Showing posts with label Taman Medan. Show all posts
Showing posts with label Taman Medan. Show all posts

Rumah Dah Siap, cuma...

Assalamualaikum wbt dan hai uolls !

Alhamdulillah, syukur. Rasanya, korang semua dah sedia maklum bahawa renovation di rumah Mieya sudah pun siap dengan sepenuhnya. Cuma...

Hmm.. ayat tergantung di awal tajuk entri tadi, menandakan masih ada beberapa proses ubahsuai yang belum siap lagi.

Rumah dah siap, cuma pagar dan juga awning rumah je yang belum siap lagi. Tak tahu lagi bila nak siap sebabnya, baru je order minggu lepas. hihi, maknanya lambat lagi letew.

Cuma, penutup longkang nie je yang sempat disiapkan. Itupon atas permintaan kami. Memandangkan risau jika ada orang yang terpelosok kakinya ke longkang. Haha Jangan dibuat main! Longkang nie boleh tahan kedalamannya.


Ohh ya, apa kata kalau kita layan dulu beberapa keping gambar yang sempat Mieya capture tadi. Maaf lah, kalau pemandangan agak 'semak' sikit dengan barang-barang. Normal lah kan, rumah baru lepas di renovate.





Taraaaa... inilah rumah Mieya sekeluarga. Haippp, ingat pesanan pihak penaja di awal entri tadi. Buat-buat tak nampak barang yang bersepah tu. Abaikan ! Fokus kepada rumah.


Lepas nie, tunggu pemasangan pagar dan awning rumah pulak. Buat sementara ini, tiap kali lepas hujan, kena lap lantai kat beranda atas tu. Nak buat macam mana kan. Sementara nak tunggu awning siap..



Kerja-kerja Pengubahsuaian Ruang Tamu Selesai

Assalamualaikum korang :)

Kalau hari tu, Mieya ada cerita pasal bilik yang sudah siap sepenuhnya. Begitu juga dengan pemasangan tiles di dalam rumah. Tapi kali ini, masih lagi nak berkongsi cerita mengenai house renovation especially bahagian ruang tamu.


Keadaan ruang tamu yang sedang dicat

Alhamdulillah. kerja-kerja mengecat dinding ruang tamu sudah pon siap dengan jayanya. Sungguhpun rumah dalam keadaan tunggang-langgang sikit. Agak berselerak dengan barang-barang di sana sini.

Ruang tamu yang sudah bercat dan... masih lagi berselerak

And then, Mieya dan adik sependapat bahawa masih ada sesuatu yang tak kena dengan warna cat dinding nie. Terasa macam tak berseri. Nampak biasa. Kosong. Entah lah.

Keesokannya, terus kami berdua suarakan pendapat kami kepada kontraktor. Lalu, terhasillah...




Haaa.. baru nampak okey sikit. Jiran sebelah cakap, warna dinding rumah feeling girl2 gitu. Biru lembut dengan pink. hihi Awesome !

Pintu idaman emak Mieya

Pintu rumah pon dah ditukar. Ada cermin di tengah-tengah pintu. Senang, boleh intai intai orang yang berada di luar sana. heheh. Tapi sayangnya, kunci "lock" rumah mengalami sedikit kerosakan. So thats mean, nak buka pintu dari luar tak boleh. Kena ada orang dari dalam rumah yang buka kan pintu.

K, takpe. Masalah kecil je tu. Dalam dua tiga hari nanti, masalah tersebut akan diselesaikan oleh kontraktor rumah. Just wait and see.

tiles di luar rumah

Now, kerja-kerja pengubahsuaian yang tinggal hanyalah di kawasan luar rumah. Masih lagi belum siap. Mana nak pasang lantainya. Mana nak siapkan tembok rumah. Mana nak cat dinding rumah. Tengok, pagar pon takde lagi. Masih lagi dalam pemprosesan kesemuanya.

