Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Perkongsian Jumaat #12| Nasihat Ibn Qayyim

Assalamualaikum wbt dan salam Jumaat semua :)

Sempena dengan hari Jumaat yang mulia ini. Eloklah jika kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain ye. Jadi kali ini, Mieya nak kongsikan tentang Nasihat Ibn Qayyim bersama para pembaca sekalian :)

Siapakah Ibn Qayyim?

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah ialah seorang tokoh ilmuan Islam yang terkenal. Buku-buku beliau pada hari ini telah banyak diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia. Beliau ialah Sham al-Din Abu Abd Allah, Muhammad bin Abi Bakr bin Ayyub bin Sa’d bin Hariz al-Zar‘i al-Dimasyqi. Dikenali dengan panggilan Ibn Qayyim al-Jauziyyah. 

Gelaran al-Jauziyyah itu berkaitan dengan pusat pengajian yang dibangunkan oleh Yusuf bin ‘Abd a-Rahman al-Jauzi (meninggal 656H) yang mana bapa Ibn al-Qayyim menjadi pengurusnya. Dilahirkan pada 7hb Safar pada tahun 691H di sebuah kampung sekitar 55 mil (batu dalam kiraan dahulu) dari Bandar Damsyik.
Sumber : Dr. Maza

Ibn Qayyim pernah berkata :

1- Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai
kecuali menerima kehendak Allah SWT.

2- Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang
kecuali berjinak dengan dengan Allah SWT.

3- Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang
kecuali seronok mengenali Allah SWT.

4- Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai
kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.

5- Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam
kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya
serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

6- Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung
kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

7- Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. .

8- Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia
masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.


Mensyukuri nikmat mata

Assalamualaikum wbt kalian :)

Manusia dianugerahkan nikmat pancaindera oleh Allah S.W.T, iaitu mata. Seharusnya dengan nikmat yang diberi ini, kita perlu bersyukur dan berusaha memeliharanya sebaik mungkin. 

Sepasang mata itu berkerja bersama-sama untuk menghasilkan satu imej yang kita lihat di dalam otak kita. Tapi berapa ramai yang mensyukuri nikmat mata ini? Berapa ramai apabila melihat keindahan ciptaan tuhan, Allah SWT  kemudiannya mengucapkan Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Semoga kita digolongkan didalam golongan yang mensyukuri nikmat penglihatan.


Gunakanlah nikmat mata yang diberi untuk melihat keindahan dan ketenangan alam ciptaan Allah. Lihatlah kejadian dunia yang penuh dengan keajaiban. Sudah tentu, kita pasti terpegun dengan kekuasaan Allah s.w.t atas kebijaksanaanNya menjadikan dunia ini. 


Alhamdullillah..syukur, kita masih hidup dan bernafas serta masih mampu melihat pemandangan yang indah seperti ini..








Bersyukurlah atas segala nikmat yang dikurniakan-Nya :)


10 Perkara Perlu Buat Selepas Bangun Tidur

Assalamualaikum semua :)

Selamat pagi. Korang semua bangun dengan selamat kah? ke masih lagi dibayangi dengan mimpi buruk semalam? Astaghfirullah, mohon dijauhkan lah ye.

Baiklah. Sebelum memulakan hari-hari korang dengan bermacam jenis aktiviti.. Apa kata kalau kita amalkan

Sunnah Rasulullah SAW Ketika Bangun Daripada Tidur
Mengamalkan sunnah bukan untuk membangga diri mahupun menunjuk-nunjuk tetapi  keperluan terhadap pengamalannya. Di kesempatan ini marilah kita mengamalkan sunah Rasulullah S.A.W sedaya yang mampu.

1. Menyapu kesan-kesan tidur di muka dengan tangan.

2. Membaca doa bangun Tidur

3. Bersugi



7 Perkara Yang Perlu Dilakukan Ketika Bangun Pagi. 

1. Bersyukur
Bersyukurlah kerana kita masih diberi peluang untuk meneruskan hidup. Di mana kita juga masih diberi kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Mulakan Dengan Bismillah
Setiap perkara yang kita ingin / akan lakukan, mulakanlah dengan Bismillah. Insya allah segala urusan akan dipermudahkan OlehNya.

