Showing posts with label tips nuffnang. Show all posts
Showing posts with label tips nuffnang. Show all posts

Kenapa iklan Nuffnang Tak Keluar?

Assalamualaikum dan salam petang semua :)

Entri kali ini sekadar informasi untuk dikongsi bersama kalian..terutamanya bagi bloggers yang bernaung di bawah syarikat pengiklanan Nuffnang. Mieya cuma nak share maklumat dengan korang semua tentang kenapa iklan Nuffnang sekejap ada dan sekejap tiada. Macam chipsmore pulak, main aci sorok-sorok. heheh

Persoalan ini juga sering bermain-main di minda Mieya, lalu Mieya bertanyakan perihal tersebut pada pihak Nuffnang.


Mieya : Kenapa iklan Nuffnang di blog saya tidak kelihatan? Tidur ke?

Nuffnang : Actually this is normal. When you don't have ads assigned to you for that duration, 
the ad space will minimize itself and only shows 'Ads by Nuffnang' or 'Follow me on NuffnangX'. Don't worry. :)

Actually macam ni.. Pengiklan akan membeli kempen di blog kita dan kempen ini akan berjalan selama tempoh dikehendaki saja. Contoh kalau pengiklan tu beli seminggu so seminggu je la kempen tu ada.

Ohh, masih lagi blurrr? Tak faham ye? Okey.. contoh lain :

Jika pihak pengiklan pilih blog anda untuk kempen mCPM dan dia sasarkan 700 UV (unique visitor) selama seminggu (7 hari)... Ini bermakna, iklan hanya akan muncul untuk 100UV ke blog anda dalam jangka masa sehari.


Misal kata.. iklan tu bermula pada pukul 12.00 tengah malam sampailah pengunjung blog anda mencapai trafik 100UV. So, bila dah cukup 100UV, iklan tu akan stop dengan sendiri. (ini sebagai contoh je)


Alah..Senang cerita, yang biasa orang cakap "iklan awak tidur lah.."
Macam itu juga dengan iklan CPC. 

So, no wonders lah kalau kekadang tu iklan Nuffnang langsung tak memunculkan diri di blog kita.

Tapi.. kalau iklan kat unit Nuffnang tu kosong macam dalam gambar (di atas).. That's something wrong with the coding. Maklumkan segera kepada pihak Nuffnang. And they will help you to solve the problem. :)


Penilaian Penempatan Iklan Nuffnang

Assalamualaikum wbt dan salam berhujung minggu semua :)

Terkejut pulak pagi tadi, tetiba sahaja dapat email daripada pihak Nuffnang. Ingatkan nak bagi awards atau mungkin invitation ke apa. Amboi, hebat betul imaginasi di hujung minggu!

Rupa-rupanya sebab nak beritahu keputusan penilaian unit iklan yang telah mereka jalankan. Di mana lokasi penempatan unit iklan Large Rectangle LR adalah tidak memuaskan di blog Mieya Atiera. Katanya iklan Nuffnang perlu diletakkan sama ada di lipatan kedua atau ketiga sahaja.


Mesti ada di kalangan korang yang tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkan dengan "Lipatan" (fold)? Di manakah terletak "Lipatan"? Adakah "Lipatan" itu penting?

Contoh bahagian surat khabar Metro Ahad yang dilipat separuh
Terma "Lipatan (fold)" berasal daripada surat khabar di mana "Lipatan" merujuk kepada bahagian surat khabar yang dilipat separuh. Berita yang "Atas Lipatan(above-the-fold)" merupakan kandungan akhbar yang pertama akan dilihat oleh pengguna, dan biasanya ia merupakan satu-satu berita yang pengguna dapat lihat sebelum membelinya. 

Jadi secara ringkas, definisi "Atas Lipatan" pada laman web online merujuk kepada kawasan apabila halaman sesebuah web dipaparkan tanpa skrol ke tepi atau ke bawah. Kandungan (cerita & iklan) yang terletak di “Atas Lipatan” lebih cenderung untuk dilihat pelawat sekaligus menarik perhatian mereka.

