Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

CPUV ke 30, 31, 32, 33, 34, 35 & 36 Dari Nuffnang 2014

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah, rezeki di awal bulan Oktober 2014. Nuffnang kasi blog Mieya berderet-deret kempen CPUV. Walaupun tak ada lah sebanyak orang lain, tapi Mieya tetap bersyukur. Happy laa jugak bila tengok earning blog bergerak sedikit demi sedikit.



CPUV yang ke 30 tahun ini adalah dari SME Micro Finance, iaitu sebuah program anjuran Maybank untuk pembiayaan mikro PKS atau lebih dikenali sebagai SME Micro Finance. Nak cerita banyak-banyak pon tak boleh, sebab Mieya pon tak gunakan perbankan Maybank. huhuhu

Manakala CPUV ke 31, 32 dan 33, iaitu LAMIDO Digital Campaign yang berfungsi sebagai online mall by LAZADA. Selalunya ramai yang complain nak beli barang online semuanya mahal-mahal belaka harganya. 

Tapi dekat LAMIDO, korang boleh buat pilihan yang bijak sebabnya harga yang ditawarkan bagi seseuatu produk adalah murah-murah weh. Kalau korang ada online shop, nak jadi penjual pon boleh okey! Sambil membeli, sambil menjual. hehehe

CPUV ke 34, 35 dan 36 dari Zurich Insurance Contest. Rasanya ada yang dah tahu kan, Zurich Insurance ni apa. Terkini mereka sedang menganjurkan peraduan Share Your Love Tweak And Win RM3,000 Weekly!” yang berlangsung sehingga 12 Oktober 2014 ni. Haa.. esok lah kan? 

Kalau korang nak share lovely moment korang bersama Zurich Insurance, better join cepat-cepat sebelum terlambat! Mana tahu kalau ada rezeki nak menang kan?

Walau bagaimana pun, lambakan CPUV adalah sama sekali tak menjanjikan earning yang banyak berdasarkan bajet advertiser beriklan di sesebuah blog itu, jumlah trafik yang diterima serta kekerapan iklan yang ditayang keluar.

Btw, alhamdulillah. Meskipun trafik blog ni tak secantik dulu kala, namun Nuffnang masih terus menyokong dengan pemberian CPUV baru. Sabar itu kunci kejayaan!

CPUV Ke 29 Dari Nuffnang 2014

Assalamualaikum wbt :)

Sedar tak sedar, hari ini merupakan last day bagi bulan September 2014. Lagi beberapa bulan lagi sebelum tahun baru bakal menjengah tiba. Ternyata masih banyak cerita yang tak sempat Mieya coretkan di sini gara-gara busy dengan hobi baru.

Walau bagaimana pun,blog Mieya ini masih lagi mendapat tempat untuk menjalankan kempen CPUV terbaru daripada Sime Darby LPGA 2014. Biarpun earning seciput dua sahaja, tapi alhamdulillah tetap bergerak naik sedikit demi sedikit.


Terima kasih Nuffnang, advertiser dan kawan-kawan yang sudi singgah ke mari. Nanti Mieya blogwalking ke blog korang pula ye. hihihi sabar-sabar

CPUV Ke 24, 25, 26, 27 & 28 Dari Nuffnang 2014

Assalamualaikum wbt :)

Dah lama sebenarnya nak update pasal CPUV Nuffnang yang melekat kat blog ini tapi masih belum berkesempatan. Alhamdulillah, melekat 5 CPUV yang masih On Going pada bulan September ini, iaitu :




  • HP PC Demand Gen Digital - Sebuah laptop @ komputer riba keluaran terbaru dari HP. Dengar cerita, banyak kemudahan teknologi yang tinggi telah diterapkan dalam laptop keluaran kali ini bagi memudahkan serta memuaskan hati para pengguna. Layari HP PC Demand Gen Digital untuk ketahui maklumat selanjutnya.
  • Jacob's - Simple Pleasure - Jacob's Malaysia sedang menjalankan Photo Contest di mana anda boleh berkongsi gambar yang menggambarkan detik-detik 'Simple Pleasure' dengan #simplepleasures . Gambar terbaik dengan caption yang paling kreatif akan memenangi hadiah utama, iaitu bekalan produk Jacob selama setahun yang bernilai RM2,400 dan sebuah Mesin Kopi Philips Sacco.
  • Sanofi Lactacyd Phase 2 - Produk kebersihan femenin khas untuk wanita yang memahami bahawa kebersihan feminin adalah penting untuk kekal sihat dan yakin. LACTACYD menghasilkan produk sebagai memenuhi keperluan harian mereka yang inginkan kesegaran dan keselesaan. Boleh klik info lanjut kat sini .

