5 Punca Mata Cepat Letih

Assalamualaikum wbt :)

Ada benda yang nak di kongsi. Mungkin ada setengah dari korang, dah tahu kan. tapi, ini sebagai ingatan dan perkongsian umum buat semua :)

Mungkin sebelum ini ada di kalangan korang sendiri tidak sedar apakah punca-punca yang menyebabkan mata korang cepat berasa letih dan penat.

Antaranya ialah:-

1. Terlalu fokus
Apabila korang melakukan sesuatu perkara yang terlalu fokus seperti membaca, memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata korang sebenarnya akan bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan mata korang akan cepat berasa letih dan mengantuk. Rehatkan mata sebentar dengan melihat tumbuhan hijau sebelum kembali menyambung tugasan.

2. Masalah mata
Mata korang cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan oleh mata yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaan. Korang dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.

3. Sistem pencahayaan yang tidak baik
Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menyebabkan otot 'sphincter' dan 'dilatory' untuk bekerja secara berlebihan. Ini akan menyebabkan mata korang akan berasa cepat letih.

4. Bekerja lebih masa
Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan mata adalah dengan menonton tv, membuka laman-laman sosial, melayari internet, bermain telefon bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan mata korang letih kerana bekerja lebih masa.

5. Jarang berkelip
Tahukah korang bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya akan meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini korang dinasihatkan untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan. Rehatkan mata sebentar pada setiap jam ketika korang sedang melakukan tugas.

Hmmm. Patut lah, kadang-kadang mata nie cepat mengantuk je, rupanya terlalu banyak aktiviti yang telah memaksa mata bekerja lebih masa. Okey, dah tahu apa yang menyebabkan mata cepat letih.


So, lepas nie boleh lah rehat-rehatkan mata sebentar.


4 comments:

Mizz Aiza said...

bagus tips ni.. betul tu mieya.. terlalu fokus kepada tugasan pun boleh menyebabkan mata cepat letih.. terutaanya kerja mengadap komputer..

Mummy MM said...

Nice sharing sis

Unknown said...

Mizz Aiza > betul tu. Macam Mieya, hari2 kerja mengadap komputer memang berpinar-pinar mata dibuatnya..

Unknown said...

Isabel > TQ :)