Ramai di kalangan kita yang gemar tidur lewat. Ada yang kadangkala tidak tidur langsung seharian. Bukan itu sahaja, malah ada juga yang hidup seperti kelawar atau burung hantu. Contohnya :
Paginya tidur, bangun pukul 1 petang, dan berjaga terus hingga pukul 6 pagi. Pukul 6 pagi, sambung tidur balik.
Gejala tidur lewat ini sering berlaku pada golongan mahasiswa, mahasiswi, dan pelajar-pelajar. Ramai yang tidur lewat kerana tugasan yang dijalankan pada saat-saat akhir. Nak tak nak, kena lah tidur lewat. Ada juga yang sibuk melayan game sampai tak mengira waktu.
Sebenarnya, kita harus ingat, yang diri kita ini bukannya robot. Tub badan kita memerlukan rehat yang secukupnya. Tidur yang cukup boleh memberikan tenaga yang mencukupi kepada badan kita. Malah tidur yang cukup boleh menyegarkan badan dan otak. Jika tidur tak cukup, otak boleh jadi "burn-out" dan lama kelamaan boleh berhalusinasi sendiri. [jadi gila jawabnya]
Sebab itu, kalau boleh tidurlah minimum 6 jam dan maksimum 8 jam. Janganlah lebih dan jangan pula kurang. Sebab badan kita perlukan rehat yang cukup. Info selanjutnya, klik sini :)
Dan semolek-moleknya ikutlah nasihat daripada Imam Al-Ghazali.
Imam Al-Ghazali mengatakan kita perlu tidur malam selepas Isyak kecuali 6 orang iaitu:
- Orang yang bermuzakarah Ilmu
- Orang yang ziarah orang sakit
- Orang yang melayani tetamu di rumahnya
- Orang yang ada perbincangan dengan kerjayanya
- Orang yang menghafaz dan membaca Al-Quran
- Orang yang menjaga mashalah orang kampungnya
Kalau tak tergolong dalam 6 orang di atas, jangan gatal-gatal tidur lewat ye. Dan, jangan lupa baca doa sebelum tidur :)
22 comments:
bukan tak cuba tido awal...tapi tak boleh.mgkin tbiasa tido lambat...huhuh
terima kasih infonye..manarik ..tapi acik suka tidur lambat
betul tu...
psssttt: Mieya dah cucuk ke HPV dose 2?
selalu sb study.
tp sambil tu online
cmner tuh :|
Selalunya saya tido 5 jam jer sehari
Selalunya saya tido 5 jam jer sehari
salam..tq share yer! akak tido pukul 12 bagun pukul 6. ngam2 6 jam. hehehe. Kalau kurang mmg ngantuk lah.
info yg menarik tahank untuk perkongsian...
michelle selalu tdo lewat,nak tdo awal tp tak mata xnak tdo plak.
hehe..
nice sharing ^^
@PuanGojes But at least kena pastikan tidur mencukupi.
@Cik Nur Sama lah dengan Mieya. Paling2 pon, sehari tidur 6 jam je.
@Aku Penghibur Buat apa je tidur lambat? Mengadap blog ye?
@umi alya Belum lagi. Tak tahu nak cucuk kat klinik mana.
@Isabel Diaz Sekejapnya tidur? Mieya paling cepat pon 6 jam sehari.
@nea lopah Waaa. ini kira hebat lah. Kalau boleh tidur dan bangun sharp on time. hehe
@Che Rosliza Che Mat Sama-sama kasih :)
@Che Rosliza Che Mat Sama-sama kasih :)
@michelle De hunny Pernah juga terjadi macam tu. At last, onl sampai rasa mengantuk tu datang.
MJ masa masuk study mmg tdo lewat, skrg dah masuk keje plg lewat tdo koi 1, yg lain dlm koi 12..hehee
thanks for the info...cik siti akan cuba untuk tidur awal....=)
@Myra Jay Still sama jugak. Tapi takpe lah, asalkan tidur yang mencukupi.
@eimah siti Good luck :)
Post a Comment