Masih tidak tahu di manakah "Atas Lipatan" laman anda? Anda boleh merujuk kepada laman tersebut. (http://as-abovethefold.appspot.com/)


Praktik terbaik untuk setiap unit iklan adalah seperti yang berikut (atau boleh refer pada gambar di atas) :
  1. Lokasi Leaderboard(LB) : letak "Atas Lipatan".
  2. Lokasi Skyscraper(SS) : diletak tidak lebih daripada Lipatan kedua.
  3. Lokasi Large Rectangular(LR) : diletakkan di
    1. Tengah, tidak lebih daripada lipatan ketiga, atau tidak lebih daripada 60% ketinggian halaman. ATAU
    2. Jika unit iklan tidak terletak di tengah, maka lokasi LR tidah seharusnya lebih daripada Lipatan kedua (ikut num 2).
Jadi sekarang, Mieya dah faham kenapa lokasi Large Rectangle di blog Mieya tidak memuaskan. Rupa-rupanya sebab kandungan halaman blog Mieya melebihi 60% ketinggian halaman.

Hmm, no wonder lah iklan dah jarang menempek masuk ke blog Mieya. Maybe sebab lambakan gambar besar gedabak tu rasanya. Okey, takpe. Lepas ni Mieya akan cuba menyeimbangkan antara kandungan halaman blog Mieya baik dari segi olahan cerita dan juga gambar. atau mungkin kena kecilkan sedikit pixels gambar di blog ni.

P/S : Sedikit perkongsian ilmu buat rakan-rakan semua. Harap lepas ni kita boleh sama-sama memperbaiki kualiti blog masing-masing demi kemudahan pengunjung kita di masa depan.

CPUV Ke 6 Dari Nuffnang 2014

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah.. Dalam sibuk menyiapkan entri untuk di auto-publish kan nanti, tuptup buka akaun Nuffnang.. melekat lagi CPUV terbaru dari Digi - Project Red.

Terima kasih DiGi and Nuffnang kerana masih memilih blog Mieya untuk meletakkan iklan mereka. Ni yang menaikkan lagi mood nak menaip entri-entri baru.


Perkembangan blogging sekarang ni pon, Mieya sedang cuba untuk kembali aktif blogwalking ke blog rakan-rakan semua. Biarpun kehidupan kini agak terumbang-ambing sedikit ekoran kejadian emak terjatuh tempoh hari sekaligus membataskan pergerakan seharian. Ditambah pula dengan skop kerja yang semakin memeningkan saban hari.

Takpe lah, biarkan situasi ini semua menjadi satu cabaran bagi diri Mieya untuk bijak membahagikan masa antara blogging dengan personal life. Insyaallah.

Terima kasih kepada pembaca yang sentiasa setia berkunjung ke teratak blog Mieya Atiera dan juga silent reader. Semoga kita sama-sama dapat memperoleh dan berkongsi ilmu di masa akan datang.


CPUV Ke 5 Dari Nuffnang 2014

Assalamualaikum wbt :)


Alhamdulillah.. Ada jugak rezeki CPUV dari Nuffnang yang muncul bagi bulan March 2014 ni. Tengah menari-nari dengan rancaknya dalam blog Mieya ni.

CPUV kali ini datangnya dari KFC - Zinger Reloaded. Iklan kempen yang dipaparkan adalah dalam bentuk video. Jom lah pakat ramai-ramai tengok apakah menu terbaru yang KFC sajikan kepada semua peminat KFC.

Terima kasih kepada pihak advertiser dan Nuffnang kerana sudi memberi kepercayaan kepada blog budakshumort untuk menyiarkan iklan kalian. Terima kasih juga kepada rakan pembaca yang sudi singgah membaca disini.

CPUV Pertama Dari Nuffnang 2014

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah.. Permulaan yang bagus. Akhirnya, pihak advertiser memberikan CPUV Pertama Nuffnang 2014 kepada blog budakshumort.blogspot.com ini. Terima kasih kepada Taylor's College sebagai advertiser. Jom ramai-ramai ke Taylor's College. hehehe


Ohhh yaaa...! CPUV hujung tahun lepas, masih lagi gagah berjalan di blog Mieya. Walaupon jumlah earning tidak sebanyak mana. Sebab semakin kurang menaip, blogwalking.. hehe maklum lah, busy sikit T_T Tapi kira okey lah tu. Lepas juga buat beli cekelat sekeping dua. haha

Adakah tahun 2014 akan memberikan CPUV yang banyak kepada blog Mieya?