3. Motivasi diri
Pasang niat dalam hati kita supaya kekal bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

4. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi atau Tazkirah di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3. Luangkan masa 5-10 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ini.


5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Apa yang pasti.. Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup kita ibarat dalam satu bulatan, situ-situ saja. pi mai pi mai, tang tu jugak. Tiada perubahan.

Apa kata mulai hari ini, kita ubah sikap masing-masing. Set target apa yang korang mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
( warna hijau baik untuk menajamkan mata )

7. Isikan Hati Dengan Kemaafan

Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang di waktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sehinggalah sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ini bersarang di hati (walaupun sedikit), lama kelamaan hati kita boleh mati. 
Kesannya, kita akan jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, kita boleh jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda. Bahaya kan?



Cinta Tanpa Keikhlasan

Assalamualaikum wbt :)

Lumrah hidup manusia di dunia ini,tidak akan pernah terlepas dari namanya CINTA. Setiap insan ingin dirinya disayangi, dicintai dan diberi sepenuh perhatian. Tanpa cinta, mungkin kita tidak akan merasakan betapa indahnya dunia ini. Yang ada cuma lah rasa sunyi bila hidup bersendirian.

Kumpulan Lestari mengatakan bahawa Cinta itu ketawa dan air mata. Di mana ada pahit dan juga manis dalam menjalin hubungan percintaan. Adakalanya cinta yang dinikmati tidak sama seperti yang diharapkan. Ada yang bercinta sehingga sanggup serah segalanya, asyik berkepit siang dan malam macam belangkas  tapi akhirnya putus jua.

Agaknya, apakah kesilapan-kesilapan yang biasanya wujud dalam sesebuah hubungan cinta? Adakah disebabkan cinta tanpa keikhlasan? Mulut mengatakan sayang, tapi di hati menafikan rasa itu. Macam mana tu? Atau mungkin sebab...




Cinta Materialistik - Ada orang yang bercinta kerana harta dan wang ringgit. Tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan, mereka dikenali sebagai hidung belang.
Selagi kita berduit, si dia akan sentiasa disisi. Tapi bila dah pokai... hmm, jangan kata nak jumpa, call tanya khabar pun tidak. Mereka akan tinggalkan pasangannya terkapai-kapai seorang diri. Dah nampak sangat dia sayangkan kita sebab poket kita yang penuh.
Cinta Kerana Nafsu- Memang banyak terjadi cinta yang sebegini rupa, terutamanya bagi pasangan yang masih muda atau masih di bangku sekolah.Selalunya perempuan lah yang menjadi mangsa. Mangsa ini terdiri daripada perempuan yang mudah terpengaruh dengan pujuk rayu dan sedikit kemewahan yang dijanjikan.
Luah rasa cinta..rasa sayang, semata-mata nak menikmati tubuhnya. Tidak hairanlah jika ramai di kalangan pelajar sekolah yang mengandung di usia muda. And then, menimbulkan gejalan pembuangan bayi.
Cinta Kerana Usia Sudah Menjelang Senja- Usia dah makin meningkat, takut di gelar andartu atau bujang terlajak. Siapa yang di depan mata terus dia rembat. Walhal dalam hati langsung takde feel pun. Mereka langsung tidak memikirkan dan menilai pasangan mereka. Tapi dah terpaksa sebab takut expiry date dia dah dekat. 
Cinta Balas Budi- Selama ini, mereka asyik bergantung segala-galanya pada si dia. Kadang-kadang lelaki juga mengambil kesempatan dengan keadaan ini. Mereka menghulurkan bantuan yang tidak mampu dibalas oleh wanita. Wanita akan merasa terhutang budi dan menerima lamaran cinta. Last-last terpaksa mengadai badan sebab dah tak mampu nak balas budi. Dalam hati langsung tiada rasa cinta tapi terpaksa juga berkorban. 
Ada juga lelaki berbudi kepada keluarga perempuan tersebut. Maka, keluarga rasa terhutang budi dan akan memenuhi apa sahaja permintaan lelaki. Akhirnya perempuan itu menjadi galang ganti. Sengsaranya hati.
Cinta Simpati- Jauh bezanya antara rasa kesian dan rasa cinta. Jangan sebab asyik melayan ‘drama’ si dia sehingga akhirnya kita terpaksa jadi 'pak sanggup' pula.

