Showing posts with label 1M4U. Show all posts
Showing posts with label 1M4U. Show all posts

Artis-Artis yang turut Memeriahkan Program 1M4U di Taman Medan

Assalamualaikum wbt :)

Ramai yang mengatakan Mieya skodeng artis melalui komen di entri semalam. Padahal tak pon, Noh Hujan memang perasan pon Mieya sedang melepak-lepak bersama-sama dengan adik Mieya berhampiran dengan kenderaan mereka. Cuma, Mieya je duduk diam-diam kucing di situ. hehe

sebagai buktinya...


Mieya sedang ralit duduk-duduk sambil menekan-nekan button handphone and then terperasan akan kehadiran sekumpulan orang berdekatan dengan tempat Mieya duduk tu. Dan siapa sangka, orang tersebut ialah Altimet, Noh Hujan and the gang ! Wohooo... Excited sangat dapat tengok mereka secara real.

Program 1M4U yang berlangsung di Taman Medan turut dihadiri oleh ikon belia iaitu Michael Teoh, Lisa Surihani, Altimet dan Noh Hujan.

Kiut betul lisa sughihani nie. Nampak flawless gitu muka dia.

tak sempat nak ambik gambar Noh Hujan. Cilok kat tv kejap. hihi

Part yang paling menyeronokkan sekali, sudah semestinyalah persembahan daripada para artis kan? Rasa seronok sesangat dapat ikut serta persembahan secara live daripada artis baru, Jamilah. Selain itu, ada juga Shiha Mentor, Black Mentor dan RJ.  


Keadaan di pentas semakin kecoh dengan kemunculan Nabil dan juga Angah Raja Lawak. Nabil datang dengan menaiki motor superbike weh. 


Seriously, memang tak kering gusi lah kita orang di sana dengan keletah dan lawak daripada mereka. Setiap kali ada budak yang menangis kerana terpisah daripada ibu bapa, mereka bawa budak tu ke pentas. Lalu, lagu Bersamamu TV3 dimainkan dan bermulalah aksi sedih mereka bercerita mengenai "nasib budak kecil itu". kehkeh nakal betul !

Nabil dan angah turut memeriahkan program 1M4U dengan mendendangkan lagu Kehilangan daripada Firman. Selain menganjurkan pertandingan joget ala-ala gangnam style mengikut pilihan kuda masing-masing, di mana penyertaan terbuka khas untuk makcik-makcik.  Ada kuda dangdut, kuda bollywood dan macam-macam lagi.

Dan pemenangnya...

stylo habis kan nenek nie !

Acara program diakhiri dengan cabutan bertuah dan malangnya Mieya antara makhluk yang tak bertuah pada hari itu. tsk tsk~


Melepas sudah

Assalamualaikum wbt :)

Konon-konon, plan dari rumah sebelum bergerak pergi ke program My Beautiful Malaysia. Mieya nak pulun melepak dengan para retisss yang ada. Agak-agak kalau dapat bergambar sepuloh dua sebagai kenang-kenangan pon dah kira menggumbirakan hati seorang Mieya.

Lagi riak ditambah takbur bila gambar tersebut di-upload ke facebook. Errr... lagi lah. muahaha *gelak jahat

Tapi tuntasnya...
kawasan parking kereta SMK Taman Medan

Mieya nie seorang yang penyegan dan pemalu tak bertempat orangnya. haha habis punah segala-gala harapan dan impian daku yang tinggi melambung.

Hanya mampu melihat dan memerhatikan sahaja Altimet dan Noh Hujan dari jarak yang agak dekat lah jugak. Sambil dalam diam, gambar secara curi-curi diambil. hekhek

Kira okey lah tu daripada takde langsung. Ye dak? haha lol, apalah Mieya nie -.-"