Syukur alhamdulillah, walaupun tak berapa nak aktif berblog beberapa bulan ini (struggling), Nuffnang dan pihak advertiser tetap memberi ruang dan peluang kepada blog Mieya untuk menjalankan kempen iklan mereka. Terima kasih Nuffnang dan juga pihak pengiklan. Tak lupa pada semua yang sudi klik-klik iklan di blog ini thanks uolls. 


CPUV Ke 22 & 23 Dari Nuffnang 2014

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah, pukul 7 pagi Mieya check akaun Nuffnang.. Ada dua CPUV datang menyinggah di blog Mieya ni. Rezeki selepas "mimpi buruk first time bakal kena potong gaji" kot. huhuhu sadisnya rasa T_T

Btw, CPUV Campaign terbaru kali ini adalah daripada iH Media Liese dan Macau Tourism. Sebenarnya, Mieya sendiri pon belum nampak lagi iklan ni di mana-mana. So, tak boleh nak terangkan dengan lebih detail lagi. Kena tunggu iklan tu muncul dulu lah jawabnya.



Actually, Mieya dah tetapkan impian untuk memiliki kereta idaman hati dalam masa 2-3 tahun akan datang. Insha Allah kalau diizinkan-Nya. Plan hujung tahun 2014 untuk mendapatkan lesen memandu, nampaknya sudah semakin menampakkan jalannya. Syukur.

Terima kasih buat kawan kawan yang sudi jengah blog Mieya tinggalkan komen dan menyumbang trafik kat blog.. Tak lupa juga buat advertiser dan Nuffnang yang sudi memilih blog Mieya untuk memaparkan iklan kalian.

CPUV Ke 18, 19, 20 & 21 Dari Nuffnang 2014

Assalamualaikum wbt :)

Wah, sedar tak sedar.. Hari ini sudah masuk hari yang ke-11 kita semua berhari raya. Rasanya masih belum terlambat bagi diri Mieya untuk mengucapkan selamat hari raya, maafkan diri ini sekiranya ada terkasar bahasa atau terlanjur bicara sepanjang berblogging ni.


Rindu benar rasanya nak menaip sebaris dua ayat setelah agak lama menyepikan diri seketika dalam dunia blog ni. Maklum sahaja lah, komitmen kerja yang semakin tinggi serta ketiadaan akses internet di rumah. (last entri pon sebenarnya di'schedule'kan) So bila ada peluang untuk melayari internet di tempat kerja, Mieya akan gunakannya untuk menghupdate blog.

Btw, alhamdulillah kerana blog ini masih diberikan peluang untuk menjalankan CPUV daripada uMobile Prepaid Meal dan Fashion Pitch/Writers Unleashed yang telah dikreditkan baru-baru ini. Manakala, CPUV yang masih berlangsung sehingga ke hari ini daripada Invest Smart Campaign dan Air Asia Go - Korea Sale.

Terima kasih atas kesudian pihak anda memilih blog Mieya untuk memaparkan kempen iklan anda buat tatapan umum. Terima kasih jugak buat Nuffnang dan blogger yang rajin terjah masuk ke blog ni.

Kenapa iklan Nuffnang Tak Keluar?

Assalamualaikum dan salam petang semua :)

Entri kali ini sekadar informasi untuk dikongsi bersama kalian..terutamanya bagi bloggers yang bernaung di bawah syarikat pengiklanan Nuffnang. Mieya cuma nak share maklumat dengan korang semua tentang kenapa iklan Nuffnang sekejap ada dan sekejap tiada. Macam chipsmore pulak, main aci sorok-sorok. heheh

Persoalan ini juga sering bermain-main di minda Mieya, lalu Mieya bertanyakan perihal tersebut pada pihak Nuffnang.