Kadang-kadang, kesilapan-kesilapan sebegini lah yang menyebabkan sesuatu perhubungan itu tidak bertahan lama. Cinta yang lahir kerana keterpaksaan.
Bukankah lebih bahagia seandainya kita lebih ikhlas mencintai seseorang?
Credit to : Puteri :)

Tiga "Ta" yang Boleh Menjatuhkan Umat

Assalamualaikum wbt dan salam Jumaat buat semua :)

Sedang blogwalking dari satu blog ke satu blog ni. Mieya terbaca satu artikel di blog rakan blogger ni. Artikel tersebut bertajuk, Tiga “Ta” yang Boleh Menghancurkan Umat.

Tahukah anda, apakah maksud di sebalik tiga "Ta" yang boleh menjatuhkan umat manusia, khususnya umat Islam?

Tiga "Ta" tersebut merupakan singkatan suku kata daripada tiga faktor utama yang mana boleh menghancurkan saudara Islam kita sendiri. Tiga Ta yang dimaksudkan ialah :




Takhta
Korang boleh tafsirkan maksud takhta itu dari pelbagai sudut. Lazimnya jawatan atau status teragung dikalangan persatuan atau masyarakat. Di negara kita juga tidak lari dari konsep takhta ini kan? Kalau diberi peluang ramai yang gaduh tarik rambut kot nak jadi pemimpin atau dapatkan jawatan tertinggi. Nasib peluang itu bukan sembarangan. Sekarang ni gelaran Dato’ juga boleh dibeli dengan wang ringgit ape..

Wanita
Oh wanita merupakan umpan kepada lelaki. Wanita dapat menghancurkan kekalutan dunia? Wanita juga membinasakan seseorang lelaki itu. Faktor yang dapat melemahkan lelaki sudah tentulah wanita. Kerana wanita dapat menggugat kehebatan benteng seorang lelaki lebih-lebih lagi si pemimpin. Sekuat mana iman dan darjat pun adanya wanita, pasti goyang derr...

Harta
Masyarakat akhir zaman lebih mengutamakan harta dunia berbanding amalan berharga yang dapat dibawa ke akhirat. Berlumba-lumba sedangkan nikmat itu hanya sementara. Tidak kira saudara atau sahabat karib, kalau terdesak pasti mereka menjadi korban. Dunia sekarang tipu-menipu duit orang lagi cepat kaya, ye tak...
Sumber artikel : dearxila


Kebaikan yang Tak Dihargai

Assalamualaikum wbt kalian. Selamat petang :)

Tadi, Mieya terperasan akan seekor kucing bewarna coklat macam teddy bear tu. Lalu-lalang depan rumah Mieya tanpa hala tuju.

Terus Mieya bertanya kepada adik Mieya, kucing siapa nie yang berbulu kembang ni? Dah lah comel lain macam, ada jugak yang kena culik kejap lagi. hahaha

"Ooo... itu kucing jiran sebelah, mungkin terlepas kot." balas adik Mieya.

Mieya perhatikan kucing tu dari jauh, macam kekok pon ada. Jalan terkengkang-kengkang macam Gangnam Style kat lopak air. Lucu pon ada melihat keletah kucing tu.

Memandangkan tuan punya kucing bekerja. So, Mieya bercadang untuk menjaganya sekejap. Ye lah, kalau hilang kang, risau menangis pulak tuan punya kucing tu. And then, Mieya perasan abang beliau ada kat rumah. Lantas, Mieya kembalikan semula kucing berkenaan. Lalu dibawa masuk terus ke dalam rumah.


Tak lama kemudian, Mieya perasan yang kucing tu berkeliaran balik kat luar rumah. Untuk makluman, kucing ini memang tak pernah keluar dari rumah sebelum ini. Biasa lah, kucing peliharaan kan. Lainlah kalau kucing terbiar.

