Gambar-gambar Sekitar Pelancaran My Beautiful Malaysia

Assalamualaikum wbt :)

Seawal jam 7.30 pagi, Mieya bergerak ke lokasi program My Beautiful Malaysia, iaitu di SMK Taman Medan dengan menaiki kereta bersama jiran Mieya. Konon-konon nak join acara senam robik dan sarapan pagi bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai serta Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa di flat Taman Medan Cahaya.

Tapi memandangkan nak cari tempat parking kereta pon terpaksa berpusing dua tiga kali dan akhirnya baru jumpa. Sesak. Satu perkataan yang terucap di mulut ketika itu.  Terus cancel plan yang direncanakan awal-awal tadi. 

Lantas, kami bergerak masuk ke kawasan padang SMK Taman Medan dan Mieya terus mencari tempat duduk berdekatan dengan kawasan tepi pentas. Ye la, memandangkan kawasan di hadapan pentas dah reserved untuk para hadirin yang terlibat, terpaksa lah mengalah untuk duduk di sudut tepi.



Ketibaan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada pukul 9.30 pagi disambut meriah di padang SMK Taman Medan. Selesai memberikan ucapan, diikuti pula dengan perasmian program 1M4U bagi tahun 2013.

Belon yang berterbangan di udara usai selepas majlis perasmian oleh PM kita


Perdana Menteri turut menyertai acara gotong royong mengecat bangunan Sekolah Menengah Taman Medan bersama warga tempatan Kampung Medan selain menanam pokok buah-buahan di kawasan tapak acara bersama sukarelawan My Beautiful Malaysia.
Dalam acara berasingan, Rosmah melawat Tadika Kemas Mutiara di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan serta menyertai aktiviti bersama kanak-kanak pintar, aktiviti menyusun puzzle dan mewarna dan aktiviti kraftangan orang dewasa.


P/S : Sewaktu pelancaran program, Mieya takde pon berdekatan dengan kawasan pentas dek kerana Mieya bertugas dalam mengagihkan makanan kepada mereka yang hadir. Well, semangat kesukarelawanan kan? :)

8 comments:

Umialya said...

mmg seronokkan xtvt seluruh negara serentak..

mummyrinazone beauty said...

nie yang i am 4 u tuh ek??

Miss N™ said...

baguss mieya..
nur duk umah jee....

ayut said...

bgus ye...smgt sukarelawan sungguh...ni yg dimahukan..belia yg berjiwa besar dlm bantu membantu :D

Unknown said...

@umi alya Yes. memang seronok kak. Betul-betul have fun.

Unknown said...

@wan nurul hezrina abd halim Ya, sis :)

Unknown said...

@Cik Nur Haha. kira okey lah ada tengok kat tv kan?

Unknown said...

@ayut hehe. In shaa Allah. akan Mieya amalkan di masa akan datang :)