Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Kun Fayakun & Terjemahannya

Assalamualaikum wbt.

Kun Fayakun adalah serangkap ayat Al-Quranyang penuh sarat makna yang berselirat walau kalamNYA sedikit tercatat. Jika diamati secara mendalam, kita boleh mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. 

Apa itu "Kun Fayakun"?

Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia. 

Berikut adalah ayat-ayat 'KUN FAYA KUN' dalam Al Quran:-



Hari ini, kalau tanpa Izin daripada Allah SWT.. Mieya dan abang hampir-hampir sahaja terlibat dalam satu kemalangan ngeri. Sebuah motosikal ditunggangi oleh seorang wanita, telah memintas sebuah kereta satria. Kebetulan, Mieya dan abang menunggang motor di belakang kereta tersebut.

Dan secara tiba-tiba, si penunggang motosikal tersebut membrek secara mengejut. (Padahal depan dia kosong, tak ada apa-apa kenderaan) Si pemandu kereta pon ikut sama menekan emergency brek. Manakala abang Mieya pon turut bertindak sedemikian rupa. Kalau diikutkan... kurang lagi seinci kami berdua hampir-hampir nak melambung di atas kereta tersebut.

Namun, syukur alhamdulillah. Allah masih lagi meyayangi dan melindungi kami berdua. Tiada apa-apa yang berlaku, tiada sebarang kehilangan darah atau nyawa. Cuma Mieya kini agak sedikit trauma, masih lagi terasa bagaimana denyutan jantung yang seakan-akan nak memecah keluar.

Serius, terus terimbau kembali kemalangan yang pernah Mieya alami sewaktu di zaman kanak-kanak dahulu ! Parut di badan masih lagi kekal, apatah lagi parut di hati. Sampai bila-bila akan kekal dalam ingatan Mieya.


Jika Allah  berkehendak bila-bila saja dan dimana-mana saja, tiada tempat berlindung dan tiada tempat bersembunyi dari-Nya.

Sesungguhnya tiada yang mustahil bagi Allah Taala... 

Siapalah kita untuk mempertikaikan kekuasaan dan kehendak Allah!!! 



5 Punca Mata Cepat Letih

Assalamualaikum wbt :)

Ada benda yang nak di kongsi. Mungkin ada setengah dari korang, dah tahu kan. tapi, ini sebagai ingatan dan perkongsian umum buat semua :)

Mungkin sebelum ini ada di kalangan korang sendiri tidak sedar apakah punca-punca yang menyebabkan mata korang cepat berasa letih dan penat.

Antaranya ialah:-

1. Terlalu fokus
Apabila korang melakukan sesuatu perkara yang terlalu fokus seperti membaca, memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata korang sebenarnya akan bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan mata korang akan cepat berasa letih dan mengantuk. Rehatkan mata sebentar dengan melihat tumbuhan hijau sebelum kembali menyambung tugasan.

2. Masalah mata
Mata korang cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan oleh mata yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaan. Korang dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.

3. Sistem pencahayaan yang tidak baik
Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menyebabkan otot 'sphincter' dan 'dilatory' untuk bekerja secara berlebihan. Ini akan menyebabkan mata korang akan berasa cepat letih.

4. Bekerja lebih masa
Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan mata adalah dengan menonton tv, membuka laman-laman sosial, melayari internet, bermain telefon bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan mata korang letih kerana bekerja lebih masa.

5. Jarang berkelip
Tahukah korang bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya akan meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini korang dinasihatkan untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan. Rehatkan mata sebentar pada setiap jam ketika korang sedang melakukan tugas.

Hmmm. Patut lah, kadang-kadang mata nie cepat mengantuk je, rupanya terlalu banyak aktiviti yang telah memaksa mata bekerja lebih masa. Okey, dah tahu apa yang menyebabkan mata cepat letih.


So, lepas nie boleh lah rehat-rehatkan mata sebentar.


Tumit Kaki Pecah dan Cara Mengatasinya

Assalamualaikum wbt :)

Tumit kaki pecah/merekah. Entah.. Mieya sendiri pon tak pasti sejak bila Mieya mengalami masalah ini. Tapi yang pastinya.. masalah ini bermula pada bulan September tahun lalu. But now.. alhamdulillah, dah semakin pulih.