Mieya : Kenapa iklan Nuffnang di blog saya tidak kelihatan? Tidur ke?

Nuffnang : Actually this is normal. When you don't have ads assigned to you for that duration, 
the ad space will minimize itself and only shows 'Ads by Nuffnang' or 'Follow me on NuffnangX'. Don't worry. :)

Actually macam ni.. Pengiklan akan membeli kempen di blog kita dan kempen ini akan berjalan selama tempoh dikehendaki saja. Contoh kalau pengiklan tu beli seminggu so seminggu je la kempen tu ada.

Ohh, masih lagi blurrr? Tak faham ye? Okey.. contoh lain :

Jika pihak pengiklan pilih blog anda untuk kempen mCPM dan dia sasarkan 700 UV (unique visitor) selama seminggu (7 hari)... Ini bermakna, iklan hanya akan muncul untuk 100UV ke blog anda dalam jangka masa sehari.


Misal kata.. iklan tu bermula pada pukul 12.00 tengah malam sampailah pengunjung blog anda mencapai trafik 100UV. So, bila dah cukup 100UV, iklan tu akan stop dengan sendiri. (ini sebagai contoh je)


Alah..Senang cerita, yang biasa orang cakap "iklan awak tidur lah.."
Macam itu juga dengan iklan CPC. 

So, no wonders lah kalau kekadang tu iklan Nuffnang langsung tak memunculkan diri di blog kita.

Tapi.. kalau iklan kat unit Nuffnang tu kosong macam dalam gambar (di atas).. That's something wrong with the coding. Maklumkan segera kepada pihak Nuffnang. And they will help you to solve the problem. :)


CPUV Ke 16 & 17 Dari Nuffnang 2014

Assalamualaikum wbt :)

Terkilan rasanya sebab dah lama tak meluangkan masa berkualiti di blog ini dengan perkongsian ilmu dan pendapat yang bermanfaat sesama manusia di alam maya. Azam untuk kembali konsisten dalam blogging tempoh hari, nampaknya semakin tak berjaya untuk dikecapi.

Walau bagaimana pun, alhamdulillah. Syukur kerana blog Mieya masih lagi mendapat kepercayaan dari para advertiser dan Nuffnang untuk memaparkan kempen iklan mereka di sini. Maybe lepas ni, Mieya akan cuba draft kan sebanyak mana entri yang boleh bagi memastikan blog ini sentiasa hidup.



CPUV Campaign Nuffnang kali ini adalah daripada S&P Food - Coconut Milk Powder dan Kastam Malaysia. Sekaligus menjadikan 4 CPUV yang sedang running di blog Mieya. Hope dapat bertahan lebih lama lagi.

Kalau korang nak tahu, S&P Food - Coconut Milk Powder ni sebenarnya merupakan santan serbuk yang boleh dijadikan sebagai bahan pengganti jika santan kelapa ori tak cukup stok. So far, Mieya sekeluarga belum pernah lagi menggunakan santan ekspres sebegini. Tapi, why not suatu hari nanti Mieya juga boleh cuba gunakannya jika santan kelapa ori kehabisan stok nanti kan?

Pihak Kastam Malaysia kini sedang giat menjalankan kempen Ops Outlet untuk memerangi kegiatan penyeludupan, pengedaran dan penjualan rokok haram di negara kita. Mana-mana perokok atau penjual yang didapati menghisap dan menjual rokok seludup ini boleh dipenjara atau didenda. So, kita selaku masyarakat prihatin haruslah membantu pihak berkuasa dalam membanteras rokok seludup ini daripada terus berleluasa. 

Akhir kata, terima kasih Nuffnang sebab sudi bagi CPUV kempen yang penuh dengan informasi untuk Mieya kongsikan bersama rakan pembaca. Harap boleh terima lebih banyak iklan dari awak lagi (^,^)


CPUV Ke 14 & 15 Dari Nuffnang 2014

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah, ada dua CPUV lagi yang masuk untuk beriklan di blog Mieya ni. Murah rezeki blog ini sejak bertukar ke domain baru. Syukur Ya Rabb.


