Sepetang Buat Kuih Goyang

Assalamualaikum dan selamat petang semua :)


Hehe...saja je nak post gambar kuih goyang di petang hari nie. Baru je buat tadi bersama emak tersayang. Niat kami, nak diberikan kepada jiran yang bakal mengadakan kenduri kahwin anaknya pada minggu ini. Boleh lah dibuat makan-makan masa aktiviti "rewang" nanti.

Macam biasa, Mieya jadi pembantu sahaja, tukang agak-agak sama ada bahan adunan mencukupi atau tak. heheh

Yang lain-lain, semuanya emak yang buat. Sambil-sambil tu, Mieya ada try buat jugak. Perghh, bukannya senang. Kena cekalkan hati, nak bergoyang, dengan nak tahan bahang api lagi.

Ambik acuan kuih bunga ros and then celup kat bancuhan tepung and then masukkan ke dalam minyak yang panas di kuali. Dalam 10 saat lepas tu, goncangkan acuan tu kuat sikit. Bila dah agak kekuningan sedikit, ambik lidi, angkat dan toskan kuih goyang ke penapis. 

Maka terhasillah...


Sambil-sambil masukkan kuih goyang nie satu per satu ke dalam bekas, Mieya pon curi-curi ngap dua tiga keping. heheh good girl !


12 comments:

Nur Nainis said...

Wahh..kuih goyang..hehe..teringat cerita nabil waktu raya2 dulu. Macam2 nama ye kuih ni. Rewang jangan tak rewang.

Singgah sini balik.. terima kasih sebab sudi singgah blog saya. ^____^

Aina Areen said...

aina suka versi pedas punya :) hehehe

kucing comel said...

lama sangat dh tak makan ni...masa dulu mkn kat sekolah..fuh ranggup...

Blog awak terpilih!!!! jom comments blog saya banyak2, nanti sy balas balik 2 kali ganda hehe!

- Admins Blog 3 Dalam 1
http://blog3dalam1.blogspot.com/

Unknown said...

Wahhhh. Sedap kuih ni ^_^
Nak sekepinggggg! :D

Miss N™ said...

kueh ni, kalau mkn smbil tgk tv..mmg xsedar habis..sedap.. :)

Umialya said...

lamanya tak buat kuih ni, acuannya ntah ke mana

Unknown said...

@Nurul Aini Ouh yeke? Tak tahu lah pulak sebab tak pernah tengok cerita tu.

Unknown said...

@Aina Areen Mieya tak suka yang pedas-pedas. Mieya suka yang lemak manis nie je.

Unknown said...

@Monyet Rimau Yup.. memang rangup. Ada rahsia di sebalik bahan-bahannya.

Unknown said...

@Sally Yatiey Maiii datang rumah. heheh

Unknown said...

@Cik Nur Tau takpe Cik Nur. Mieya suka makan masa panas-panas. hihi. Ini spesies yang tak menyempat.

Unknown said...

@umi alya Aiyok ! Beli lah acuan baru, kan senang?