Mieya berulang kali cuba menangkap kucing tu. Dan akhirnya berjaya jugak. Dah lah lembut semacam, payah nak tangkap tahu tak. And at last, Mieya kurung kucing tu kat dalam bakul sementara menunggu tuannya pulang.

Sekembalinya tuan punya kucing tu ke rumah, Mieya memaklumkan kepadanya yang kucing kesayangannya tu ada kat depan rumah. Tanpa menoleh, dia mengambil kucingnya lalu terus dibawa masuk. Mieya terkedu. Dah lah orang dah tolong jagakan. Boleh pulak dia bersikap macam tu je?

Ya. Memang dalam kehidupan sehari-hari, kita dituntut untuk melakukan kebaikan. Tak kira lah walau sekecil kuman mahupun sebesar gajah sekalipun. Yang penting, lakukan lah dengan penuh keikhlasan.

Sungguhpun demikian, Mieya takde lah nak mengharapkan sebarang pembalasan ke apa. But at least, ucapan terima kasih pon dah cukup memadai sebagai tanda pertolongan yang kita hulurkan itu dihargai.

Lagipun, bukannya susah sangat nak ucapkan terima kasih. Tak kena bayar pon kan? Hmmm..




Tidurlah Awal

Assalamualaikum wbt :)

Ramai di kalangan kita yang gemar tidur lewat. Ada yang kadangkala tidak tidur langsung seharian. Bukan itu sahaja, malah ada juga yang hidup seperti kelawar atau burung hantu. Contohnya :


Paginya tidur, bangun pukul 1 petang, dan berjaga terus hingga pukul 6 pagi. Pukul 6 pagi, sambung tidur balik.

Gejala tidur lewat ini sering berlaku pada golongan mahasiswa, mahasiswi, dan pelajar-pelajar. Ramai yang tidur lewat kerana tugasan yang dijalankan pada saat-saat akhir. Nak tak nak, kena lah tidur lewat. Ada juga yang sibuk melayan game sampai  tak mengira waktu.

Sebenarnya, kita harus ingat, yang diri kita ini bukannya robot. Tub badan kita memerlukan rehat yang secukupnya. Tidur yang cukup boleh memberikan tenaga yang mencukupi kepada badan kita. Malah tidur yang cukup boleh menyegarkan badan dan otak. Jika tidur tak cukup, otak boleh jadi "burn-out" dan lama kelamaan boleh berhalusinasi sendiri[jadi gila jawabnya]




Sebab itu, kalau boleh tidurlah minimum 6 jam dan maksimum 8 jam. Janganlah lebih dan jangan pula kurang. Sebab badan kita perlukan rehat yang cukup. Info selanjutnya, klik sini :)

Dan semolek-moleknya ikutlah nasihat daripada Imam Al-Ghazali. 

Imam Al-Ghazali mengatakan kita perlu tidur malam selepas Isyak kecuali 6 orang iaitu:

  1. Orang yang bermuzakarah Ilmu
  2. Orang yang ziarah orang sakit
  3. Orang yang melayani tetamu di rumahnya
  4. Orang yang ada perbincangan dengan kerjayanya
  5. Orang yang menghafaz dan membaca Al-Quran
  6. Orang yang menjaga mashalah orang kampungnya

Kalau tak tergolong dalam 6 orang di atas, jangan gatal-gatal tidur lewat ye. Dan, jangan lupa baca doa sebelum tidur :)






Pesan Rasulullah Sebelum Tidur

Assalamualaikum wbt :)



SEBELUM tidur, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah :
“Ya Aisyah, jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu :
1.     Khatam Al-Quran
2.     Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat
3.     Membuatkan para muslim meredhai kamu
4.     Melaksanakan ibadat haji dan umrah.

Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?”

Rasulullah tersenyum sambil bersabda :
“Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kepadamu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)” - MAFHUM DARI HADIS


P/s : Ketahuilah kalian siapa sahaja dari umat Rasulullah S.A.W yang berupaya untuk sentiasa mengikuti dan mentaati Rasulullah S.A.W dengan ikhlas serta menjadikannya sebagai contoh dalam kehidupan sehari-hari, maka sungguh ia akan mendapatkan sekian banyak keutamaan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.


