Showing posts with label Resepi Mudah. Show all posts
Showing posts with label Resepi Mudah. Show all posts

Resepi Nasi Goreng Simple

Assalamualaikum wbt & Selamat berhujung minggu semua :)

Hari ini Mieya nak share resepi nasi goreng versi campak-campak yang Mieya selalu masak untuk hidangan anak tekak sendiri. Bab sedap atau tak, haruslah ditolak tepi. Dan apa yang penting perlu kena dengan selera dan masa untuk disediakan pon sekejap.

Bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah. Godek-godek peti ais, kabinet dapur dah boleh jumpa bahan-bahan nie semua. Lagi-lagi kalau korang nie pesen malas nak sepah-sepahkan dapur, and then kemas balik. hehe

Bahan-bahan :
1 Ulas Bawang Merah
2 Ulas Bawang Putih
Sebiji Telur (goreng hancur sampai garing sedikit)
2 Mangkuk Kecil Nasi
Garam secukupnya
Ajinomoto sebagai perasa tambahan

Cara-cara memasak :
1. Bawang Putih dan bawang merah dihiris halus. Kemudian, tumis sampai naik bau.
2. Masukkan telur yang siap digoreng tadi. Gaul rata.
3. Masukkan nasi. Garam dan Ajinomoto secukup rasa. Gaul rata.
4. Dah siap. Bolehlah dihidangkan ke dalam pinggan.


Macam Mieya, Mieya suka tambahkan lagi penyeri dekat nasi goreng nie dengan memasukkan hirisan hotdog dan juga sawi. Baru lah nampak berseri sedikit. Chewah :D

Ok. Toodle :D


Resepi Almond London


Assalamualaikum wbt :)

Kali ini Mieya nak share resepi Almond London. wuhuu! First time tau cuba buat. Itupun sebab adik Mieya suka sangat dengan biskut almond nie. So, Mieya pon cuba lah buat. And alhamdulillah. Menjadi jugak akhirnya.

Resepi Almond London



Bahan-bahan yang diperlukan :
250 gram margerin
120 gram gula ising
80 gram nestum (dikisar halus)
250 gram tepung gandum
100 gram tepung jagung
kacang badan secukupnya (potong dua lalu dipanggang)
sedikit esen vanilla
almond nib
1 peket badam 
coklat masakan (Mieya gunakan Beryl's Chocolate)
paper cup


Cara-cara membuat :
1. Pukul mentega dengan gula sehingga sebati.
2. Masukkan esen vanilla dan nestum. Gaul rata.
3. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sehingga menjadi doh yang lembut. (Kalau rasa adunan lembik, boleh tambah sedikit tepung gandum)
4. Rehatkan dalam 15 minit.
5. Ambil sedikit doh, isikan badam di tengahnya. Lalu dibentuk menjadi bulat atau bujur.
6. Bakar pada suhu 150C dalam 15-20 minit.

Untuk salutan coklat pula..
1. Masukkan sedikit margerin bersama coklat masakan supaya kelihatan berkilat sedikit.
2. Cairkan adunan coklat dengan menggunakan teknik double-boiling. (Mieya gunakan teknik lain. Letak mangkuk di atas water heater, dan didihkan air sampai coklat cair.)
3. Bila coklat dah cair, masukkan biskut ke dalam paper cup. Sudukan coklat ke atas biskut tadi. Tabur sedikit almond nib di atasnya.
4. Biarkan coklat membeku. Kemudian, simpan ke dalam bekas kedap udara.


Resepi Biskut Semperit

Assalamualaikum wbt dan selamat petang semua :)

Minggu lepas, Mieya ada buat biskut semperit milo dan juga biskut dahlia untuk dijadikan sebagai hidangan di hari Raya nanti.

Kebetulan semalam, along dan jugak kakak ipar Mieya datang berbuka di rumah. So, Mieya hidangkan sedikit untuk dirasa. Alhamdulillah, menjadi katanya. Biskut semperit milo, rasa rangup and nice. Manakala biskut dahlia, rangup dan berlemak.

