Mieya harap korang tak mengalami rabun yang mencabari minat nak membaca. Sedangkan mata yang melihat lagi nak mengalirkan air mata, inikan pula hati..tak sanggup rasanya menahan rasa sayu.
Kisah si ibu kucing menyelamatkan anaknya dalam kebakaran nie, benar-benar menyentuh segenap ruang di hati Mieya walaupun mengikut sumber cerita ini dah lama berlaku.
Scarlett. Itulah nama bagi seekor ibu kucing yang amat berani, penuh kasih sayang dan sanggup menghadapi pelbagai kemungkinan. Berbulu Calico, ia pernah menjadi tajuk perbualan utama seluruh dunia dalam insiden menyelamatkan lima ekor anak-anaknya daripada dijilat api kebakaran di tempat tinggalnya.
Mengimbau kembali kejadian ngeri itu,
Scarlett tinggal di dalam garaj di Brooklyn bersama anak-anaknya. Ketika kebakaran itu berlaku, tiada ahli keluarga tuannya yang berada di rumah kerana mereka semuanya keluar bekerja. Setelah api dipadamkan, anggota bomba dapat melihat kucing itu dengan perlahan-lahan membawa anak-anaknya berusia empat minggu dari bangunan yang telah rentung, hangus dijilat api.
Keadaan Scarlett yang hangus teruk sangat menyayat hati mata yang memandang. Dalam keadaan telinganya yang terbakar, matanya yang melecur serta melekat dengan hidungnya, dengan penuh kasih sayang dia menyusun anak-anaknya seekor demi seekor agar selamat walaupun keadaan dirinya amat kritikal. Setelah memastikan kesemua anaknya selamat, ia rebah menyembah bumi lalu pengsan tidak sedarkan diri.
Ahli bomba David Giannelli mengambil kesemua kucing-kucing itu untuk dirawat. Akhirnya, setelah dirawat, Scarlett kembali sihat. Namun, parut di muka dan badannya tidak dapat dihilangkan. Selepas daripada itu, Scarlett dan anak-anak diambil semula oleh tuannya untuk dijaga.
Kini Scarlett telah tiada. Kejadian yang berlaku pada tahun 1996 banyak memberi pengajaran kepada kita tentang erti pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu walaupun ia hanya seekor haiwan.
Sedangkan kucing makhluk yang tak berakal pun begitu sayang sama anak-anaknya, ini kan manusia. Seharusnya, manusia yang membuang, membunuh serta mendera anak mereka patut merasa malu kepada kamu! Kamu hanyalah seekor haiwan namun hatimu lebih mulia dari manusia yang ramai berperangai seperti syaitan.
Nauzubillah. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan tauladan kepada kita semua.
26 comments:
sedih btl tgk kucing tu..:(
sedihnya...
Binatang pun tahu sayang kan anak...
ena lebih tabik dengan binatang dari manusia.... manusia sekarang lebih teruk dari binatang... ada otak, tapi tak reti nak guna... memang tabik dengan scarlet ni.....
ooo..yg ni..ada ternampk kat fb...tahun 1996....mmg tinggi smgat juang ibu kucing tu... T_T
apsal meleleh plak airmata ni?ishh!! baca cerita sedih la nih!..
Touching...huhuhu...
sedih :'(
huwarrr ;) sedih kak mieya. nak nangis :'(
SEDANGKAN HAIWAN ADA KASIH SYG MCM TU APATAH LG MANUSIA KAN..TP MMG X TAU LA SPESIS JENIS APA MANUSIA YG SANGGUP BUNUH BABY..NAUZUBILLAH
YaAllah...sedihnyaaa..!
Tak sanggup nak tgk pic tu mieya..
Sedangkan kucing sayngkan anaknya apatah lg kita manusia.
Mmg trsentuh hati tgk pengorbanan Ibu kucing
ada trbaca kisah ni kat facebook....sedangkan haiwan yg tak da akal pun syg kat anak2...ni kan pula manusia yg diberi akal utk brfikir...=)
@Zumie Memang sedih sangat.
@umi alya Sedih sangat-sangat. Betapa besarnya pengorbanan si ibu kucing dalam melindungi anak-anaknya.
@azievee Ya. Sepatutnya, kita perlu ada rasa malu terhadap haiwan. Mereka begitu menyayangi anak-anak mereka, Manusia pulak sebaliknya. Masyaallah.
@✿A I N A A✿ Betul tu ena.
@ayut Mieya paling sedih tengok keadaan kucing tu.
@Noor Moga-moga, kita semua memperoleh iktibar daripada kisah ini.
@Fiza Rahman Sama lah dengan kita. :'(
@Izzah Shahidan Memang sedih dan menyayat hati tengok keadaan ibu kucing tu kan?
@Aina Areen *kasi bahu. Nangis lah. Semoga cerita ini memberi nilai yang berguna kepada kita semua.
@Bui Junaidi Betul tu kak.
@Cik Nur Mieya pon cuma tengok sekerat je Cik Nur. Tak berani.
@Myra Jay Betul tu. Sesiapa sahaja akan tersentuh hati.
@eimah siti Itu lah. Dunia di akhir zaman. Manusia bertopengkan syaitan.
Post a Comment