CPUV yang  ke 14 adalah dari Bulgogi Brothers Korean BBQ. Before ni, tak ada pula nampak CPUV ni masuk. Baru je menyelusup masuk agaknya dalam akaun Nuffnang. Terkejut, tapi tetap bersyukur seadanya.

Kalau korang nak tahu, Bulgogi Brothers ni merupakan restoran makanan kasual Korea yang paling dikenali dengan kelazatan bulgogi. Bulgogi Brothers yang pertama telah dibuka di Gang-Nam yang terletak di selatan Seoul, korea pada tahun 2006 - sebelum Gangnam Style become trendy

Manakala CPUV yang ke 15 datangnya dari Stadium Astro World Cup. Stadium Astro adalah official broadcaster of the FIFA World Cup 2014. Di mana segala informasi terkini mengenai dunia World Cup boleh didapati melalui apps ini seperti complete match schedule, result and live score updates tanpa tertinggal walau satu pun important information on world cup itself. 

So, sekarang ni ada 5 CPUV yang masih 'on going'. Biarpun earning takde lah semeriah dulu, tapi tetap memadai dengan masa yang sedikit Mieya luangkan dengan blog. Terima kasih Nuffnang dan rakan-rakan pembaca sekalian :)


CPUV Ke 13 Dari Nuffnang 2014

Assalamualaikum wbt :)

Tergendala sekejap dengan aktiviti berblogwalking dan mengupdate blog di hujung minggu semalam. Bukan apa, Mieya sibuk meluangkan masa dengan hobi lama Mieya, bercucuk tanam dalam pasu

Kalau ada di kalangan kalian yang ingat, hobi bercucuk tanam ni memang membuatkan Mieya lupa dan leka dengan hal sekeliling. Tiap-tiap petang, biarpun penat baru balik daripada kerja.. Mieya tetap gagahkan diri untuk menyiram semua tumbuhan di halaman rumah. 

Actually, sudah hampir setahun Mieya meninggalkan hobi ini sejak rumah siap diubahsuai dan juga sejak emak Mieya 'accident' hari tu. Sebab tu, terus lupa dengan hobi yang menyihatkan badan ni. hehehe tutup cerita bab gardening dulu.


Alhamdulillah, tadi check Nuffnang rupa-rupanya ada CPUV terbaru; iaitu "Invest Smart Campaign". Syukur sangat-sangat, masih ada rezeki blog Mieya dengan Nuffnang. Sebab tu lah sampai sekarang, i takkan sesekali curang dengan u. Ecehhh!

Terima kasih banyak-banyak kepada Invest Smart Campaign dan Nuffnang yang sudi beriklan di blog Mieya. Tak lupa juga buat rakan-rakan yang selalu meluangkan masa untuk terjah ke blog Mieya ni. Terima kasih.


CPUV Ke 11 dan 12 Dari Nuffnang 2014

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulilah.. Baru sahaja bertukar domain beberapa hari yang lepas, kini melekat pula dua CPUV terbaru daripada Nuffnang. Sebenarnya, sebelum ini blog Mieya kurang mendapat CPUV dari Nuffnang. Mungkin sebab jarang diupdate dengan cerita terkini. 

So, dengan bertukarnya domain yang baru.. secara tak langsung Mieya anggap bahawa pihak Nuffnang akan kategorikan blog ini sebagai blog baru. Tapi tak expect lah berjaya dapat CPUV dalam masa terdekat sebegini. 
Syukur alhamdulillah. Ini lah yang orang kata, rezeki hadir tanpa diduga. 


CPUV Nuffnang yang ke 11 adalah daripada Petronas Primex 95. Dengar-dengar cerita, Petronas kini telah memperkenalkan PETRONAS PRIMAX 95 dengan Advanced Energy Formula dimana ianya lebih menjimatkan minyak sehingga 30% pengurangan petrol dan secara tidak langsung akan menambahkan lagi kadar mileage. 
Wuhuuuu, awesome ! 

