Trauma : Ditindih Ketika Tidur

Assalamualaikum wbt semua :)

Dah lama rasanya Mieya tak membebel mengenai life Mieya sekarang nie. Bukannya takde masa atau apa.. Cuma ketandusan idea dan juga sedikit trauma.

Haa... TRAUMA??? Mesti ada yang tertanya-tanya bukan, apa benda yang telah menyebabkan Mieya menjadi trauma kebelakangan ini..? (ke Mieya seorang je yang syok sendiri nak cerita dengan korang nie?)

hmmm.. susah sebenarnya Mieya nak jelaskan di sini. Hanya yang pernah mengalaminya sendiri sahaja yang tahu bagaimana rasanya.

Actually, benda ini terjadi pada minggu lepas, iaitu hari keempat kita semua merayakan Hari Raya Aidilfitri. Di mana.. pada malam kejadian, Mieya tidur agak lewat sedikit daripada kebiasaan. Dekat pukul 1 pagi, baru masuk tidur.

Tak lama kemudian.. Mieya terasa 'lain macam'. Bulu roma dah mula meremang satu badan. Lepas tu, Mieya terdengar bunyi "something" naik atas katil Mieya. Berat. And then, Mieya terasa lengan kiri Mieya macam ditarik ke belakang sedikit.

(Mieya ketika itu baring dalam posisi mengiring ke sebelah kanan mengadap ke dinding.)

Mieya cuba menggerakkan anggota badan. Tak boleh gerak. Cuba bercakap, kalau boleh nak menjerit sekuat hati. Tapi semuanya tersekat, suara langsung tak terkeluar daripada anak tekak. Now, Mieya sedar yang Mieya kini telah ditindih oleh 'sesuatu'.

Apa yang Mieya boleh buat.. Hanya lah beristighfar serta bertakbir banyak kali di dalam hati. Beberapa minit emudian, alhamdulillah. Dengan izin Allah, akhirnya keadaan Mieya kembali kepada asal. Dengan perasaan takut, gelabah.. Mieya terus turun ke ruang tamu dan terus menyertai adik untuk tidur lambak disitu.

Keesokannya.. Mieya bercerita kepada semua ahli keluarga Mieya pasal apa yang berlaku pada Mieya hari tu. Tapi semuanya menganggap yang itu semua hanya mainan perasaan Mieya sahaja. Tapi Mieya 100%  menafikan sebabnya, Mieya yang merasai kesemua itu.

Dalam masa seminggu itu juga lah. Mieya berteman dengan emak dan abah untuk berulang-alik ke bilik sendiri. Tidur pon still tidur lambak kat ruang tamu. Mieya still diselubungi rasa takut.

Melihat kan keadaan Mieya.. Abah terus ke tempat kami sekeluarga berubat untuk bertanyakan hal tersebut. Dan ternyata.. Memang ada benda lain yang menumpang di rumah Mieya sekeluarga. Benda tu dihantar sendiri oleh jiran Mieya yang ternyata masih berdendam dengan kami sekeluarga.

Hmm.. tak tahu nak cakap apa dah.. Sebabnya dah beberapa tahun yang lepas hal tersebut berlaku. Ingatkan hubungan kami sekeluarga dengan mereka sudah pulih sepenuhnya. Tapi, ternyata tidak... Masih ada lagi dendam yang tersimpan di hatinya..

P/S : Mungkin ini semua ujian dan dugaan dari Allah SWT kepada kami sekeluarga. Takpe lah, kita redha je dan dalam masa yang sama mendoakan agar dibukakan hati mereka untuk kembali ke pangkal jalan. Amin.

Jangan lupa baca doa tidur dan juga Surah 3 Qul sebelum tidur ye semua! Semoga kita semua dilindungi Allah SWT.

17 comments:

teratai said...

