Buat Blog boleh dapat duit? Jadi kaya???

Assalamualaikum wbt.

Umumnya, ramai yang buat blog mempunyai matlamat mereka yang tersendiri. Paling biasa yang Mieya selalu nampak dan baca adalah buat blog sebab dapat duit. Hal ini mungkin disebabkan keterujaan melihat ramai blogger yang berjaya serta meraih pendapatan yang cukup lumayan sama ada di tv, surat khabar, majalah dan juga blog.

Ada yang banyak sampai ribu-ribu, ada yang cukup ratus-ratus. Malah ramai yang dah dapat puluh-puluh ringgit hasil berblog. Tak kira lah sama ada yang 'bekerja' di bawah sesebuah syarikat pengiklanan mahupun kedai-kedai dan butik-butik.



Ada blogger yang buat blog kerana percaya bahawa buat duit dengan blog adalah mudah. Padahal ada blog yang dah berkurun lamanya berada di dalam alam maya ini, tetapi pemilik blog tu tak jugak jadi kaya raya. Bukan sedikit tapi ramai.

Pada pandangan Mieya, majoriti masyarakat di luar sana masih lagi tidak memahami konsep blog yang sebetulnya. Fikir mereka, bila dengar sahaja seseorang itu mempunyai blog. Dapat duit.

Untuk pengetahuan kawan-kawan yang takde blog, tak semua blogger buat blog untuk duit dan dapat duit.   Kalau dapat pon, itu semua nasib atau secara kebetulan sahaja. Terutamanya blogger personal macam Mieya nie haa..

Blogger personal yang dapat income banyak dari blog tak ramai. Sangat-sangat tak ramai.  So, janganlah ingat blogger personal ni tulis entri-entri panas semata-mata kerana income. Okey? 

Bak kaya Ben Ashaari,

"Nak $$$, pergi kerja. Jadi jurutera ke.. penjaga gol ke.. pengurus pasukan ke.. atau apa apa je la.. Janji bukan buat blog.. Tak kaya.."



28 comments:

Aina Areen said...

hahaha. aina buat blog takdak niat nak buat duit pon haa. just na express feeling and share pasal itu dan nii :D

Lokman said...

setuju-setuju.. Hehe.. blog personal memang tak kaya

Hanna Nabiella said...

yupp, betul tu..blog hanna pun blog personal je. and xterlalu impikan income. lau dpt pun itu rezki..nice entry.love it ^^
jom bace entry baru hanna :)
http://www.farhanabiella.my/2013/02/counting-day.html

Athirah said...

betul, buat blog sebab nak carik rezeki, memang naye la orang tu,, baik jadik menteri, tka gitu mieya?hehe

Miss N™ said...

setuju..!
Tak semestinya buat blog sbb duit..nur buat sebab minat..duit tu, kalau dah rezekikan..terima dengan hati terbuka. :)

Umialya said...

betul3

AmyZana said...

Saya buat blog untuk mengisi masa lapang je. Seronok share cerita dekat blog. Kemudian lagi seronok bila ada orang comment dan berkongsi pendapat. Contohnya kalau cerita pasal sesuatu insiden yg memalukan ke, kemudian ada org komen yg dia pun pernah kena jgk benda yg sama. Rasa tak keseorangan

Kitty said...

Yup, jangan ingat dengan berblog senang nak jadi kaya. Tapi, with good planning and strategy, tak mustahil. I do know some people yang generate lots of $$$. One blog tu generate $50,000+ setahun. O_o

Tapi kena tahu income = time dedicated. Kalau tak ada usaha, mana nak dapat duit. Heheh.

Personally lah kan, Kitty generate about USD$15-25 sebulan melalui sponsored posts. Tak banyak pun. Kalau nasib, ada orang nak tempah iklan, tambah la sikit income. Tapi kalau kebetulan sponsored post banyak, boleh la dapat USD$50 sebulan :D

Unknown said...

Ish..mana ad buat blog kaya..kalau camtu ramai la tak keje..buat blog aje..hehehehe :)

Anonymous said...

yup betul tu, buat blog secara suka2 ada $$$ tu kira bonuslah

Unknown said...

KALAU CANTIK MCM FATIN LIYANA,BARU KAYA KOT..HEHEHE

nursuriani said...

kenapa saya tak kaya2 pun neh??? hahahaha

ayut said...

hihihi..tu sape yg kejar mmg msalah la...adehhh...

Unknown said...

@Aina Areen Sama lah. Bagi Mieya, duit bukanlah sebagai matlamat utama. Matlamat utama, nak dapatkan kawan baru :)

Unknown said...

@Mohd Lokman Bin Ramli hehe. tau takpe bro !

Unknown said...

@Hanna Nabiella Ya, betul tu dik. Thanks for your opinion :)

Unknown said...

@trah zain Betul tu. Kalau setakat goyang kaki boleh dapat duit. Memang makin malas lah rakyat Malaysia kita.

Unknown said...

@Cik Nur Betul tu Cik Nur. Kalau ada rezeki, itu cumalah sebagai satu bonus kepada seseorang itu.

Unknown said...

@umi alya hihih :)

Unknown said...

@AmyZana Sama lah dengan Mieya. Memandangkan Mieya bukanlah seorang yang petah berkata-kata di luar sana. Jadi, agak sukar bagi Mieya untuk mendapatkan kawan. Tapi disini tidak.. semuanya memahami antara satu sama lain.

Unknown said...

@Kitty Itupon kalau dia punya matlamat memang ke arah menjana pendapatan. Kira macam blogging nie, lubuk emas bagi dia mencari rezeki.

Unknown said...

@PuanGojes hahaha. itu dah tahap terdesak benor tu PG. Mieya buka laman Nuffnang pon sebab nak tengok perkembangan trafik ke blog Mieya. Kalau tak diperhatikan, memang turun naik tangga lah jawabnya.

Unknown said...

@Diana Azis Tahu takpe.

Unknown said...

@Kesuma Angsana Betul tu KA :)

Unknown said...

@Bui Junaidi Betul. Paling tidak pon, boleh sara diri dengan tugasan seperti model, photoshoot dll kan?

Unknown said...

@NoEn Betul ke kak? Takpe, usaha tangga kejayaan.

Unknown said...

@Sue PeLik Haishhh, Kak sue. Kalau nak kaya, pergilah kerja sana. hihih

Unknown said...

@ayut Tahu takpe sis.