Manakala CPUV Nuffnang yang ke 12 adalah daripada Huawei Ascend P7 di mana mereka menjanjikan bahawa smartphone keluaran kali ini sangat-sangat luar biasa. Direka dengan rupa bentuknya yang nipis, ultra mod kuasa penjimatan bateri dan kamera yang berkualiti tinggi, sungguh menakjubkan serta mempunyai kelasnya yang tersendiri.  

Again, Terima kasih diucapkan kepada pihak Nuffnang di atas pemberian CPUV ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan blogger dan pengunjung yang sudi mengisi tabung Nuffnang. 


CPUV Ke 10 Dari Nuffnang 2014

Assalamualaikum wbt , hai semua :)

Alhamdulillah, dapat CPUV yang pertama di awal bulan June 2014 ni. CPUV kali ini datangnya daripada Whisper Mesh & Cotton (PC) di mana baru-baru ini pihak mereka telah mengadakan satu sesi kelas yoga bersama blogger dan para bembaca yang bertuah.

Motifnya, Whisper nak sangat menghargai semua wanita dengan memberikan aktiviti yoga yang menyihatkan tubuh dan menyelesakan walaupun datang bulan. Dengan pad Whisper, korang akan tahu sendiri apa kelainan Whisper yang buatkan Whisper seharusnya menjadi pilihan hati kita semua.


Btw, Terima kasih kepada Nuffnang sebab sudi memberi peluang kepada blog Mieya untuk menjalankan kempen yang best-best dan tak lupa juga kepada rakan blogger yang sudi meluangkan masa untuk membaca di blog Mieya nie.

Love and hugs :)

CPUV Ke 9 Dari Nuffnang 2014

Assalamualaikum wbt dan salam berhujung minggu buat semua :)

Dah lama rasanya blog Mieya tak dikunjungi sebarang CPUV Campaigns from Nuffnang. Maybe sebab kurang aktif berblogging sejak kebelakangan ini.

Walau bagaimanapun, dalam usaha mengembalikan semula semangat blogging.. Pihak advertiser dan Nuffnang telah membuka peluang kepada blog Mieya untuk menjalankan iklan terbaru mereka, iaitu Sanofi Lactacyd April 2014.


Actually, Sanofi Lactacyd ni merupakan antara produk kesihatan wanita yang wajib ada. Tahukah anda, kebanyakan WANITA diluar sana majoritinya tidak mengambil berat tentang kesihatan bahagian Miss V. Kesedaran tersebut hanya akan ada apabila kesakitan melanda.

Sekiranya kebersihan kawasan intim diabaikan, pelbagai jenis jangkitan mudah menyerang seperti kegatalan, berbau serta  keputihan. Justeru, bagi mengelakkan hal sedemikian rupa terjadi, setiap wanita disarankan agar kawasan Miss V dicuci dengan pencuci yang sesuai supaya sebarang jangkitan dapat dielakkan.

cpuv CPUV   Sanofi Lactacyd // Thank you Nuffnang
Bersempena dengan itu, pihak Lactacyd berbesar hati untuk memberikan free sample kepada semua wanita. Caranya mudah sahaja :


  1. Klik pada iklan Lactacyd atau boleh klik link ini
  2. Isi beberapa maklumat yang diperlukan.
  3. Dah siap, hantar dan tunggu sample anda sampai ke rumah nanti


CPUV Ke 7 Dari Nuffnang 2014

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah, rezeki di awal bulan April ini daripada Librese Long Term. Rasanya, mesti ramai di kalangan blogger lain yang dapat CPUV yang sama jugak kan?


Syukurlah Nuffnang dan Libresse, bermurah hati juga untuk menghadiahkan CPUV untuk blog Mieya Atiera ni :)

CPUV Ke 6 Dari Nuffnang 2014

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah.. Dalam sibuk menyiapkan entri untuk di auto-publish kan nanti, tuptup buka akaun Nuffnang.. melekat lagi CPUV terbaru dari Digi - Project Red.