Baca ayat Qudsi dan sapukan ke seluruh badan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki sebelum tidur. Baca ayat Qudsi selepas solat 5 waktu juga pendinding drp perbuatan jahat/sihir manusia...insya Allah dgn izin Allah.

Semoga mieya n keluarga bebas drp perbuatan dengki ini....amin

jie susanos said...

susah klu ada org xpuas hti dgn kita ni..

Unknown said...

biasa lah tu mieya atiera..hope mieya sekeluarga banyak2 sabar..mungkin ada hikmah disebalik semua ni..

Botak said...

time duk hostel dulu biasalah gak kena tindih² ni dan paling hebat kena pindahkan ketika tido., banyakkan lah baca ayat² quran., mudah²an oklah..

Umialya said...

akakpn pnah alami keadaan yg sama, kdg2 sbb penat sgt kot, maka redha jerlah..

rasanya bukan sbb dihntar dek jiran & sesiapapn, baik kita berbaik sangka sesama, nnt jadi fitnah lak..

Hazmin Hamudin said...

Sebelum tido kena baca doa dan ayat kursi.. InshaAllah lama-lama takda dah benda tu

nadhrah mahbob said...

saya pun pernah kena tindih... tp skrg dah xde dahh.. satu lg kdg2. sbb terlalu penat jgk bdn boleh crem. n xley ckp.. bgerak..

nadhrah mahbob said...

sy pun pena kna tindih.. selalu jgk dlu. tp skrg dah x lg... n stu lg kdg2 sbb terlalu penat . bdn leh crem n bole jd cmtuu.. bdn xley grak. suara xley kluar

nadhrah mahbob said...

saya pun pernah kena..

Adilah Asari said...

sabar ye dear..memang susah kalau ada yang sifat sebegini..
banyakkan membaca ayat suci al-quran..
Yaya pun pernah gak mengalami perkar asebegini..bukan sekali je..

Farah Shahidah said...

hai mieya..salam perkenalan

actaully saya pun penah kena..tak silap dah 3 kali...dulu selalu dengar orang lain kena tindih..tetibe kena kat diri sendiri..paling latest before puasa aritu dekat rumah sewa..masa tu tidur terlentang..penat sgt gaknye,hehe..tapi muke mengadap kawanyang tidur belah kiri..tiba-tba tak boleh bgun lngsong..padahal dah nampk da kawan yg tdo sebelah ni..agak lama jugak cuba nak bangun..tapi xleh gak,..bce macam-macam..apa yg ingt sume keluar..then after brape minit lps tu bru leh bngun n cepat2 cerita kat kawan..siyes itu pling lama..kalau ikot saintifik, org kate badan kita jammed sekejap..tapi wallualam la kan... =)

Cik Itah said...

sy tak pernah rasa...tapi kakak sy selalu kena ni ..

Anonymous said...

SALAM MIEYA.

BANYAKKAN BERDOA, PASTI ADA JALAN PENYELESAIAN.

BIARLAH ORANG BUAT JAHAT KEPADA KITA, KERANA ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA.

TAKE CARE DAN HAPPY YOUR DAY :)

syiela said...

take care dear.. moga keadaan kembali normal

Fatihah Azanan said...

Tiey pernah kena tindih 1x, time tu deman. Tapi tiey buat xendah je last2 sedar time nak solat subuh.hehe. Agaknya give up dh kot benda yg tindih tiey tu.

Hurm, awk try lah amalkan beberapa surah serta tasbih utk elakkan benda tu drp ganggu awak. Tiey pernah alami benda yang lebih dasyat lagi dari awk, hantaran jiran jugak.

Anonymous said...

sya pernah jdi mcm tu,first time jdi sya cma ckp ALLAH sja dlm hti,sya jdi tkut smpai tk blh bca surah apa2. pastu sya pnggil mk sya srh tidur dkt ruang tamu. hahaha,pastu jdi blik,skrg tk jdi dh...

Miss N™ said...

nanti sebelum tidur mieya amalkan ayat kursi pun boleh tau.