Bila kaki merekah.. its like living in a room with dinding yang dah retak, tak cantik and even rasa tak selamat. Sometimes terasa macam kurang berkeyakinan untuk memakai kasut yang tidak bertutup.


Antara penyebab tumit kaki merekah ialah :


a)   Kulit kaki yang kering

b)   Berdiri terlalu lama
c)   Kasut yang tidak sesuai (Yang terbuka di belakang)
d)   Memakai sandal
e)   Menghidapi Penyakit Kulit



Maka.. Mieya berusaha mencari jalan penyelesaiannya. And google sebagai wadah untuk mencai maklumat. Terdapat pelbagai petua yang boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya :

1. Khaskan sepasang sandal untuk dipakai di dalam rumah.

2. Ambil beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yang berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

3. Gosokkan tumit kaki yang merekah pada permukaan simen yang kasar. Lakukan beberapa kali dalam seminggu. Gosok secara lembut.


4. Jalan atas rumput di awal pagi tanpa memakai kasut atau selipar. 

5. Sapu krim atau losyen sama ada sebelum tidur atau berada dalam air conditioner.

Baik lelaki mahupun wanita, walaupun tumit kaki ini amat jarang dilihat oleh orang lain, namun sekurang-kurangnya kita perlu menjaga kebersihan dan kecantikan kaki kita. Sekurang-kurangnya kita akan dilihat sebagai seorang yang menjaga tentang etika kebersihan kecantikan diri.


Tidurlah Awal

Assalamualaikum wbt :)

Ramai di kalangan kita yang gemar tidur lewat. Ada yang kadangkala tidak tidur langsung seharian. Bukan itu sahaja, malah ada juga yang hidup seperti kelawar atau burung hantu. Contohnya :


Paginya tidur, bangun pukul 1 petang, dan berjaga terus hingga pukul 6 pagi. Pukul 6 pagi, sambung tidur balik.

Gejala tidur lewat ini sering berlaku pada golongan mahasiswa, mahasiswi, dan pelajar-pelajar. Ramai yang tidur lewat kerana tugasan yang dijalankan pada saat-saat akhir. Nak tak nak, kena lah tidur lewat. Ada juga yang sibuk melayan game sampai  tak mengira waktu.

Sebenarnya, kita harus ingat, yang diri kita ini bukannya robot. Tub badan kita memerlukan rehat yang secukupnya. Tidur yang cukup boleh memberikan tenaga yang mencukupi kepada badan kita. Malah tidur yang cukup boleh menyegarkan badan dan otak. Jika tidur tak cukup, otak boleh jadi "burn-out" dan lama kelamaan boleh berhalusinasi sendiri[jadi gila jawabnya]




Sebab itu, kalau boleh tidurlah minimum 6 jam dan maksimum 8 jam. Janganlah lebih dan jangan pula kurang. Sebab badan kita perlukan rehat yang cukup. Info selanjutnya, klik sini :)

Dan semolek-moleknya ikutlah nasihat daripada Imam Al-Ghazali. 

Imam Al-Ghazali mengatakan kita perlu tidur malam selepas Isyak kecuali 6 orang iaitu:

  1. Orang yang bermuzakarah Ilmu
  2. Orang yang ziarah orang sakit
  3. Orang yang melayani tetamu di rumahnya
  4. Orang yang ada perbincangan dengan kerjayanya
  5. Orang yang menghafaz dan membaca Al-Quran
  6. Orang yang menjaga mashalah orang kampungnya

Kalau tak tergolong dalam 6 orang di atas, jangan gatal-gatal tidur lewat ye. Dan, jangan lupa baca doa sebelum tidur :)






Akhirnya, Dah Tahu Nuffnangers yang Berkunjung ke Blog

Assalamualaikum wbt :)

Tengah godek-godek akaun Nuffnang tadi, Mieya tertekan kat gambar Nuffnangers who recently viewed your blog. And then, new tab baru terbuka secara automatiknya. Lalu membawa Mieya terus ke blog si pengintai. 

Terkejut Mieya tau !  hihi tak perasan pulak, bila masa benda ini beroperasi. 



