Wah wah wah..! Title post kali ini kemain lagi dah highlight dekat korang tentang betapa sibuknya Mieya menjelang beberapa hari sahaja lagi nak sambut Hari Raya AidilFitri.
Syukur alhamdulillah. Tempahan kuih goyang, hasil air tangan emak masih lagi mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Rezeki emak.
Walaupun, tahun ini jumlah tempahan agak merosot sedikit berbanding tahun lepas. Mungkin dek kerana jiran setempat telah potong queue. Berpura-pura bertanya dengan emak.. Konon-kononnya nak buat kuih goyang untuk dijadikan hidangan raya nanti. At last, buka gerai menjual kuih goyang di depan rumah. Takpe lah, kita redha. Rezeki masing-masing kan?
Tapi alhamdulillah. Allah SWT kurniakan rezeki yang lain. Kali ini emak terima tempahan daripada saudara-mara kakak ipar Mieya dari Melaka, Puchong, Johor dan juga Singapura. And then, jiran-jiran yang berhampiran masih ada yang setia dengan kuih goyang daripada emak.
Setakat ini, sebanyak 32 bungkus kuih goyang yang sudah dijual, iaitu sebanyak 1550 keping. Manakala, masih ada lagi baki, 18 bungkus kuih goyang yang belum dihantar lagi kepada customer. Insyaallah, sebelum raya nanti akan dihantar kepada mereka by hand.
Mesti ada yang tertanya-tanya bukan..? Mieya tak tolong emak buat kuih raya ke? hehehe..
Ada. Mieya tolong buat kuih-kuih raya yang lain seperti sarang semut, almond london, semperit, dahlia, biskut aiskrim, biskut maizena, dan cornflakes madu. Kalau kuih goyang, Mieya cuma tolong packing (bungkuskan) je.
P/S : Lagi beberapa hari je lagi nak raya, macam-macam hal tak settle lagi. Rumah tak siap kemas lagi. Baju kurung, lagi 2 pasang tak siap jahit lagi. Kuih raya lagi dua jenis tak buat lagi. Duit raya untuk someone special in my life tak masuk ke dalam sampul lagi. Haish..!
Manakala, esok dan lusa. Masih bekerja lagi. Hari Sabtu semalam, dah puas cuti sehari. Esok, sambung semula kerja-kerja yang terbengkalai penuh di atas meja. Ish3~ Kerja pon dah semakin bertangguh sekarang nie. Apa nak jadi lah dengan Mieya nie !
8 comments:
agak2 leh bg free tak kat zyra,,?
nak rasa jugak huhu :P
Alhamdulillah syg.. rezeki mieya sekeluarga.. =)
Kuih goyang, kat tmpat kak panggil kuih bunga durian...sedap :)
Pandainya buat kueh ni. saya slalu beli je
waaah kuih goyang. rindu nk makan. besela tu kan, niaga pape pon mesti ade competition. yg pntg competition sihat! hee :D
nmpk sedap jugak kueh goyang ni.. dh lame tak makan,..
jmput siggah
http://isyapurple.blogspot.com/2013/08/jom-maen-tukor2-link.html
goyang ? bukan loyang ke ? hehehe
kuih goyang!dulu time arwah mak ayut ada mesti buat....best yer....
Post a Comment