Kerja-kerja Pengubahsuaian Ruang Tamu Selesai

Assalamualaikum korang :)

Kalau hari tu, Mieya ada cerita pasal bilik yang sudah siap sepenuhnya. Begitu juga dengan pemasangan tiles di dalam rumah. Tapi kali ini, masih lagi nak berkongsi cerita mengenai house renovation especially bahagian ruang tamu.


Keadaan ruang tamu yang sedang dicat

Alhamdulillah. kerja-kerja mengecat dinding ruang tamu sudah pon siap dengan jayanya. Sungguhpun rumah dalam keadaan tunggang-langgang sikit. Agak berselerak dengan barang-barang di sana sini.

Ruang tamu yang sudah bercat dan... masih lagi berselerak

And then, Mieya dan adik sependapat bahawa masih ada sesuatu yang tak kena dengan warna cat dinding nie. Terasa macam tak berseri. Nampak biasa. Kosong. Entah lah.

Keesokannya, terus kami berdua suarakan pendapat kami kepada kontraktor. Lalu, terhasillah...




Haaa.. baru nampak okey sikit. Jiran sebelah cakap, warna dinding rumah feeling girl2 gitu. Biru lembut dengan pink. hihi Awesome !

Pintu idaman emak Mieya

Pintu rumah pon dah ditukar. Ada cermin di tengah-tengah pintu. Senang, boleh intai intai orang yang berada di luar sana. heheh. Tapi sayangnya, kunci "lock" rumah mengalami sedikit kerosakan. So thats mean, nak buka pintu dari luar tak boleh. Kena ada orang dari dalam rumah yang buka kan pintu.

K, takpe. Masalah kecil je tu. Dalam dua tiga hari nanti, masalah tersebut akan diselesaikan oleh kontraktor rumah. Just wait and see.

tiles di luar rumah

Now, kerja-kerja pengubahsuaian yang tinggal hanyalah di kawasan luar rumah. Masih lagi belum siap. Mana nak pasang lantainya. Mana nak siapkan tembok rumah. Mana nak cat dinding rumah. Tengok, pagar pon takde lagi. Masih lagi dalam pemprosesan kesemuanya.

Kalau dah siap nanti, Mieya update lagi okey? (bajet macam ada orang kesah pulak kan?) :)



12 comments:

Umialya said...

Pink lagi..

Fiza Rahman said...

Berkilatnya tiles. Rumah kaler pink tu...cantik.

Aina Areen said...

wahowahowahowah ! cantiknya rumah kak mieya :D

Unknown said...

CANTIK LA TILE DLM RUMAH TU..

Miss N™ said...

besarnya ruang tamu..puas nak bergolek ni... seronok nur tgk.. :)

kak tie said...

cantik..mcm kaler hello kitty

Unknown said...

@umi alya hihi.. dah minat sangat warna tu. Nak buat macam mana kan?

Unknown said...

@Fiza Rahman Baru lepas di mop. Memang lah berkilat.

Unknown said...

@NoEn Luas pon luas jugak. Nak guling guling atas lantai pon puas. Lepas nie, tinggal nak decorate je.

Unknown said...

@Aina Areen Thanks adik :)

Unknown said...

@Bui Junaidi Terima kasih :)

Unknown said...

@Cik Nur For sure, memang puas lah Cik Nur.