Assalamualaikum wbt :)
Menurut Imam An-Nawawi,
Yang dimaksudkan dengan orang bermuka dua iaitu orang yang datang kepada satu kelompok dengan menampakkan seolah-olah dirinya berada di pihak mereka dan berseberangan dengan pihak lawannya. Tetapi pada waktu sama, dia juga datang kepada kelompok lain dan melakukan hal serupa.
Rasa benci dan menyampah sangat-sangat dengan mereka yang bermuka-muka nie. Segala apa yang kita ceritakan kepadanya ibarat bom jangka yang menunggu masa untuk meletus dan menghancurkan diri.
Ada tiga watak manusia bertalam dua muka ini.
1. Manusia yang bermulut manis di bibir tapi ada racun di hatinya.
Manusia jenis ini sangat vokal dalam berkata-kata dan mempunyai tarikan tersendiri hingga mempesonakan hati orang yang mendengarnya.
2. Manusia yang tidak berperasaan malu.
Kerosakan yang dilakukan semata-mata kerana tidak dapat mengawal perasaan apabila melihat orang lain mendapat kebaikan. Pada masa sama manusia yang bertalam dua muka ini menjanjikan lebih kebaikan yang tidak termampu untuknya laksanakan.
3. Manusia yang tidak boleh ditegur dan dikritik.
Mereka ini tidak boleh menerima pendapat orang lain serta menghormati perbezaan pendapat. Apabila diajak membetulkan kesilapan diri, diseru mengikut jalan yang betul serta diajak secara jujur, mereka menjadi sombong, angkuh dan bongkak.
What should you do?
Memang perkara biasa kalau ada kawan-kawan yang talam dua muka. Tapi walau apa pun, korang janganlah cepat melatah. Fahami situasi dan ambil tindakan sewajarnya. Jom kita tengok apa yang boleh dilakukan dalam menghadapi kawan sebegini.
1. Lembutkan mereka
Membalas dendam tak akan memberi apa-apa pulangan kepada you all. Silap-silap, keadaan jadi lebih buruk. Lebih baik you all ambil tindakan lebih bijak. Layan kawan you all tu seperti dialah sahabat terbaik pernah you all jumpa.
2. Menilai Diri
Apa kata you all ambil masa beberapa minit untuk muhasabah diri. Mungkinkah apa yang terjadi ke atas diri you all tu berpunca daripada diri you all sendiri? Mungkin sudah sampai masanya untuk you all menilai diri sendiri dahulu sebelum menyalahkan orang lain.
3. Jadi misteri.
Jadi mesra dan mudah bergaul tetapi tutup mulut bila perbualan mula mencungkil butir-butir peribadi you all. Satu lagi, jangan banyak mengkritik orang, tak kiralah di sekolah atau di luar. Ia boleh diputar-belitkan untuk menentang you all pula nanti.
Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang mempunyai dua muka di dunia, maka pada hari kiamat kelak dia akan diberi dua mulut dari api neraka.” (Riwayat Abu Dawud dan Ad-Darimi dari Ammar bin Yasir)
Pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya: “Jangan engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”
15 comments:
pernha terkena macam nie...bermuka-muka jerk
semoga mereka yg bersifat begini dapat berubah n mintak dijauhkan daripada kita. aamiin =)
Nice sharing dear ^^ Sangat berguna , sbb sekarang neyh bnyak kawan mkn kawan kannn .
Assalamualaikum, jemput join ya? -^^-
http://awlamukhlisah.blogspot.com/2013/08/giveaway-welcome-to-my-blog-by-awla.html#.Ug5kb9Iwde_
-^^-
slalu kena ni..xpe la..redha jer la
Sekeh je kawan macam ni. Haha
haa kite ade kawan gini. pening kepala melayan. last sekali, apa yg dia cakap, kite buat dengar tak dengar je. bahaya berkawan dengan orang macam ni kan. huhu.
btw, follow blog kite eh. :)
http://fianceetobe.blogspot.com/
selalunyakan...org mcm ni tak boleh buat baik...
kan..kan..kann
nk lembutkan org yg mcmni mmg makan hati dulu la jwab yer...huhuhu...payah jgk sbnr ye nk berdepan dgn org mcmni...
done save22 dan dove
tak suka kawan yang macam ni ..
pernah dapat org mcmnie..die rasa diri die je yg betol..klau dh pkir diri tu betol sgt,tak yah lah minta tlg atau pendapat dari org lain.dahlah mulut busuk..hati pun busuk..sbab tu lah engkau ditinggal kekasih..
pernah dapat org mcmnie..die rasa diri die je yg betol..klau dh pkir diri tu betol sgt,tak yah lah minta tlg atau pendapat dari org lain.dahlah mulut busuk..hati pun busuk..sbab tu lah engkau ditinggal kekasih..
pnah dpt kwn mcmnie..havoc!!!muka dahlah mehey..mrh org mehey..tak cermin drik sendiri..fuck off
Aku yang talam dua muka hmm ape aku nak buat nie..please help me
Post a Comment