InshaAllah, kalau murah rezeki. Korang pon boleh jugak dapat CPUV nie. Salah satunya, rajin-rajinlah update entri, publish dan ping pada masa yang sesuai. Lagi satu, rajin-rajinkanlah tegur menegur antara sesama blogger. (padahal, Mieya pon dah semakin jarang nak buat camtu)

Peace ^_^


CPUV Ke 27 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt :)

Seperti yang dapat korang lihat dan baca  pada title post kali ini...

Ya, alhamdulillah.. Blog Mieya masih diberi peluang untuk menjalankan CPUV Campaign from Nuffnang. Serius, Mieya ingatkan dah takde rezeki dah (padahal sempat lagi jeling-jeling mata dengan adik Mieya) Jeles okey!

Alhamdulillah, setakat ini masih ada 3 CPUV campaign yang tengah running. Di mana salah satunya, merupakan campaign yang terbaru dari Nuffnang, iaitu THOR 2 GSC Partnership.


Thank you Nuffnang and my fellow readers. You're my sunshine ! Chewah ^_^

Biarpun semakin jarang aktif hari demi hari, tapi insyaallah jikalau berkesempatan.. Mieya pasti akan berkunjung ke blog rakan-rakan semua.


CPUV Ke 26 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt :)

Hari ini, pihak daripada OCBC Bank datang bertandang ke ofis tempat Mieya bekerja bagi memperkenalkan sekaligus mendaftarkan akaun bank bagi kami semua. 

Actually, pihak HR di main company di Penang telah pon sebulat suara memilih OCBC BANK sebagai bank pilihan bagi urusan kewangan para pekerja mereka. 

Seriously, Mieya sangat berpuas hati dengan terms and interest yang ditawarkan sama ada bagi pemegang Akaun Semasa mahupun Akaun Simpanan. Sungguh berbaloi-baloi dan sangat bersesuaian bagi individu yang baru merancang untuk menabung demi masa depan seperti Mieya nie.


Antara keistimewaan bagi pemegang akaun bank OCBC ialah :
  • Higher returns on your savings (Up to 3.00% interest a year on your savings)
  • Everyday conveniences (Access and manage your money)




  • Perform balance enquiries and withdrawals at over 10,000 ATMs nationwide




  • Perform various banking transactions through OCBC dedicated iQ Service Executives at Contact Centre, or via online banking and fax banking.
    • Pay bills& transfer funds online (Greater convenience with online banking)





    • Transfer funds within OCBC or to other banks, with no bank charges
    • Enjoy unlimited free online MEPS IBG transactions
    • Pay for utilities, assessments, telcos, satellite TV and much more

      • ATM Charges (Withdrawal for any other bank)



    • 4 FREE withdrawals per month. For the 5th and other subsequent withdrawals, RM1 will be applied.

    • Btw, selepas sahaja selesai urusan pengenalan dan pendaftaran bersama pihak OCBC bank.. Mieya terus buka Nuffnang, dan syukur alhamdulillah..


      Ada 1 lagi CPUV yang melekat di blog Mieya, iaitu dari Chipsmore (Oct).. Lalu menjadikan 5 CPUV Campaign yang sedang aktif di blog Mieya. Alhamdulillah, maybe rezeki tertinggal beg dompet kelmarin. huhu

      P/S : Tahulah Mieya sekarang nie dah macam chipsmore. Sekejap ada, sekejap takde. Tenggelam timbul tak kira masa. Aisyeh! Diharapkan korang jangan jemu untuk singgah ke blog Mieya selalu :)


      CPUV Ke 25 Dari Nuffnang 2013

      Assalamualaikum wbt semua :)

      Kelmarin, seharian Mieya langsung tak menunjukkan diri sama ada di blog sendiri mahupun di blog rakan-rakan sekalian. Bukannya Mieya berniat nak menyombongkan diri.

