02.02.2013

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia Nya, Mieya masih lagi bernyawa pagi ini. Masih lagi berkesempatan meraikan ulang tahun yang ke 19. Masih mampu menghirup udara segar ciptaan Allah SWT. Alhamdulillah.


Terima kasih YA ALLAH, untuk ketawa, menangis, pahit, manis, sepi, gembira dan segala kemudahan/kesenangan yang telah Engkau berikan.

Terima kasih KELUARGA kerana mengajar bagaimana untuk menjalani hidup yang penuh dengan cabaran, onak duri. Sentiasa ada disisi di saat diri ini lemah longlai untuk melangkah. Sentiasa hadir untuk memberi sokongan dan kata-kata semangat.

Terima kasih KAWAN-KAWAN. Kalian membantu diri ini bangkit dengan nasihat dan semangat walaupun terkadang memaksa diri ini untuk bangkit dengan tamparan.

Terima kasih atas doa dan ucapan selamat hari lahir daripada kalian. Semoga ALLAH kabulkan dan semoga ALLAH merahmati kalian semua. Sekali lagi, selamat hari lahir untuk diri sendiri dan semua yang lahir dalam bulan November.

♥ Semoga Mieya semakin kuat melangkah dan meneruskan kehidupan yang semakin mencabar dengan usia yang baru. Semoga semuanya adalah yang terindah dan terbaik dalam hidup Mieya.♥



Selamat hari jadi untuk diri sendiri. Nampaknya tahun ini merupakan tahun terakhir pegang angka belasan tahun, tahun depan dah upgrade 2 series. heheh 

Memandangkan entri kali ini mengenai birthday. Jadi, kepada yang sambut birthday hari ni, diucapkan selamat menyambut hari lahir. Kita mungkin berkongsi bintang yang sama, tapi belum tentu punya rasa yang sama, kan?


22 comments:

Umialya said...

Selamat Hari Lahir Mieya.. alamakkkkkk terlupa nak wish pagi2

teratai said...

Gunakan masa mudamu untuk perkara berfaedah n diredhai Allah.

✿INA AINAA✿ said...

Alhamdulillah.. selamat hari jadi syg... may Allah bless u and ur family.. wahh.. dah besau dah dia.. tahun terakhir bergelar teenanger.. hikhik

Anonymous said...

Happy birthday yang ke-19 tahun Mieya Atiera ;D

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu :)

TiranaAduka said...

cam ner nak ucapkan ni.kalat meiya delete semua komen.adoi.

Miss N™ said...

Selamat Ulangtahun kelahiran Mieyaa..!

Moga dipanjangkan usia di murahkan rezeki dan sentiasa dirahmati ALLAH selalu.....

Unknown said...

HEPI BIRTHDAY DIK..MUDANYA..SEMOGA TERCAPAI SEGALA IMPIAN DAN HARAPAN K..AMIN

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

happy besday..moga panjang umur murah rezeki selalu

nursuriani said...

selamat hari lahir sayang :) semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki! dan mendapat apa yang diimpikan amin! :)

Unknown said...

@umi alya Takpe kak. Btw, terima kasih ye :)

Unknown said...

@teratai In shaa Allah.

Unknown said...

@✿A I N A A✿ Thanks sis.

Unknown said...

@Sally Yatiey Terima kasih babe :)

Unknown said...

@TiranaAduka Mana ada Mieya delete. Cuma lewat sikit mempublish je.

Unknown said...

@Cik Nur Terima kasih Cik Nur :)

Unknown said...

@Bui Junaidi Amin. Mudah-mudahan ye kak.

Unknown said...

@NoEn Terima kasih kak.

Unknown said...

@Wanieys a.k.a IbuQalief Terima kasih kak.

mummyrinazone beauty said...

lah tertinggal nie takper nak ucap gak..hepi belated besday mia..semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat..sentiasa jadi hamba Allah yang terbaik..jaga maruah diri n keluarga..semoga dikekalkan kesihatan yang baik dan kehidupan dunia dan akhirat yang terbaik juga..jgn lupa selalu bergantung pada Allah memohon untuk taufik dan hidayatnya=)semoga panjang umur dan murah rezki..dan diberi kebahagiaan berkekalan dunia dan akhirat..amin

Unknown said...

@wan nurul hezrina abd halim Aminnn ya rabb. Btw, terima kasih kak.

ayut said...

alamak..tlpas sudah..happy belated birthday Mieya..moga menjadi insan yg bjya dunia akhirat..amin

Unknown said...

@ayut Inshaallah, terima kasih ye sis :)