Resepi Roti Gulung Sosej Celup Tepung

Assalamualaikum wbt :)

Sejak dua menjak kebelakangan ini, Mieya perasan yang Mieya rajin sekali ke dapur untuk menyediakan makanan untuk minum petang. Entah lah. Boleh dikatakan, memasak di waktu petang menjadi hobi baru kepada Mieya memandangkan Mieya nie merupakan seorang yang suka mencuba.

Macam hari tu, Mieya cuba buat roti gulung sosej. Sebabnya, tempoh hari sepanjang berada di UiTM Permatang Pauh, boleh dikatakan selalu juga lah Mieya membeli roti hotdog nie. Macam ketagih pon ada. hihi

So, muncul lah idea untuk membuat roti gulung sosej nie.


Bahan-bahan :
Beberapa keping roti
Beberapa batang sosej (kalau roti enam, maka sosej pon enam jugak.)
Mayonis
Sos cili
Sebiji telur dibancuh bersama tepung gandum dan sedikit air

Cara-cara :
1. Goreng / kukus / rebus sosej dan kemudiannya ditos sampai kering.
2. Bancuh telur bersama tepung dan juga sedikit air.
3. Ambil sekeping roti, gelek sampai nipis menggunakan penggelek atau gelas.
4. Letakkan sosej, kemudian letakkan mayonis dan sos cili mengikut citarasa dan gulungkan ia.
5. Celup ke dalam bancuhan tepung tadi dan goreng dengan api yang sederhana.
6. Ulangi langkah 3 hingga 5 untuk hidangan pukal.
7. Bila dah siap, sedia untuk dihidang.

Resepi semudah ABC, sangat-sangat simple bukan? Lepas nie nak try godek-godek resipi puding roti pulak.


19 comments:

Unknown said...

time skola menengah suke sgt buat roti sosej ni.. :D

Umialya said...

rajinnya anak dara sorang ni..

Anonymous said...

yg ini mmg KA selalu buat ! sbb sedap

mummyrinazone beauty said...

sedapnyer nampak.buat sarapan mmg kenyang jugaknie=)

oktant said...

Kena pula sekarang ni musim hujan, memang "best" kalau dapat masak sendiri apa yang kita suka. :)

najihahfara said...

makan dengan teh panas. wah sedapnya

Unknown said...

WOW..SEDAP TP BYK MINYAK NI..KAT KANTIN SEKOLAH KAT BUI RM1 SATU..

Miss N™ said...

gulp..jadi laperrr... :)

ayut said...

sgt suke benda ni..walaupun simple je sbnr ye :)

Unknown said...

@Anne Rihann Time zaman sekolah. Mieya belum ada jiwa memasak nie. Aiseyh !

Unknown said...

@umi alya Sekali-sekala nak merajinkan diri, kak.

Unknown said...

@Kesuma Angsana Feveret Mieya. Lepas nie, tiap-tiap bulan lah Mieya buat benda nie.

Unknown said...

@wan nurul hezrina abd halim ha'ah. memang kenyang. Makan dua ketul dah cukup dah tu buat alas perut.

Unknown said...

@oktant Betul3

Unknown said...

@najihahfara Mieya makan dengan teh o ais. hihih

Unknown said...

@Bui Junaidi Sebab tu kena betul-betul letak kertas serap minyak supaya minyak di roti berkurang.Kat UiTM Penang pon RM1 jugak seketul.

Unknown said...

@Cik Nur hahah. masak lah Cik Nur, apa lagi?

Unknown said...

@ayut Tahu takpe. simple je nak buat benda nie.

Unknown said...

Dlu rajin gak buat benda ni time nk blik hostel . skrg dah x rajin coz xda yg nk join skali makan .