Mieya tak pernah lagi lalui situasi di mana orang meninggikan suara, menengking (sampai menggegarkan gegedang telinga) bila bercakap dengan Mieya.
Even parents dan keluarga Mieya sendiri pon tak ada yang menengking Mieya. Selalunya, kalau Mieya buat apa-apa kesalahan sekalipun, mereka semua akan menegur Mieya dengan cara yang berhemah. Macam tu jugak dengan bos dan juga pihak atasan yang lain. Paling tak pun, berbicara dengan intonasi suara agak keras sedikit agar Mieya faham dan ikut setiap butir arahan yang diberi.
Tapi hari ini, Mieya terpaksa menadah telinga daripada Transport X. Siap marah-marah Mieya disebabkan barang banyak tak naik ke transport mereka. Walhal, Mieya cuma mengikut arahan dari staf di Penang disebabkan order banyak yang dibatalkan.
Kalau dikira-kira, hampir 15 minit juga lah sesi menadah telinga tersebut berlangsung. Bukan kata-kata yang lembut yang dilemparkan, sebaliknya kata-kata kesat bercampur dengan makian lagi. Siap ugut nak turunkan barang yang telah diambil masuk ke dalam transport mereka. Gila! Mereka ingat pihak kami keluar air liur ke nak gunakan khidmat transport mereka?
Perasaan Mieya sekarang nie, bercampur baur. Rasa macam nak menangis, tapi air mata tertahan sahaja di tubir mata. Rasa takut sebab diherdik sedemikian rupa. Paling teruk sekali ialah, rasa macam tak nak berhubung dengan transport tersebut. Tapi nak buat macam mana kan. Dah nama kerja makan gaji. Nak tak nak, kena terima jugak.
Tapi, serius Mieya takut nak berkomunikasi dengan mereka lagi, terutamanya dengan 'Singa Lapar' seorang tu.
Setiap kali bercakap, tak pernah nak keluarkan bahasa yang lembut dan sedap telinga mendengar. Mesti bahasa kasar juga yang digunakan. Haish
P/S : Transporter lain, tak ada pula bising-bising macam Transport X nie. And then, tak pernah timbulkan sebarang masalah kepada pihak kami. Berlainan pula dengan Transport X, selalu datang lambat, memilih list order yang diberi, datang tak tentu masa serta khidmat pelanggan yang kurang mesra pengguna.
13 comments:
sabar eh kak mieya.
semakin kita meningkat dewasa semakin banyak orang yg kita akan jumpa especially time keja. kena pekak kan telinga dan keringkan hati ja la mieya baru kita x stress sangat ^_^
hrmmm
sabar jelah yerr
manusia nie macam-macam ragamnya
Tukar je syarikat transport lain!
asam garam dunia pekerjaan mieya, sabar banyak2, mula mula memang rasa macam tu, nanti lama2 alah bisa tegal biasa... biasalah memang wujud orang2 yang macam ni, asalkan kita pastikan kita jalankan tugas yang sepatutnya, if teruk sangat terus berbincang dengan boss.... biar mereka cuba selesaikan masalah ini...
Lama dah tak bertandang ke blog sis. Dah berubah dah sekarang erk. Hihi..
Sabar ye.. Memang tak tahan jugak kalau dah kena sound macam ni kan.
adat bekerja, sabar ye..
sabar yea mieya..mgkin dia pun dapat tkanan dari pihak atasan tu yg dia xleh kawal emosi...
dia tekanan tuu
terpaksa bersabar jika bekerja dengan orang macam tu.. :(
SABAR YE MIEYA..DUGAAN SBG PEKERJA TU
dulu2 pun yumida pernah berdepan dgn bod yg garang..mcm singa
tp tu la...last2 yumida jugak yg jadi pekerja kesayangannya..alhamdulillah
isi tabung Nuffnang mieya kat sini...selamat menabung :)
sabar ye mieya..bekerja dgn orng luar ni bnyk cbarannya...
ape punye org la transporter xnih...xde budi bhsa lgsg
Post a Comment