Kalau dah siap nanti, Mieya update lagi okey? (bajet macam ada orang kesah pulak kan?) :)



Cat Dinding Bilik dan Pemasangan Tiles

Assalamualaikum wbt :)

Macam yang Mieya ceritakan di entri lepas, bilik di tingkat atas rumah teres dua tingkat kepunyaan parents Mieya sudah hampir siap.

Di mana bahagian dalam bilik baru sudah pon dicat. Bewarna biru uolls. Luar rumah warna pink, dalam rumah pula warna biru. Sesuai lah dengan selera kami anak-beranak. Di mana ada lelaki dan juga perempuan.

Tile pon dah siap pasang sepenuhnya di bilik baru dan juga dekat kawasan ruang tamu. Cuma sekarang nie, tengah tambak simen kat bahagian luar rumah untuk dibuat tempat parking 6 bijik motor. Esok mungkin siap sepenuhnyalah kot kat bahagian luar rumah tu. 

Okey lah korang layanlah dulu gambar-gambar yang sempat Mieya tangkap dekat bawah ni dulu ye. 
P/s : Bahagian luar rumah dan juga ruang tamu belum lagi siap dicat sepenuhnya. Sebabnya tiles kat kawasan luar rumah tu belum siap dipasang lagi.
Gambar rumah dari sisi hadapan


sesi mengecat dinding ruang tamu lama
Bilik atas yang sudah siap sepenuhnya


Pintu pon dah ada. Siap bercat malah lengkap dengan tombol pintunya sekali. So, lepas nie tak payah risau kalau nak tinggalkan rumah sehari dua nanti. 

Jadi, selepas waktu maghrib tadi, kami sekeluarga berkumpul di kawasan ruang tamu. And then, keluarlah topik pasal penyambungan semula wayar Astro ke rumah kami. wuwuwu, dah lama benor teman tak tengok tv. Sedih betul !

And then, sembang punya sembang. Barulah terperasan, yang lubang khas untuk wayar Astro tiada sedangkan dinding rumah sudah pon siap diplaster dan juga dicat sepenuhnya. Walaweh ! Ini semua gara-gara excited punya pasal dengan proses ubahsuai rumah yang hampir nak siap. Memang terbaik lah !


So, apa pendapat korang mengenai pemilihan warna cat di rumah Mieya tu. Okey ke?




Rumah Atas dah hampir 80% Siap

Assalamualaikum korang :)

Hai~ hikhik. Mieya baru je berkesempatan nak mengonlinekan diri seketika setelah seharian dengan tugas-tugas harian di rumah dengan menyapu dan mengemopnya.


Betul kata orang, bila kita sedang sibuk dengan sesuatu benda nie. Kalau boleh, mesti nak bercerita mengenai progress ataau perkembangan semasa mengenai sesuatu projek yang sedang kita usahakan itu.

Nak nak lagi jika beliau adalah seorang blogger. Macam Mieya lah. Sejak kebelakangan ini, tak habis-habis bercerita pasal rumah yang sedang diubahsuai tu.

Ramai yang komen di entri lepas, warna cat di dinding rumah Mieya nie bewarna pink + purple ke? hiks. Sebenarnya tak lah. itu warna Carnival Pink sebenarnya.


Bercerita pasal perkembangan semasa rumah pula, banyak benda yang hendak Mieya cerita kan sebenarnya. Tapi tak tercerita pulak. Hmm. Nanti lah ye. Tak terkejar pulak rasanya nak cerita kat entri kali nie.

Cuma, Mieya nak cakap. Bilik kat bahagian tingkat atas tu dah hampir-hampir siap sepenuhnya. And tak lama lagi kerja-kerja pengubahsuaian di rumah Mieya akan selesai. Mungkin lagi 2 ke 3 minggu lagi. Lebih kurang macam tu la.


Wordless Wednesday #31 | Pink gitu


 P/s : Mesti ada yang pelik kan? Kenapa cat dinding rumah kat bahagian atas je? heheh Actually, nak siapkan rumah di bahagian atas dulu.. And then, barulah nak siapkan bahagian bawah pulak.