Terima kasih DiGi and Nuffnang kerana masih memilih blog Mieya untuk meletakkan iklan mereka. Ni yang menaikkan lagi mood nak menaip entri-entri baru.


Perkembangan blogging sekarang ni pon, Mieya sedang cuba untuk kembali aktif blogwalking ke blog rakan-rakan semua. Biarpun kehidupan kini agak terumbang-ambing sedikit ekoran kejadian emak terjatuh tempoh hari sekaligus membataskan pergerakan seharian. Ditambah pula dengan skop kerja yang semakin memeningkan saban hari.

Takpe lah, biarkan situasi ini semua menjadi satu cabaran bagi diri Mieya untuk bijak membahagikan masa antara blogging dengan personal life. Insyaallah.

Terima kasih kepada pembaca yang sentiasa setia berkunjung ke teratak blog Mieya Atiera dan juga silent reader. Semoga kita sama-sama dapat memperoleh dan berkongsi ilmu di masa akan datang.


CPUV Ke 5 Dari Nuffnang 2014

Assalamualaikum wbt :)


Alhamdulillah.. Ada jugak rezeki CPUV dari Nuffnang yang muncul bagi bulan March 2014 ni. Tengah menari-nari dengan rancaknya dalam blog Mieya ni.

CPUV kali ini datangnya dari KFC - Zinger Reloaded. Iklan kempen yang dipaparkan adalah dalam bentuk video. Jom lah pakat ramai-ramai tengok apakah menu terbaru yang KFC sajikan kepada semua peminat KFC.

Terima kasih kepada pihak advertiser dan Nuffnang kerana sudi memberi kepercayaan kepada blog budakshumort untuk menyiarkan iklan kalian. Terima kasih juga kepada rakan pembaca yang sudi singgah membaca disini.

CPUV Ketiga dan Keempat Dari Nuffnang 2014

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah dan syukur kepada Ilahi, minggu ini sahaja bermula dengan 3 lagi CPUV dari Nuffnang. Mungkin ini rezeki daripada Nuffnang bersempena dengan bulan kelahiran Mieya, Februari ni.


CPUV Campaigns ketiga datangnya daripada INTI 2014 Cycle 2. Macam biasa, INTI kini membuka peluang untuk anda semua menyambung pelajaran mengikut minat masing-masing. Antaranya :
  • Bachelor of Mass Communication (Hons)
  • Bachelor of Communication & Media Studies (UOW Programme)
  • BA (Hons) in Mass Communications, in collaboration with University of Hertfordshire, UK
  • Diploma in Mass Communication

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai program yang ditawarkan dekat INTI ni, boleh terus layari ke website NewINTI.edu.my

Manakala, CPUV Campaign yang keempat adalah daripada LANEIGE Serum Intense Lipstic. So, kalau you alls masih tercari-cari lipstik yang menjanjikan warna terang dan bersinar cemerlang disamping kekal lembap sepanjang masa



Apa kata kalau you alls try out these Serum Intense Lipstic from Laneige? Its available in a luxurious palette of colours for every personality!

Jadi kalau ternampak iklan yang sebegini sedang menari-nari dekat blog, bolehlah klik. 

Terima kasih Nuffnang kerana sudi membuka peluang kepada blog Mieya untuk berkolaborasi dengan INTI & LANEIGE. :)


CPUV Kedua Dari Nuffnang 2014

Assalamualaikum wbt :)

Setelah hampir sebulan tunggu CPUV dari Nuffnang, akhirnya masuk juga CPUV kedua bagi tahun 2014 untuk blog Mieya.

Alhamdulillah, biarpun kebelakangan ini semakin kurang aktif berblog dek kerana masalah peribadi yang tak mampu dizahirkan melalui kata-kata. Namun begitu, pihak Nuffnang masih bermurah hati dalam memberikan CPUV baru kepada blog Mieya.


CPUV kali ini datangnya daripada IKEA February Sales 2014. Wah, inilah masa yang terbaik bagi kita-kita semua untuk shopping barang-barang kelengkapan rumah seperti pinggan, mangkuk, perhiasan rumah, katil, kabinet dapur dan macam-macam lagi.