      Semuanya gara-gara Mieya diserang sakit perut, cerry-berry, serta demam (panas dalam). Sekali datang lengkap dalam satu pakej, All in One. Dan apa yang paling mengharukan, semua ini berlaku pada waktu bekerja around 1-5 o'clock. (Waktu puncak bagi semua pekerja macam Mieya)

      At last, terpaksa minta bantuan daripada rakan sekerja untuk menyambung kerja sebagai checker. And Mieya, menyepikan diri di pantry. Badan dah menggigil satu badan. Tambah-tambah lagi bila bekerja di bawah air cond. Perghhh Giler.

      Balik rumah, telan panadol and then terus tidur -.-" Btw, alhamdulillah. Kesihatan mula beransur pulih. Cuma perut masih lagi sakit sedikit.


      Buka sahaja dashboard Nuffnang di ofis pagi tadi, terpandang akan kehadiran CPUV Campaign terbaru. Syukur alhamdulillah. Rezeki di awal bulan.

      CPUV Campaign kali ini, iaitu Q3 New Hotlink Plan. Semestinya pengguna setia Hotlink seperti Mieya takkan melepaskan peluang untuk menggunakan segala kemudahan yang diberikan seperti akses Twitter secara percuma, akses internet RM2 untuk kuota 100MB sehari, tukar lagu bagi caller ringtone setiap bulan. hehe.. ini memang aktiviti wajib buat lah.



      CPUV Ke 24 Dari Nuffnang 2013

      Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat rakan pembaca sekalian :)

      Betul-betul tak sangka dan di luar jangkaan Mieya. Setelah hampir sebulan (bulan Ogos lepas) blog Mieya langsung
      tak menerima sebarang CPUV campaign. Tapi sekali pihak Nuffnang bermurah hati nak bagi. Nahhh kau...!!!

      Minggu ini sahaja sudah ada 4 CPUV Campaign yang masuk. Dua daripadanya sudah Credit, manakala
       yang lain masih lagi On Going. Alhamdulillah, rezeki.


      CPUV Campaign kali ini datangnya daripada SENHENG / SEN Q - Plant A Trip. (Klik untuk maklumat lanjut.) Di mana mereka masih mencari 6 pemenang bagi contest "*I Want A Tree In Ulu Segama Sabah*"

      Btw, terima kasih kepada Nuffnang, advertiser dan especially pengunjung blog Mieya semua yang sentiasa menyokong Mieya untuk terus berblog. Love you all ^^


      CPUV Ke 23 Dari Nuffnang 2013

      Assalamulaikum wbt :)


      Alhamdulillah. Ternyata blog Mieya masih diberi peluang oleh pihak Nuffnang dan advertiser untuk menjalankan iklan kempen dari University Of London International Programmes.

      Rasanya, dah dua-tiga tahun berturut-turut blog Mieya terpilih untuk menjalankan iklan dari pihak mereka. Syukur sangat.

      So, kalau nak tahu dengan lebih details mengenai Universiti Of London International Programmes nie, boleh lah klik bila iklan appear kat blog Mieya nanti.

      Btw, terima kasih kepada pihak Nuffnang dan pengiklan kerana sudi memilih blog Mieya untuk menyebarkan maklumat yang berguna berkaitan education nie.


      CPUV Ke 22 Dari Nuffnang 2013

      Assalamualaikum dan hai buat semua rakan pembaca :)

      Setelah hampir sebulan, blog Mieya tidak diberi peluang untuk menjalankan CPUV Campaign. Dan selama sebulan ini lah.. memang blog Mieya agak kurang berhupdate dengan entri-entri yang berinformasi buat semua. Sebab tu kot, pihak Nuffnang langsung tak nak pandang blog kita. tsk joke.

      Tapi hari ini, bila buka sahaja dashboard Nuffnang.. Alhamdulillah. Sungguh tak disangka-sangka apabila blog Mieya ni akhirnya berjaya menerima CPUV yang pertama bagi bulan September.


      CPUV yang ke 22 bagi tahun 2013 ini adalah daripada Olay JAS Bundle. Terima kasih kepada Nuffnang dan advertiser Olay kerana memberi peluang blog Mieya untuk menjalankan iklan mereka.


      Cash Out Nuffnang Kali Ke 5

      Assalamualaikum wbt dan salam Ramadhan yang ke 22 semua :)

      Alhamdulillah.. Segala pujian bagi Allah SWT kerana limpah dan kurnianya dalam memberikan rezeki kepada Mieya. Syukur.

