SEBELUM tidur, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah :
“Ya Aisyah, jangan engkau tidur,
sebelum melakukan 4 perkara iaitu :
1.
Khatam Al-Quran
2.
Membuatkan para nabi memberi syafaat
kepadamu di hari akhirat
3.
Membuatkan para muslim meredhai kamu
4.
Melaksanakan ibadat haji dan umrah.
Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat
melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?”
Rasulullah tersenyum sambil bersabda :
“Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali,
(maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an). Dan Bacalah selawat untukKu
dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kepadamu di hari
kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan
meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan
bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)” - MAFHUM DARI HADIS
P/s : Ketahuilah kalian siapa sahaja dari umat Rasulullah S.A.W yang berupaya untuk sentiasa mengikuti dan mentaati Rasulullah S.A.W dengan ikhlas serta menjadikannya sebagai contoh dalam kehidupan sehari-hari, maka sungguh ia akan mendapatkan sekian banyak keutamaan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.
16 comments:
alhamdulillah....
setakat ni, nur amalkan surah al-ikhlas dan doa tidur je..
thanks sharing ye kak . kadang2 benda mcm ni terlepas jugak nak buat .
n3 yg menarik, tk atas pengkongsian ini
Satu peringatan yang cukup bermakna. Semoga kita dirahmati Allah.
tengssss for da info mieya :) hurm.. macam tahu2 jerk kita nak tido lepas neh hihi :)
jom kita amalkannya bersama2.. semoga Allah lindungi kita bila2 masa...
good sharing mieya..^_^
Mieya akak share entri ni ya!
@Cik Nur Mieya biasa amalkan 3 kul, doa tidur dan juga lafaz kalimah syahadah. So, lepas nie akan cuba untuk mengikuti sunnah nabi.
@sabella mohamad Sama-sama kasih. Perkongsian ini pon sebagai peringatan kepada semua jugak.
@umi alya Sama-sama kasih kak.
@Sifu wan Amin. Mudah-mudahan begitulah hendaknya.
@Sue PeLik heheh. sebab tu Mieya publish malam sikit.
@✿A I N A A✿ Jom. Semoga hidup kita diberkatiNYA. Amin.
@elyna mirsada Thank you sis.
@vidalsisah Silakan. Entri ini sebagai peringatan buat diri sendiri dan semua juga.
Post a Comment