Rumah Dah Siap, cuma...

Assalamualaikum wbt dan hai uolls !

Alhamdulillah, syukur. Rasanya, korang semua dah sedia maklum bahawa renovation di rumah Mieya sudah pun siap dengan sepenuhnya. Cuma...

Hmm.. ayat tergantung di awal tajuk entri tadi, menandakan masih ada beberapa proses ubahsuai yang belum siap lagi.

Rumah dah siap, cuma pagar dan juga awning rumah je yang belum siap lagi. Tak tahu lagi bila nak siap sebabnya, baru je order minggu lepas. hihi, maknanya lambat lagi letew.

Cuma, penutup longkang nie je yang sempat disiapkan. Itupon atas permintaan kami. Memandangkan risau jika ada orang yang terpelosok kakinya ke longkang. Haha Jangan dibuat main! Longkang nie boleh tahan kedalamannya.


Ohh ya, apa kata kalau kita layan dulu beberapa keping gambar yang sempat Mieya capture tadi. Maaf lah, kalau pemandangan agak 'semak' sikit dengan barang-barang. Normal lah kan, rumah baru lepas di renovate.





Taraaaa... inilah rumah Mieya sekeluarga. Haippp, ingat pesanan pihak penaja di awal entri tadi. Buat-buat tak nampak barang yang bersepah tu. Abaikan ! Fokus kepada rumah.


Lepas nie, tunggu pemasangan pagar dan awning rumah pulak. Buat sementara ini, tiap kali lepas hujan, kena lap lantai kat beranda atas tu. Nak buat macam mana kan. Sementara nak tunggu awning siap..



24 comments:

ezy.fia said...

sgt pink!
hehe..
cantek rumah

Cik Embun said...

senang nak cari rumah ni nih.. hik3~

Mek Onie said...

wahhhhhhhhhhhhh.......suasana baru dirumah :D

Anonymous said...

Cantik rumah mieya ;D

Cik Kumbang said...

wow cantiknya rumah mieya :)

✿INA AINAA✿ said...

serius macam rumah hello kitty!!! cantiknyaaaaaaaa rumah mieyra.. jeles sgt2.. hurmmmm....

Umialya said...

bila nak knduri Mieya?

Unknown said...

MMG CANTIK..MESTI BYK DUIT KELUAR NI KAN

Miss N™ said...

cantiklah...malam2 boleh lepak dekat beranda tu kan, sambil tgk bulan dan bintang.. :)

dya nasir said...

cantiklah lepas renovate..mcm rumah baru..hihi

Unknown said...

@Cik Ezy TQ sudi luangkan masa untuk memberi pendapat.

Unknown said...

@Cik Embun Memang senang. Tapi kala dah pasang awning dengan pagar, tak tahu lah sama ada boleh cam lagi keta rumah Mieya sekeluarga nie. hehehe

Unknown said...

@NoEn Ha'ah.. cipta kelainan sikit. Selalunya cat rumah warna kuning cair, tak pun oren.

Unknown said...

@onie Ha'ah.. Suasana baru. Sekarang nie pon Mieya dah jarang keluar sangat. Seronok duduk kat bilik baru lah kata kan. hehe

Unknown said...

@Sally Yatiey Thank you Sally :)

Unknown said...

@cik kumbang Alhamdulillah. Akhirnya, impian kami sekeluarga dah tercapai sedikit.

Unknown said...

@✿A I N A A✿ Alaaaa.. ena ni memuji sangat lah. Rasanya, rumah ena mesti lagi lawa kan?

Unknown said...

@umi alya Kenduri apa pulak nie umi? Cik Nur pon tanya soalan yang sama jugak. Pelik pulak Mieya jadinya.

Unknown said...

@Cik Nur Betul tu Cik Nur. Mieya pon selalu jugak lepak kat beranda tu. Maklum lah, kat luar bilik Mieya je kot.

Unknown said...

@dya bunga Alhamdulillah.

Unknown said...

@Bui Junaidi herher.. Kak bui.. Kalau bab duit tu, jangan ditanya lah. Kalau tak prepare duit lebih dalam tangan, tak payah lah nak renovate rumah bagai. Harga kos bahan pon dah naik.

kucing comel said...

hahah pink caler???? biar betul

Blog awak terpilih!!!! jom comments blog saya banyak2, nanti sy balas balik 2 kali ganda hehe!

- Admins Blog 3 Dalam 1
http://blog3dalam1.blogspot.com/

Unknown said...

@Monyet Rimau hahaha..betul lah tu. Sama macam warna blog Mieya kan?

Cik Kumbang said...

:)