      Setelah hampir dua tahun setengah bernaung di bawah syarikat pengiklanan Nuffnang, iaitu sejak 26 Februari 2011. Akhirnya kini, income cash out dari Nuffnang sudah pon mencecah empat angka. Alhamdulillah, ini lah total income Mieya sepanjang tiga tahun berblog..


      Sememangnya bukan mudah nak capai angka tersebut, semuanya memakan masa yang agak lama. Kena sentiasa berfikiran positif, rajin mengemaskini blog, dan berusaha meningkatkan prestasi blog setiap hari. Dengan begitu, tak mustahil korang juga boleh mendapat income beribu-ribu.

      Walaupun tak pernah lagi dapat jemputan event atau proposed for sponsored post daripada Nuffnang setakat ini. Mungkin belum tiba lagi rezeki Mieya kot. Tapi setakat ini, rezeki dari CPUV Campaign sentiasa ada walau cuma sedikit. Bersyukur seadanya !

      Untung-untung, bila dapat Blogbuster Campaign. Cuma perlu buat satu atau lebih video pendek dalam tempoh 15 saat, submit penyertaan. Dan jika diterima, earning yang masuk pon mampu membuatkan diri sendiri terkesima. Kalau tak percaya, boleh tengok hasil pendapatan Mieya melalui Nuffnang Blogbuster.


      And minggu lepas, ada orang tanya Mieya mengenai tips nak dapat BE. Mungkin ada yang terlepas pandang kot dengan entri Mieya yang lepas. Tapi takpe, korang boleh klik sini untuk mengetahui tips-tips yang Mieya praktikkan selama ini. Rasanya lebih kurang sama sahaja dengan apa yang dikongsikan oleh para blogger yang lain.

      p/s : Actually, Mieya teringin nak buat GA yang menawarkan hadiah berupa barangan pos. Tapi, malangnya Mieya tak reti guna pos. Korang yang pro boleh tolong ajarkan Mieya tak?


      CPUV Ke 18 Dari Nuffnang 2013

      Assalamualaikum wbt :)

      Alhamdulillah.. Syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk menjalankan CPUV Campaign di blog Mieya ni.


      CPUV kali ini datangnya dari Coke Ramadhan 2013 (Value...) sekaligus menjadikan 3 CPUV yang masih "On Going" di blog Mieya ni. Alhamdulillah, rezeki Ramadhan kata orang.

      Diharapkan rakan-rakan blogger yang lain janganlah merasa jemu atau terpinggir jikalau Mieya jarang berblogwalking ke blog kalian. Bila dah bekerjaya tetap ni, lagi-lagi di bulan Ramadhan. Cabarannya lebih hebat daripada biasa.

      Insyaallah.. Kalau ada masa lebih, Mieya akan cepat-cepat drop komen secara pukal di blog korang semua. Sekarang nie pon baru je lepas 'boom' di 5 buah entri di dua-tiga blog.


      CPUV Kedua dari Nuffnang bagi Tahun 2013

      Assalamualaikum wbt kepada pembaca semua :)

      Jika sebelum ini dapat CPUV Nuffnang dari Suara13.com; alhamdulillah. Sekali lagi blog Mieya diberi peluang dan kepercayaan oleh pihak Nuffnang dan advertiser untuk memaparkan iklan produk mereka. Terima kasih Nuffnang !

      Kali ini, dapat CPUV campaign dari Popular Feb 2013. Di mana, kedai buku Popular sedang mengadakan peraduan terutamanya khas kepada semua pemegang Baucar Buku 1 Malaysia! 



      Apa yang perlu anda lakukan ialah... 


      Gambar: Here are some exciting news for holders of Baucar Buku 1 Malaysia (1 Malaysia Book Voucher)! Spend RM250 worth of BB1M in any POPULAR outlets and get RM50 Gift Voucher + 1 year POPULAR Card for FREE* while those who spend RM150 worth of BB1M will get RM10 Gift Voucher + 1 year POPULAR Card FREE*!