Sebelum ni Mieya main tekan-tekan, tak lut pulak. Kaku disitu. Tapi sekarang ni, dah boleh. Haih, garu kepala

Apa-apa pun, tahniah kepada pihak Nuffnang kerana mengembalikan semula aplikasi ini. Senang sikit nak terjah balik Nuffnangers yang singgah ke blog kita. Lebih-lebih lagi, mereka yang suka baca senyap-senyap tu. Suka betul jadi silent reader di blog Mieya nie.




Jangan selalu tidur terlalu lewat dan bangun lambat. KENAPA?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)

Wah, tajuk entri kali nie. Tak boleh bagi lagi lagi lagi panjang ke Cik Mieya oii?!! hehe, sorry !

Artikel ini adalah ehsan daripada google yang bertajuk "DON'T ALWAYS SLEEP LATE !". Dah tajuk pon bahasa inggeris, sudah semestinya artikel ini sepenuhnya ditulis dalam bahasa inggeris. 

Jadi Mieya telah mengambil sedikit masa untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu supaya kita lebih senang faham. Memandangkan google translator tak banyak membantu, maka Mieya terangkan mengikut kefaham Mieya je lah ye :)

Ingat lagi tak, dulu waktu kita semua kecik-kecik, emak dan abah selalu marah-marah kita. eheh, sebenarnya bukannya marah pon, boleh dianggap sebagai satu teguran dan nasihat.

 "JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT!"

Cuba ingat balik, cuba ingat balik. Mesti ada kan? Kalau tak pun, cikgu-cikgu kat sekolah pun ada juga cakap macam tu. Haa.. Nak tahu KENAPA?

Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.

Punca utama kerosakan hati adalah:
  1. Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
  2. Tidak buang air kecil di pagi hari.
  3. Terlalu banyak makan.
  4. Tidak mengambil sarapan.
  5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
  7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
  8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.

Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastikan tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:
Malam (9pm - 11pm) : adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de-toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan berada dalam suasana yang relaks seperti mendengar muzik

Jika seorang suri rumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam (11pm - 1am) : Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am) : Proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am) : Proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalami batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan menganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am) : Proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am - 9am) : Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang sakit, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. 

Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai ke jam 4 pagi juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh  itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.

“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan”


Bahaya Contact Lens Murah !

Assalamualaikum wbt dan salam pagi buta :)

Ada sesiapa yang menonton Buletin Utama edisi hari Sabtu, 22 September 2012 pada jam 8.00 malam tadi tak? Di mana isu mengenai Bahaya Penggunaan Contact Lens/Kanta Sesentuh murah telah diutarakan.

Pemakaian contact lens ini bukanlah satu isu yang baru kerana trend ini sudah lama diguna pakai oleh sesetengah golongan dari luar negara sana. Dan antara yang paling cepat menular ialah di negara Korea dan Jepun. Di mana, kebanyakan daripada artisnya gemar berekspresi dengan warna mata yang berbeza-beza.


Oleh sebab, wabak demam k-pop dah lama menular di negara kita dengan kumpulan muzik yang pelbagai genre muzik, drama cinta bersiri yang romantik, mahupun style yang bermacam-macam. 

Sehingga membuatkan anak-anak muda sekarang nie dah ramai yang angau atau dalam erti kata ingin kelihatan seperti artis-artis k-pop pujaan mereka. Jadi, tidak mustahil jika mereka sanggup berhabisan wang untuk kelihatan lebih stylo, up-to-date.

Dan salah satu daripada list barangan wajib beli ialah contact lens. Mungkin sebab tertarik dengan warna dan coraknya yang cantik-cantik disamping ada yang dijual dengan harga yang murah.

Tapi tahukah kalian, bukan semua contact lens adalah baik untuk mata? Terdapat sesetengah daripadanya yang mendatangkan kesan mudarat kepada si pemakai seperti mata membengkak, penglihatan bertambah kabur (rabun) dan yang paling parah, boleh menyebabkan buta.

Okey, rasanya... Sebelum nie pon dah ada akhbar-akhbar yang menyiarkan berita mengenai implikasi negatif yang terdapat pada contact lens murah disamping boleh mendatangkan kesan tidak elok pada si pemakainya nie.

