Assalamualaikum wbt :)
Kali ini Mieya nak share resepi Almond London. wuhuu! First time tau cuba buat. Itupun sebab adik Mieya suka sangat dengan biskut almond nie. So, Mieya pon cuba lah buat. And alhamdulillah. Menjadi jugak akhirnya.
Resepi Almond London
Bahan-bahan yang diperlukan :
250 gram margerin
120 gram gula ising
80 gram nestum (dikisar halus)
250 gram tepung gandum
100 gram tepung jagung
kacang badan secukupnya (potong dua lalu dipanggang)
sedikit esen vanilla
almond nib
1 peket badam
coklat masakan (Mieya gunakan Beryl's Chocolate)
paper cup
Cara-cara membuat :
1. Pukul mentega dengan gula sehingga sebati.
2. Masukkan esen vanilla dan nestum. Gaul rata.
3. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sehingga menjadi doh yang lembut. (Kalau rasa adunan lembik, boleh tambah sedikit tepung gandum)
4. Rehatkan dalam 15 minit.
5. Ambil sedikit doh, isikan badam di tengahnya. Lalu dibentuk menjadi bulat atau bujur.
6. Bakar pada suhu 150C dalam 15-20 minit.
Untuk salutan coklat pula..
1. Masukkan sedikit margerin bersama coklat masakan supaya kelihatan berkilat sedikit.
2. Cairkan adunan coklat dengan menggunakan teknik double-boiling. (Mieya gunakan teknik lain. Letak mangkuk di atas water heater, dan didihkan air sampai coklat cair.)
3. Bila coklat dah cair, masukkan biskut ke dalam paper cup. Sudukan coklat ke atas biskut tadi. Tabur sedikit almond nib di atasnya.
4. Biarkan coklat membeku. Kemudian, simpan ke dalam bekas kedap udara.
7 comments:
Almond London ni dah jadi trending dah .... he he he... tiba2 terfikir siapakah pengasas kuih Almond London ni...
wahh..bole tahan dia ni reti buat almond , sy x reti huhu
Almond London memang sedap.. :)
xpernh try lg ni..hihiih
mkn selalu buat sndiri tak pernah =)
selamat hari raya dear..
alorrr tahun ni akak belum kesempatan untuk wat almond london, biasanya akak taruk sebiji badam n guna butter
pergh..syok tu
ayut bru bt harini..ayut guna resepi lain tp menjadi..suka ayut buat klu kuih jd,...ok la tu mieya..1st time bt dh jadi :))
Post a Comment