Banyak design yang cantik-cantik, moden dan semestinya eksklusif dijual pada harga yang jauh lebih murah berbanding hari-hari biasa. Jangan ketinggalan, cuma di bulan February ini sahaja kita berpeluang untuk menikmati harga sedemikian. Hari-hari biasa, faham-faham je la.. hahaha

Jom lepas ni, ramai-ramai pakat ke IKEA berhampiran rumah anda !

Thank you Nuffnang and IKEA !


CPUV Pertama Dari Nuffnang 2014

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah.. Permulaan yang bagus. Akhirnya, pihak advertiser memberikan CPUV Pertama Nuffnang 2014 kepada blog budakshumort.blogspot.com ini. Terima kasih kepada Taylor's College sebagai advertiser. Jom ramai-ramai ke Taylor's College. hehehe


Ohhh yaaa...! CPUV hujung tahun lepas, masih lagi gagah berjalan di blog Mieya. Walaupon jumlah earning tidak sebanyak mana. Sebab semakin kurang menaip, blogwalking.. hehe maklum lah, busy sikit T_T Tapi kira okey lah tu. Lepas juga buat beli cekelat sekeping dua. haha

Adakah tahun 2014 akan memberikan CPUV yang banyak kepada blog Mieya?

InshaAllah, kalau murah rezeki. Korang pon boleh jugak dapat CPUV nie. Salah satunya, rajin-rajinlah update entri, publish dan ping pada masa yang sesuai. Lagi satu, rajin-rajinkanlah tegur menegur antara sesama blogger. (padahal, Mieya pon dah semakin jarang nak buat camtu)

Peace ^_^


CPUV Ke 31 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt and hello guys !

Baru lepas lunch and kebetulan Manager balik awal hari ini. So ada chance lah nak update entri baru ni.

Alhamdulillah. Tak sangka, masih ada lagi CPUV pemberian daripada Nuffnang di penghujung tahun 2013. Nampaknya sekali lagi Nuffnang bermurah hati untuk menghadiahkan lagi satu CPUV (Cost Per Unique Visit) kepada blog Mieya Atiera. Gembira hati tak terkata alahai, walau apa pun ku tetap bersyukur. Alhamdulillah.


CPUV kali ini datangnya daripada RHB NOW Gadget Frenzy. Kalau nak tahu apa yang ada dalam campaihn kali ini, harus lah klik iklan berkenaan yang sedang berlangsung di blog Mieya ni.

Terima kasih Nuffnang and rakan blogger yang selalu singgah ke blog Mieya. Kepada geng topup, nanti Mieya singgah balas ke blog kalian semua ye. hehe

Insyaallah. target hujung tahun nie nak cash out earning Nuffnang bagi menampung perbelanjaan first giveaway Mieya yang akan datang. Ada yang sudi join ke? takpun tolong sponsor? hehe

So, stay tune everyone !

Untuk maklumat lanjut sila layari web berikut :



CPUV Ke 29 & 30 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt dan salam hujung minggu kepada semua rakan pembaca :)

Minggu ini, Mieya agak sibuk lah jugak memandangkan kerja seorang diri. Rakan sekerja cuti emergency atas sebab menjaga ibunya yang masuk hospital baru-baru ini. Sepatutnya, Mieya masih lagi bercuti berbaki dua hari cuti tahun. Tapi nak buat macam mana kan? Malang tak berbau~

Walau bagaimanapun, alhamdulillah.. Masih lagi diberi kepercayaan oleh pihak Nuffnang dan pihak advertiser untuk menjalankan kempen iklan mereka secara serentak dua unit iklan di blog Mieya.


CPUV ke 29 & 30 adalah daripada INTI Cycle 1 Degree campaign (klik untuk info selanjutnya) serta merupakan CPUV pertama bagi bulan Disember.

So, bagi yang berminat dan berkemampuan untuk further study dalam bidang berkaitan Program Pra Universiti, Engineering, Art & Design, Komputer & IT, Program Law dan Hospitality.. Boleh lah layari laman web mereka dengan hanya klik pada iklan yang berkenaan :)