Mood Cuti Tahun Baru Cina

Assalamualaikum wbt :)

Sungguh ! Sekarang nie Mieya berada dalam keadaan tak menang tangan nak kemas rumah dan yang paling penting, nak kemas barang-barang semua ni. Nak packing barang-barang untuk bercuti di kampung sempena raya cina ni.

Dengan harapan, dapat menenangkan fikiran serta mengembalikan semula mood ceria dalam diri seorang Mieya. Petang semalam, abah pulang bersama dua kotak buah limau. Buah tangan daripada tauke tempat dia bekerja.


Pagi-pagi lagi dah fikir, benda apa saja yang perlu Mieya bawa ke sana. Laptop? Mieya guna laptop dan bukan lagi notebook. Line kat kampung, bukannya selalu ada. Macam chipsmore. Bendanya sikit, and then sekejap je boleh hilang.

Kalau tak bawa bersama, peratus kebarangkalian menyebabkan Mieya bosan adalah sangat tinggi sekali. Walhal Mieya dan keluarga dah plan nak bershopping sakan di sekitar pekan Sabak Bernam dan juga di sekitar bandar Teluk Intan. Rasa bawa benda alah ni macam satu masalah pulak ! Campak kang, baru tahu !

Hmmm.. Ini pon rasanya.. Mieya sekeluarga bercuti di kampung paling-paling sekejap pon 3 hari sahaja memandangkan keadaan fizikal rumah yang belum siap sepenuhnya dan boleh dianggap sebagai kurang selamat.

Jadi, perasaan sebelum nak pergi meninggalkan rumah tu terasa macam berat sekali. padahal ada je abang-abang Mieya yang ada, 'berjaga' di rumah.


17 comments:

Umialya said...

xmo campak2, bak sini..

Razf said...

thn ni sy x dpt limau pon.. waaa

✿INA AINAA✿ said...

hehehe selamat bercuti! ena cuti sampai selasa je ni.. then balik universiti balik.. =D

Hidayu Bolia said...

huhu...berat benor hati ye nak tinggalkan umah? hihi...

selain abg2, tambah lagi guard baru, amik je kucing2 liar kat tepi2 jalan tu buat jd guard,hihi...

ayu ni xleh betul law sebut sal kucing..meroyan sbb suke sgt:)

Mummy MM said...

Selamat tahun baru cina =D

Miss N™ said...

seronoknya bercuti2 ke kampung.....
selamat bercuti Mieya...!

Unknown said...

SELAMAT BERCUTI DIK..

Miss N™ said...

skrang pun mood cuti lagikan....

Unknown said...

@umi alya hahaha.. gurau je lah. terlebih emosi pulak kali ni.

Unknown said...

@Razfira laa.. kesian nya dia. Btw, limau kat rumah Mieya dah habis dah pon.

Unknown said...

@PuanGojes Bawa pon tak guna kalau tiada sambungan internet. wuaaaa T.T

Unknown said...

@✿A I N A A✿ Alaa.. sekejapnya cuti.

Unknown said...

@Ayumi Comot What? kucing? Lagi lah mengamuk emak Mieya satgi.

Unknown said...

@Isabel Diaz Selamat tahun baru Cina juga. Angpow lai lai~ hiks

Unknown said...

@Cik Nur Memang seronok Cik Nur. Btw, selamat bercuti juga buat Cik Nur sekeluarga :)

Unknown said...

@Bui Junaidi Selamat bercuti juga buat akak sekeluarga :)

Unknown said...

@Cik Nur hihihi biasa letew :)