Petua Untuk Hindarkan Sifat Pelupa

Assalamualaikum wbt dan salam jumaat diucapkan kepada semua pembaca ^^

Manusia, biasanya memang takkan lari daripada menjadi seorang yang pelupa. Konon-kononnya, esok petang nak keluar berjalan-jalan dengan kawan-kawan. Tengok-tengok, tak nampak pon batang hidung dia dari tadi

Konon-kononnya, nak pergi kedai sebab nak borong jajan satu bakul. Tapi, bila dah rambang mata tengok itu ini terus lupa nak beli apa tadi. Haisyy~

Jadi, macam manakah cara untuk mengatasi masalah ini? *tenang-tenang* Antara petua untuk mengelakkan diri terus-terusan menjadi seorang yang pelupa ialah :

  • Jangan makan kepala ikan
  • Jangan makan organ dalaman seperti hati, limpa dll
  • Jangan minum semasa makan
  • Jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
  • Banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dll
  • Banyakkan makan kismis, kurma dan madu
  • Banyakkan makan kekacang
  • Pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
  • Jangan makan sehingga terlalu kenyang

Tapi, macam mana pulak kalau terlupa jawapan atau menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan peperiksaan? Padahal kita dah baca dah point tu, siap hafal bagai. at last terlupa salah satu point. So, macam mana pulak?

Apa kata, kalau korang amalkan dengan membaca :
Doa Terlupa Jawapan
Maksudnya : "Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang dariku.

Doa Ketika Menghadapi Kesukaran
Maksudnya : "Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.



Tips berblogging

Dalam dunia blogging, jika ada blogger nya, maka ada jugalah entrinya. 

Jika entri yang dipublishkan sehangat pisang goreng,
maka hangat jugak lah blognya dengan pembaca yang setia.

Jika si empunya belog glemer, pandai bergaya dll,  maka dia layak digelar retiss.

Jika si cantik dan si kacak hanya menaip sebaris ayat sahaja,
maka tak hairanlah bila banyak komen yang berpusu-pusu tiba.

Jika bilangan follower nya bertambah menjadi beribu riban
maka tidak hairan jika mereka digelar blogger hebat.



Sebagai blogger, pernahkah korang berangan-angan untuk memiliki follower beriban, belog dibaca oleh banyak banyak banyak blogger, blogger lain membuat entri 
pasal korang, berangan dapat earning Nuffnang banyak-banyak, komen entri mencecah ke angka ratus-ratus, bila korang keluar mesti ada yang tegur. PERNAH TAK?


Suatu masa dulu dan mungkin juga sekarang, Mieya pernah. Beracapkali Mieya 
pernah memandang rendah pada belog sendiri. Tapi, walau berbagai-bagai macam
apa pun pandangan negatif yang terkumpul di sanubari. Mieya cuba lupakan.
Semua angan-angan tersebut, Mieya lenyapkan satu persatu.

Mieya perlu kuat. Bangkit daripada terus dibelenggu dengan rasa kegagalan.
Jadi, jangan tanya mengapa Mieya tak pernah berundur walau selangkah pon daripada dunia blogging. Mieya dengan belog umpama pasangan belangkas.
Hanya takdir dan berukband sahaja yang dapat memisahkan pertalian antara kami.

Mieya berbelog adalah sebagai hobi selain menggantikan hobi berkebun yang
sering kali tak menjadi dek kerana sering dimamah oleh sang tikus. Agaknya, tempat yang kurang strategik mungkin. -,-'
Di samping itu, belog juga sebagai tempat tadahan kesedihan dan kegembiraan Mieya dalam menjalani kehidupan seharian.

Semua ini demi kepuasan hati sendiri jugak. sebab tu, Mieya cuba berbelog secara sihat. Menjadikan sesiapa sahaja di muka bumi ini sebagai idola. supaya dapat menikmati kesan yang baik dan positif di kemudian hari. 


Kenapa agaknya Mieya membuat entri sebegini?