Lagipun, di dalam agama Islam juga ada menerangkan mengenai Hukum Memakai Kanta Lekap/Contact Lens. Di mana hukumnya adalah HARUS asalkan tidak mendatangkan mudarat.

P/s : Memakai kanta lekap ini memerlukan penjagaan dan kebersihan yang elok jika tidak dijaga mungkin memang banyak implikasi yang akan kita hadapi. Kebersihan itu yang utamanya dan jika memakai kanta lekap ini pastikan tidak melebihi 8 jam. Sediakanlah spray untuk kanta lekap jika melebihi 8 jam agar mata kita sentiasa segar dan tidak keletihan.


Minuman Sejuk dan Kesannya Terhadap Tubuh Badan

Assalamualaikum and hye guys !

First of all, Mieya nak ucapkan terima kasih pada semua yang sudi membaca blog walaupon tak follow. and most thanks to korang yang memfollow blog mieya nie.. Sayanggg korang semua !

Okay, nie Mieya nak berkongsi sedikit information tentang minuman ais.. yaa, Mieya tahu bahawa anda, anda dan anda sekalian gemar meminum minuman berais bukan?

Jadi, hari ini Mieya nak membuat pengakuan lagi bahawa mieya memang penggemar tegar minuman ais.. Okay, Mieya mention kan lagi sekali.. "penggemar tegar" ye kawan-kawan sekalian.. eh, wujud ke perkataan nie dalam kamus dewan? haha Agak-agak ini pengakuan berani mati yang ke berapa rasanya?




Back to the topic, kepada sesiapa yang suka minum AIS macam mieya nie, artikel ini sangat-sangat bersesuaian untuk anda baca..  Sememangnya sedap minum air berais selepas makan terutamanya tinggal dekat negara yang panas dan lembap sepanjang tahun nie.. Tapi, tidakkah anda tahu bahawa minuman berais ini boleh membawa kesan yang boleh memudaratkan kesihatan kita? Okay, kalau korang belum tahu lagi, mari sini mieya terangkan satu persatu ye..


Ais memang membantu untuk menghilangkan dahaga even masa tu kita tak dahaga sekalipon kita still suka minuman berais sebab menyamankan tekak..   dan bila sebut pasal diet, orang mesti cakap ‘jangan minum air berais, kalau nak cepat kurus!‘ dan ini bukan mitos.. eh, yekew? (Patut lah selama nie berat mieya tak turun-turun !) Tapi, tak pernah dengar pon? BETUL, bila kita minum ais, tambah , tambah dan terus tambah lepas makan memang tak membantu untuk kita turun kan berat badan kita..


Bila kita makan, makanan akan lalu kat oesophagus sebelum sampai ke organ pencernaan yang lain dan akan berehat sebentar di oesophagus.. Lepas makan, kita pulak minum minuman berais dan lemak yang ada dalam makanan tadi akan membeku serta memperlahankan sistem penghadaman kita.. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak terkumpul (lemak tepu) dan kita menjadi semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.. (ehhh, sejak bila mieya jadi pakar dalam bidang Biologi nie? selalunya kat dalam kelas Mieya asyik main-main je kat belakang kelas.. haha, pecah tembelang suda !)


So, selain menggemukkan or susah nak kurus, ais jugak salah satu sebab lain mengapa ramai manusia zaman sekarang mati mengejut akibat serangan sakit jantung.. Sebab itulah kita dinasihatkan agar minum 10 minit selepas makan, jangan makan nasi berulam air.. Kalau kita minum air suam lepas makan, maka ia akan membantu mencairkan lemak-lemak di dalam organ pencernaan kita..


Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama  serangan jantung..  Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa..  Malah 60% penghidap PENYAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.  Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..  Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...


Tapi kan, minum minuman ais pon kadangkala ada kebaikannya jugak tau.. Antaranya :

  • Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
  • Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
  • Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
  • Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
  • Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
  • Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan


So, sekarang macam mana? Adakah korang tetap dengan keputusan korang untuk meminum minuman berais? Tapi kan, tak best lah kalau minum air suam je hari-hari sebabnya Mieya dah terbiasa minum minuman berais nie sejak kecik lagi.. So, ada cara yang terbaik tak untuk mengurangkan minum minuman berais nie?