Mengular Sekejap

Assalamualaikum wbt semua :)

Jangan tanya mengapa empunya blog semakin tenggelam timbul sejak kebelakangan ini. Sebabnya jadual kerja minggu ini agak super-pack, agak padat dengan aktiviti-aktiviti seperti membersihkan pejabat, mencuci cermin, menyusun fail-fail, menguruskan transport (of course setiap hari), membeli barangan pejabat, dan apa-apa sahaja yang patut.

Semuanya sebab hari ini, ada pelawat dari luar negara, iaitu China dan Singapura. Actually, mereka ada meeting dengan big boss.

Ini pun, Mieya baru je bertukar profession sebagai Tea Lady pulak. kehkeh  Rasa segan ya amat nak hidangkan minuman kepada mereka semua sampai terpaksa minta tolong rakan sekerja untuk temankan Mieya.

Disebabkan hari ini kerja tak berapa nak banyak. Lepas sahaja menguruskan Local Transport tadi, Mieya terus kira order untuk Outstation Transport petang nanti.

And Now, sedang rileks-rileks sambil goyang kaki. Bermula lah aktiviti mengular, especially online blog dan Facebook. Dalam masa yang sama, mata sentiasa memerhati bilik mesyuarat. Risau kalau-kalau mereka sudah habis meeting nanti, gasak Mieya !

Akhir kata...

P/S :  Ada banyak cerita yang terjadi di minggu ini yang Mieya ingin kongsikan bersama kalian. Tapi.. tunggu lah masa yang sesuai nanti.

Okey, take care. Salam.



9 comments:

Story Nadya said...

okey . :) Good Luck jgn neves2 hehe

safurara said...

hehehe sikit sikit xpe.hehehe

Mysara Ab Rahman said...

wah busynyer mieya skrg..

Qashmere said...

banyak kerjer ker sian dier

Himawari Mirsada said...

ehehe..mengular yer..

Lieya Von Jay said...

sekali sekala mengular time keja memang bes.. ^_^

YatieOwner said...

Alo ciannya mia. Tak pe, nnti da free blh update blog lg. ;)

jie susanos said...

oo bz rupanya..

Mummy MM said...

selamat mengular sis.. heheh