Sebab Mieya rasa perlu kot, saling berkongsi pandangan antara satu sama lain. 
Mieya pon macam korang jugak. Menulis entri dalam blog picisan. kurang dikenali, maka kurang jugalah jumlah follower beserta  komentarnya. 


Tapi sekurang-kurangnya, Mieya gigih berusaha. Sentiasa bersangka baik 
dengan usaha kita. Tidak terlalu rakus atau terburu-buru dalam mencapai kejayaan. Sabar dan yakin bahawa rezeki sentiasa berada di mana-mana.

dan akhir sekali, sentiasa bersyukur. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki
hari ini, esok dan seterusnya.

Assalamualaikum dan salam bertemu lagi kawan-kawan :)


Kenapa Perempuan Tergila-gilakan Artis Korea?

Assalamualaikum dan hai semua :)

Actually, kali ni topik kita menjurus kepada suatu persoalan terhadap kaum perempuan khususnya.

Kenapa perempuan minat pada mamat korea?? Ada apa dengan mamat Korea?? Apa yang lebihnya mamat Korea ni berbanding dengan mamat-mamat di Malaysia? Tak cukup sifat ke apa mamat-mamat di Malaysia ni berbanding dengan mamat-mamat Korea tu.

Bukan apa, kalau korang perasan, dah macam-macam perkara berhubung dengan Korea telah menjajah negara kita secara halus. Misalnya, mudah saje. Filem, drama bersiri dan yang paling jelas artis berkumpulan lelaki Korea yang stok-stok macam Shine, Super Junior, Bigbang, 2PM dan Beast. hahaha.

Kenapa la korang wahai kaum perempuan dok terkejar-kejar, terngigau-ngigau, termimpi-mimpi dan tergedik-gedik ngan mamat-mamat Korea ni semua? Hensem sangat ke dorang tu? Kemas sangat ke dorang? Romantik sangat ke dorang sampai kau orang angau habisss?.


Kalau dalam filem dan drama bersiri Korea, mesti la pelakon stok kacak-kacak dan cantik-cantik kan. Kalau muka macam pakcik / makcik jual air jambu dengan pisang goreng kat tepi jalan sape pulak nak tengok kan. Kau orang pon tak tergoda punya lah.

Masalahnye, siap hafal tuw dialog-dialog lakonan diorang. Tau saje mana-mana bahagian tertentu semua. Entah berapa kali lah kau orang dok ulang cerita yang sama. Pastu pulak kalau drama bersiri, paling koman pon ada dalam 20 episod. Setiap 1 episod panjangnya ada la dalam 45 minit. Sanggup tu tahan mata dok tengok drama ni berjam-jam. Sehari pon boleh habis lah semua episod kot. Punya lah gila. Lagi baik lah tengok Jejak Rasul ke dokumentari mengenai geografi ke apa. Ada jugak faedahnya.


Pastu pulak, ada jugak yang menggilai geng-geng cam N’Sync di Korea. Macam-macam kumpulan ada di Korea. Muka macam biasa, stok-stok ala-ala jambu gitu. That’s why perempuan kita sangat suka. Bab-bab yang menyanyi sambil menari tu bukan main lagi. Siap hafal step lagi tu. Menari ramai-ramai. Ikut sangat lah kejadah luar tu. Tak ada faedahnya pon. Buang masa buang tenaga je pon.

Malu pon lagi satu hal bila orang-orang tua tengok, ape kejadah bebudak ni tergedik-gedik, tergonjeng-gonjeng kat tepi jalan. Pelancong yang datang pon tengok dok gelak je dorang dengan aksi dorang yang tak berotak! Tidak ke makin teruk pengaruh dibawa dari Korea ni. Minat melampau ni sampai mengaibkan diri sendiri, keluarga dan Negara kita sendiri. Suka-suka jugak, tengok-tengok jugak tapi jangan la sampai melampau pulak. Bukan dapat apa-apa pon. Lagi la jangan harap nak jumpa atau ngorat ngan mamat-mamat Korea ni. Harapan lah semua tu. Kembali lah kepada alam nyata.