Showing posts with label Biskut Sedap. Show all posts
Showing posts with label Biskut Sedap. Show all posts

Resepi Almond London


Assalamualaikum wbt :)

Kali ini Mieya nak share resepi Almond London. wuhuu! First time tau cuba buat. Itupun sebab adik Mieya suka sangat dengan biskut almond nie. So, Mieya pon cuba lah buat. And alhamdulillah. Menjadi jugak akhirnya.

Resepi Almond London



Bahan-bahan yang diperlukan :
250 gram margerin
120 gram gula ising
80 gram nestum (dikisar halus)
250 gram tepung gandum
100 gram tepung jagung
kacang badan secukupnya (potong dua lalu dipanggang)
sedikit esen vanilla
almond nib
1 peket badam 
coklat masakan (Mieya gunakan Beryl's Chocolate)
paper cup


Cara-cara membuat :
1. Pukul mentega dengan gula sehingga sebati.
2. Masukkan esen vanilla dan nestum. Gaul rata.
3. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sehingga menjadi doh yang lembut. (Kalau rasa adunan lembik, boleh tambah sedikit tepung gandum)
4. Rehatkan dalam 15 minit.
5. Ambil sedikit doh, isikan badam di tengahnya. Lalu dibentuk menjadi bulat atau bujur.
6. Bakar pada suhu 150C dalam 15-20 minit.

Untuk salutan coklat pula..
1. Masukkan sedikit margerin bersama coklat masakan supaya kelihatan berkilat sedikit.
2. Cairkan adunan coklat dengan menggunakan teknik double-boiling. (Mieya gunakan teknik lain. Letak mangkuk di atas water heater, dan didihkan air sampai coklat cair.)
3. Bila coklat dah cair, masukkan biskut ke dalam paper cup. Sudukan coklat ke atas biskut tadi. Tabur sedikit almond nib di atasnya.
4. Biarkan coklat membeku. Kemudian, simpan ke dalam bekas kedap udara.


Resepi Biskut Semperit

Assalamualaikum wbt dan selamat petang semua :)

Minggu lepas, Mieya ada buat biskut semperit milo dan juga biskut dahlia untuk dijadikan sebagai hidangan di hari Raya nanti.

Kebetulan semalam, along dan jugak kakak ipar Mieya datang berbuka di rumah. So, Mieya hidangkan sedikit untuk dirasa. Alhamdulillah, menjadi katanya. Biskut semperit milo, rasa rangup and nice. Manakala biskut dahlia, rangup dan berlemak.

Maka, kali ini Mieya nak share resepi kedua-dua jenis biskut ini bersama kalian.

Resepi Biskut Semperit Milo


maaflah, gambar kurang jelas ^^

Bahan-bahan yang diperlukan :
3/4 cawan margerin
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung kastad
1/2 cawan gula ising
1 biji kuning telur
sedikit esen vanila 
3 sudu besar serbuk milo (Mieya guna senduk nasi)
coklat rice untuk hiasan

Cara membuatnya :
1. Pukul margerin bersama gula sehingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi.
3. Masukkan tepung dan juga serbuk koko.
4. Gaul rata sehingga menjadi doh yang lembut.
5. Masukkan dalam paip acuan semperit.
6. Letakkan chocolate rice di atas biskut semperit.
7. Bakar dalam suhu 150C selama 15 minit.



Resepi Biskut Dahlia (guna acuan semperit)



Bahan-bahan yang diperlukan :
1 cawan margerin
3/4 cawan gula ising
1 biji kuning telur
1 camca esen vanilla
1 1/2 cawan tepung jagung
3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung kastad
1 camca baking powder
chocolate rice sebagai hiasan

Cara membuat :
1. Pukul margerin dan gula ising sehingga kembang.
2. Masukkan telur, esen vanilla dan baking powder. Pukul lagi.
3. Masukkan tepung dan gaul sampai menjadi doh.
4. Ambil sedikit doh dan masukkan ke dalam paip acuan dahlia.
5. Letak chocolate rice di atasnya dan bakar.

Sekian sahaja perkongsian resepi untuk kali ini. Nanti Mieya share resepi biskut raya yang lain pula.

Selamat mencuba !