Maka, kali ini Mieya nak share resepi kedua-dua jenis biskut ini bersama kalian.

Resepi Biskut Semperit Milo


maaflah, gambar kurang jelas ^^

Bahan-bahan yang diperlukan :
3/4 cawan margerin
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung kastad
1/2 cawan gula ising
1 biji kuning telur
sedikit esen vanila 
3 sudu besar serbuk milo (Mieya guna senduk nasi)
coklat rice untuk hiasan

Cara membuatnya :
1. Pukul margerin bersama gula sehingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi.
3. Masukkan tepung dan juga serbuk koko.
4. Gaul rata sehingga menjadi doh yang lembut.
5. Masukkan dalam paip acuan semperit.
6. Letakkan chocolate rice di atas biskut semperit.
7. Bakar dalam suhu 150C selama 15 minit.



Resepi Biskut Dahlia (guna acuan semperit)



Bahan-bahan yang diperlukan :
1 cawan margerin
3/4 cawan gula ising
1 biji kuning telur
1 camca esen vanilla
1 1/2 cawan tepung jagung
3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung kastad
1 camca baking powder
chocolate rice sebagai hiasan

Cara membuat :
1. Pukul margerin dan gula ising sehingga kembang.
2. Masukkan telur, esen vanilla dan baking powder. Pukul lagi.
3. Masukkan tepung dan gaul sampai menjadi doh.
4. Ambil sedikit doh dan masukkan ke dalam paip acuan dahlia.
5. Letak chocolate rice di atasnya dan bakar.

Sekian sahaja perkongsian resepi untuk kali ini. Nanti Mieya share resepi biskut raya yang lain pula.

Selamat mencuba !

Resepi Kuih Cara

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)

Dah lama rasanya Mieya tidak mencoretkan entri-entri berkaitan dengan makanan dan resepi. Maklum sahaja lah, hari-hari bizi mengalahkan menteri. kehkeh :D (padahal hari-hari berperang dengan jalan jammed, lalu menyebabkan Mieya lambat pulang ke rumah)

Okey, tanpa membuang masa, kali ini Mieya nak share cara-cara membuat kuih tradisional, yakni kuih cara. Cara pembuatannya yang ringkas, bahan-bahan yang diperlukan pon simple sahaja.. memudahkan lagi urusan Mieya.

Untuk makluman, Mieya telah mengecilkan sukatan bahan bagi mengelakkan pembaziran di bulan Ramadhan ini. Buat banyak-banyak pun bukannya boleh habis. Dan kesudahannya, akan ke tong sampah. So, bila buat dalam sukatan kecil nie, takde lah berlakunya pembaziran.



BAHAN-BAHANNYA :-
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
1 biji telur
2 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Letakkan sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
  3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kuih menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  4. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. 

Dah siap? Boleh lah dihidangkan semasa berbuka puasa nanti. Selamat mencuba..

Resepi Roti Gulung Sosej Celup Tepung

Assalamualaikum wbt :)

Sejak dua menjak kebelakangan ini, Mieya perasan yang Mieya rajin sekali ke dapur untuk menyediakan makanan untuk minum petang. Entah lah. Boleh dikatakan, memasak di waktu petang menjadi hobi baru kepada Mieya memandangkan Mieya nie merupakan seorang yang suka mencuba.

Macam hari tu, Mieya cuba buat roti gulung sosej. Sebabnya, tempoh hari sepanjang berada di UiTM Permatang Pauh, boleh dikatakan selalu juga lah Mieya membeli roti hotdog nie. Macam ketagih pon ada. hihi

So, muncul lah idea untuk membuat roti gulung sosej nie.


