Kalau hari tu, Mieya ada berkongsikan tips-tips dalam memilih pasangan. Di mana cinta remaja nie selalu dibelenggu dengan masalah. Salah satu sebabnya ialah emosi yang tak stabil dan pilihan sendiri atau ibu bapa.
Jadi apa yang boleh Mieya nasihat kepada korang yang sedang bercinta tu, bersederhana dalam apa yang dilakukan bersama, supaya tak alami perkara yang tak sepatutnya seperti break up.
Dan bercakap mengenai isu break up, inilah perkara yang perlu untuk kita jauhi. Bila hubungan tak serasi, berpisah jua pasangan tu, tapi janganlah korang sedih sampai nak bunuh diri. Mungkin bukan jodoh kalian disitu.
Maka, melalui entri kali nie Miieya nak bagi tips macam mana nak hadapi masalah lepas putus cinta pulak. Antaranya :
- Jangan hubungi pasangan lagi
Tak payah nak mengada-ngada call, SMS, chatting, email atau apa-apa sahaja yang berkaitan. Kalau boleh jangan berhubung langsung dengan dia. Biarkan keadaan ini berterusan selama yang mungkin. Dan katakan "Ya, aku boleh hadapi semua nie !"
- Luahkan pada teman rapat
Korang mesti ada kawan baik kan? Kalau rasa diri tak kuat menanggung luka di hati, lebih baik korang luahkan pada kawan yang betul-betul memahami perasaan korang. Ahli keluarga yang paling rapat pon boleh.
- Jangan bersendirian
Jangan sesekali letakkan diri korang berseorangan, konon-kononnya "leave me alone, i needed some space". tapi hakikatnya korang perlukan bahu seseorang untuk menangis. Mungkin kalau berseorangan, korang cenderung untuk buat sesuatu yang berbahaya seperti bunuh diri. Uiks, simpang malaikat empatpulohempat.
- Menyibukkan diri
Lakukan apa sahaja kerja yang pastinya tidak membuatkan korang memikirkan tentang si dia lagi. Kalau ada aktiviti, libatkan diri. Barulah boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.
- Kembali pada- Nya
Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkan lebih masa bersama-Nya. Dekatkan diri dengan Allah. Hanya dia cinta hakiki.
P/s : Ingat! Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Lebah, tebuan pun ada. Sedia menanti. kehkeh :D
10 comments:
betul2 :)
memang perlukan kekuatan kalau dah putus cinta ni. bukan mudah nak hadap.
nice tips mieya...
sebenarnya apa yg terjadi akan mematangkan seseorg tu....
tulah tip ni macam tuju kat saya je huuuu wuaaaa ;p
setuju dengan semua tips tu.. yang penting kena kuatkan semangat..
selamat hari raya.. maaf zahir dan batin :)
Kecewa putus cinta memang perit asalkan kita tak putus cinta pada Nya itu yang penting :D
Yea.. Sy ni pun baru je putus cinta. Hahaa. Thats what I did. Mula2 mmg rasa mcm entah, tak tau nak explain mcm mana. Sy tonton running man je, sbb tu je yg mampu buat sy ketawa. Lain2 tak jalan langsunggg. Then today, okay dahh. Blh buat benda lain. Walaupun ada fikir psl dia, tapi taklah sesedih dulu. Sikitt je sedihnya tinggal. Haha.
nice tips hehe
klu ikut pengalaman mmg point jgn bersendirian itu adlh sgt penting...cubalah jgn duduk sorang2x :)
Post a Comment