelly Strange Lepas nie boleh lah cuba buat sendiri. Sekejap je buat benda nie.
@dya bunga Nie mesti malas nak buat kan?
@dhiashahida
@nanakimie Selamat mencuba :)
@ezyra daniel Bukannya banyak mana pon bahan-bahannya.
@man Nak? try lah buat sendiri. hehe
@Pykaa Pdott sikit-sikit tu reti lah.
@Cik Yaya Selamat mencuba :)
@SiGoBlogX Buat lah sendiri. Bahan-bahannya simple jepon :)
@syiela Tak nak cuba buat ke :)
adoiii nak buat malas. nak makan yang rajin macam mana neh?? huhuhu
@Sue PeLik Kalau malas, susah lah nak cakap kan ?
Nak try buat la. thanks share:)
@Nurfara Hani Goodluck !
Post a Comment