Bahan-bahan :
Beberapa keping roti
Beberapa batang sosej (kalau roti enam, maka sosej pon enam jugak.)
Mayonis
Sos cili
Sebiji telur dibancuh bersama tepung gandum dan sedikit air

Cara-cara :
1. Goreng / kukus / rebus sosej dan kemudiannya ditos sampai kering.
2. Bancuh telur bersama tepung dan juga sedikit air.
3. Ambil sekeping roti, gelek sampai nipis menggunakan penggelek atau gelas.
4. Letakkan sosej, kemudian letakkan mayonis dan sos cili mengikut citarasa dan gulungkan ia.
5. Celup ke dalam bancuhan tepung tadi dan goreng dengan api yang sederhana.
6. Ulangi langkah 3 hingga 5 untuk hidangan pukal.
7. Bila dah siap, sedia untuk dihidang.

Resepi semudah ABC, sangat-sangat simple bukan? Lepas nie nak try godek-godek resipi puding roti pulak.


Resepi : Homemade Kentang Putar

Assalamualaikum wbt :)

Malam tadi, perut tetiba mengidam nak sangat-sangat makan kentang putar. Ala yang macam kentang putar KFC tuu. kehkeh mengidam lah sangat (mengalahkan orang yang mengandung)

Nak pergi KFC, dah malam. Malas lah pulak nak keluar. Jadi Mieya pon belek-belek lah resepi kentang putar di google. Malangnya, semuanya untuk hidangan besar. Takde sukatan untuk makan sorang-sorang ke? haha kedekut betul Mieya nie, kan?

Bukannya apa, takut nanti tak menjadi kang. Bukan ke rugi? Bila jadi macam tu, siapa yang nak mencekiknya? awak semua nak? haha..

So, nak tak nak. Mieya pon buat lah kentang putar berdasarkan resepi di google tetapi mengikut sukatan Mieya sendiri.

Bahan-bahan untuk kentang :
1 biji kentang (dibuang kulit dan rebus)
2 sudu planta
2 sudu susu segar
½ lada hitam (tumbuk sampai halus)
garam (secukup rasa)

Cara-caranya : 
1. Lenyek kentang sampai hancur.
2. Masukkan semua bahan-bahan dan gaul rata.
3. Bentukkan kentang ikut kreativiti masing-masing.

Bahan-bahan untuk sos : 
½ cawan air
1 biji bawang merah dicincang/dikisar 
½ sudu planta
1 sudu tepung jagung (bancuh dengan air)
kiub ayam
1 sudu sos tiram
serbuk lada hitam dan garam, ajinomoto secukup rasa

Cara membuatnya : 
1. Masukkan planta ke dalam kuali. Setelah planta cair, masukkan bawang.
2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sampai bewarna sedikit perang.
3. Masukkan kiub ayam dan air. Masukkan kesemua bahan yang lain.
4. Kalau suka sos yang pekat, biarkan lama sikit. Kalau suka yang cair, sila tambah air lagi.

Dan inilah hasilnya...
mashed potato

P/s : First time update entri pasal resepi. Simple lagi tu hikhik. Selamat mencuba :)


Resepi Sambal Belacan Sedap dan Kurang Pedas

Assalamualaikum wbt :)

Hari ini.. Mieya nak share satu resepi mudah.. tentang cara-cara nak membuat sambal belacan yang sedap tapi kurang pedas. Especially, for those yang kurang gemar masakan yang pedas-pedas like me and my family.


Bahan-bahan :-
  • Belacan (agak-agaklah ye)
  • Cili merah
  • Cili padi ikut suka hati banyak mana
  • Garam sikit
  • Aji no moto sikit
  • Gula sikit
  • Air asam/limau

Cara membuat :
1. Goreng belacan sekejap.
2. Angkat dan tumbuk bersama cili, sambil tu masukkan garam dan gula
3. Tumbuk hingga lumat
4. Dalam kuali, goreng lagi sekali sambal belacan tadi dengan sedikit minyak untuk bagi kick sikit rasanya
5. Sedia untuk dihidang bersama nasi panas.


Selamat mencuba :)