Senang. Tak payah turun naik, turun naik lagi lepas nie. Btw, rumah dijangka siap sebulan lagi atau lebih.


Artis-Artis yang turut Memeriahkan Program 1M4U di Taman Medan

Assalamualaikum wbt :)

Ramai yang mengatakan Mieya skodeng artis melalui komen di entri semalam. Padahal tak pon, Noh Hujan memang perasan pon Mieya sedang melepak-lepak bersama-sama dengan adik Mieya berhampiran dengan kenderaan mereka. Cuma, Mieya je duduk diam-diam kucing di situ. hehe

sebagai buktinya...


Mieya sedang ralit duduk-duduk sambil menekan-nekan button handphone and then terperasan akan kehadiran sekumpulan orang berdekatan dengan tempat Mieya duduk tu. Dan siapa sangka, orang tersebut ialah Altimet, Noh Hujan and the gang ! Wohooo... Excited sangat dapat tengok mereka secara real.

Program 1M4U yang berlangsung di Taman Medan turut dihadiri oleh ikon belia iaitu Michael Teoh, Lisa Surihani, Altimet dan Noh Hujan.

Kiut betul lisa sughihani nie. Nampak flawless gitu muka dia.

tak sempat nak ambik gambar Noh Hujan. Cilok kat tv kejap. hihi

Part yang paling menyeronokkan sekali, sudah semestinyalah persembahan daripada para artis kan? Rasa seronok sesangat dapat ikut serta persembahan secara live daripada artis baru, Jamilah. Selain itu, ada juga Shiha Mentor, Black Mentor dan RJ.  


Keadaan di pentas semakin kecoh dengan kemunculan Nabil dan juga Angah Raja Lawak. Nabil datang dengan menaiki motor superbike weh. 


Seriously, memang tak kering gusi lah kita orang di sana dengan keletah dan lawak daripada mereka. Setiap kali ada budak yang menangis kerana terpisah daripada ibu bapa, mereka bawa budak tu ke pentas. Lalu, lagu Bersamamu TV3 dimainkan dan bermulalah aksi sedih mereka bercerita mengenai "nasib budak kecil itu". kehkeh nakal betul !

Nabil dan angah turut memeriahkan program 1M4U dengan mendendangkan lagu Kehilangan daripada Firman. Selain menganjurkan pertandingan joget ala-ala gangnam style mengikut pilihan kuda masing-masing, di mana penyertaan terbuka khas untuk makcik-makcik.  Ada kuda dangdut, kuda bollywood dan macam-macam lagi.

Dan pemenangnya...

stylo habis kan nenek nie !

Acara program diakhiri dengan cabutan bertuah dan malangnya Mieya antara makhluk yang tak bertuah pada hari itu. tsk tsk~


Melepas sudah

Assalamualaikum wbt :)

Konon-konon, plan dari rumah sebelum bergerak pergi ke program My Beautiful Malaysia. Mieya nak pulun melepak dengan para retisss yang ada. Agak-agak kalau dapat bergambar sepuloh dua sebagai kenang-kenangan pon dah kira menggumbirakan hati seorang Mieya.

Lagi riak ditambah takbur bila gambar tersebut di-upload ke facebook. Errr... lagi lah. muahaha *gelak jahat

Tapi tuntasnya...
kawasan parking kereta SMK Taman Medan

Mieya nie seorang yang penyegan dan pemalu tak bertempat orangnya. haha habis punah segala-gala harapan dan impian daku yang tinggi melambung.

Hanya mampu melihat dan memerhatikan sahaja Altimet dan Noh Hujan dari jarak yang agak dekat lah jugak. Sambil dalam diam, gambar secara curi-curi diambil. hekhek

Kira okey lah tu daripada takde langsung. Ye dak? haha lol, apalah Mieya nie -.-"