That's not all! You can even win a chunk of RM 60,000 worth of Monthly & Grand Prizes with your BB1M! Just click on this link http://bit.ly/BB1MContest  to find out how! Share this contest to your friends & stand a chance to win additional POPULAR Gift Vouchers worth RM25!

***

Berita hangat untuk pemegang Baucar Buku 1 Malaysia! Belanjakan sebanyak RM250 BB1M di mana-mana kedai buku POPULAR dan mendapat baucar bernilai RM50 + 1-tahun Kad POPULAR PERCUMA* atau belanjakan sebanyak RM150 BB1M dan mendapat baucar bernilai RM10 + 1-tahun Kad POPULAR secara PERCUMA*

Anda juga berpeluang untuk memenangi Hadiah-Hadiah Bulanan serta Hadiah-Hadiah Utama berjumlah sebanyak RM 60,000 dengan BB1M anda! Klik pada http://bit.ly/BB1MContest untuk menyertai sekarang! 'Share'kan peraduan ini kepada rakan-rakan anda dan berpeluang untuk memenangi ekstra baucar hadiah POPULAR bernilai RM25!

      Belanjakan sebanyak RM250 BB1M di mana-mana kedai buku POPULAR dan dapatkan baucar bernilai RM50 + 1-tahun Kad POPULAR PERCUMA* atau belanjakan sebanyak RM150 BB1M dan dapatkan baucar bernilai RM10 + 1-tahun Kad POPULAR secara PERCUMA*


      P/S : Sayang Nuffnang ketat-ketat....dengan harapan, bagi CPUV lagi !





      CPUV Pertama Nuffnang bagi Tahun 2013

      Assalamualaikum wbt :)

      Haaa. What's up guys..!

      Setelah sekian lama menunggu...dan pernah dua tiga empat kali rasa macam give up dah nak menunggu. Tetapi akhirnya melekat juga CPUV pertama bagi tahun 2013.

      Terkedek-kedek betul blog Mieya nie. Orang lain dah merasa hampir 9 ke 10 CPUV/BE untuk tahun 2013 nie. Manakala Mieya pula, dah masuk pertengahan bulan Februari baru dapat seketul BE. hahaha kesian betul !

      Alhamdulillah, masih lagi mendapat kepercayaan daripada pihak Nuffnang dan advertiser. Biarpun mood blogging semakin tenggelam ke dasar laut ditambah dengan kesibukan dalam mengemas rumah yang macam sarang tikus. Akhirnya Nuffnang berbesar hati memberi CPUV terbaru.

      Nak tahu apa CPUV terbaru di blog Mieya nie?


      Kalau tak silap Mieya, Suara13.com merupakan sebuah laman web online yang mengandungi berita-berita berkisar politik yang berlaku dalam negara kita. Di mana menggunakan pepatah Dari rakyat Untuk rakyat sebagai tema bersesuaian dengan slogan kerajaan janji ditepati ! Maklum sahaja lah, bahang PRU 2013 kan semakin dekat terasa ! 


      Dan bagi mereka yang masih berusaha mendapatkan CPUV/BE, apa kata kalau korang cuba praktikkan tips yang Mieya lakukan nie.



      My First Cheque From Nuffnang

      Assalamualaikum wbt buat semua pembaca blog Mieya Atiera :)

      Alhamdulillah. Buat pertama kalinya Mieya dapat merasa cek Nuffnang setelah hampir setahun setengah bersama dengan Syarikat Nuffnang dalam arena dunia blogging.

      Mula-mula, Mieya tak pasti sama ada cek Nuffnang kali nie akan sampai ke rumah atau tak. Tapi bila dapat payment advice nie, barulah Mieya faham.


      Bukan apa, sebelum ini Mieya pernah alami masalah sewaktu urusan cashout, di mana permohonan untuk cashout telah ditolak. Dan alhamdulilllah, kali nie takde apa-apa masalah. Maklum sahaja, baru pertama kali nak merasa duit Nuffnang tau. Bertahun sabar menanti. Hihihi.



      Segala puji bagi Allah atas rezeki ini. Terima kasih Nuffnang yang telah mengepos cek duit raya ini. Diharapkan dengan cek Nuffnang yang pertama ini, sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat Mieya untuk berblogging lagi.

      Insyaallah.